Saturday, August 29, 2009

selamat ari tue buat yg tersayang


selamat hari lahir yg ke 19 ana ucapkan buat usrahmate tersayang... 8 ramadhan.... moga enti terus thabat di jalan ni dan moga enti dan ana serta yg lain terus dipilih-Nya utk berada di jln ini..insyaAllah....

dedicated khas buat Alaq Ashiqin, usrahmate yg disayangi selalu

Friday, August 28, 2009

Tatkala tarbiyah menyapa

“Kenapa buat Ira macam ni? Apa salah Ira?” Tanya Ira kepada Adi.

Adi terus mendiamkan diri. Dia tahu dia tidak ada jawapan kepada soalan Ira, yang dia tahu dia lebih menyayangi Alia. Alia yang muncul dalam hidupnya setahun lalu. Walaupun telah setahun berkawan dengan Alia, Adi tidak pernah menunjukkan tanda-tanda yang dia mempunyai kawan perempuan lain. Ira tidak pernah mengesyaki Adi kerana dia sgt mempercayai adi.Ira tahu tentang kewujudan Alia, namun dia tidak pernah mengesyaki apa-apa kerana Adi mengatakan bahawa hubungan mereka hanyalah sebagai adik dan abang angkat.

Melihatkan Adi yang mendiamkan diri, Ira nekad untuk melupakan Adi dan dia terus berlalu pergi. Adi hanya melihatnya tanpa berbuat apa-apa. Inilah yang dia inginkan - kebebasan untuk meneruskan hubungannya dengan Alia secara terang-terangan.

Memori bersama Adi berlayar diingatan Ira. Titis-titis air mata mulai berjujuran di pipinya.Ira terus menyeka air mata itu dan membulatkan nekadnya. Adi akan dilupainya buat selama-lamanya. Itulah nekadnya dan itulah matlamatnya.Namun manusia tidak sempurna, kenangan bersama Adi akan bermain di fikiran Ira dan air mata dengan mudahnya akan mengalir lagi.

“Aah!! Murahnya air mataku ini”, monolog Ira sendirian dan dengan pantas dia akan menyeka kembali air matanya. Namun, melupai Adi bukanlah sesuatu yang mudah. Hubungannya bersama Adi telah menjangkau setahun 7 bulan. Malah dia telah mengenali Adi selama lebih 5 tahun.

Ira cuba menyibukkan dirinya dengan kerja2 rumah. Sekiranya dia telah menyambung pengajiannya, tentu segalanya akan menjadi lebih mudah. Namun, Ira sedang bercuti kerana menunggu keputusan peperiksaan SPM yang akan diumumkan pada bulan Mac nanti. Tambahan pula kehidupannya selama ini berkisar kepada Adi sahaja. Ketiadaan Adi memang dirasai Ira.

-Januari-

-Februari-

-Mac-

setelah tiga bulan berlalu.....



~bersambung~

setakat merepek2 je.. kalau sudi teruslah membaca sambungannya kelak..

Monday, August 24, 2009

Ramadhan, kepulanganmu dirai..

Wahai tetamu Ramadhan, utkmu rahmat dan maghfirah. airmata taubat, dendangan tadarus, selimut tarawih dan bantal tahajjud, Moga mewarisi Jannah.

buat teman2, ayuh! kita isi Ramadhan kali ini agar bulan yang mulia ini lebih mendekatkan kita kepadaNya. ayuh kita jadikan Ramadhan ini yang terbaik kerana kita tak pasti apakah ada lagi Ramadhan utk kita selepas ini.

"Moga iman menjadi perisai kemuliaanmu, semoga takwa menjadi benteng peribadimu dan semoga Jannah mendambakanmu sebagai ganjaran kehambaan dan kesyukuranmu pada Penciptamu"

Sunday, August 16, 2009

Sayang 'KAMU'

Tiada SOLAT yg sempurna TANPA jiwa yg KHUSYUK


Tiada PUASA yg sempurna TANPA mencegah diri drpd prbuatan yg sia2


Tiada KEBAIKAN bg yg membaca AL-QURAN TANPA mengambil pengajaran drpdnya


Tiada KEBAIKAN orang yang BERILMU TANPA memiliki sifat warak
(memelihara diri dan hati drpd dosa)


dan Tiada KEBAIKAN mengambil TEMAN TANPA saling syg-menyayangi


- SAIDINA ALI BIN ABI TALIB




ditujukan khas buat teman2 usrah...

sempena apa yang terjadi,
pengalaman kita bersama2

tak lupa juga kak firdausi...

Friday, August 14, 2009

Seminggu Di KMB..

RAHMAT UJIAN BY MESTICA
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Lirik ini sangat memberikan harapan, semangat
dan kekuatan setelah kembali ke KMB selepas
cuti sempena H1N1.


Kepada sahabat2 yang sudi menemani,

menziarahi, dan menasihati,

(seperti seorg ibu, kakak,sahabat)

yang sudi bersabar dengan keengganan
utk mkn ubat,


yang sanggup memaksa utk pergi
mendapatkan rawatan doktor,


yang sanggup datang bilik utk
mengambil temperature,


yang sanggup teman pergi makan,


yang sanggup tolong ambil makanan,

yang sanggup tolong hantar makanan,


yang sanggup macam2 lagi la,


terima kasih ana ucapkan utk budi baik kalian,
hanya Allah yang mampu utk membalasnya.


~JAZAKILLAHU KHOIR~


Saturday, August 8, 2009

Antara gula dn H1N1..

mungkin sesiapa yang baca tajuk post kali ni mesti gagal menangkap apakah persamaan antara dua benda ni; gula dan H1N1.. mungkin cuma orang yang menulis ni sahaja yang merasakan perkaitannya..

mengenang kembali saat H1N1 menjadi berita hangat di kaca TV, diri yang duduk terpencil di KMB enggan merasakan betapa 'real' nya wabak tersebut....jarang sekali apa yang digembar-gemburkan oleh media massa itu sehebat apa yang diberitakan...ahh... semuanya akan kembali tenang dalam masa beberapa minggu lagi.. itu la apa yang tedetik di benak hati ini...

mengenangkan hal itu, terasa lucu pula setiap kali dilihat ada warga KMB yang memakai mask... apalagi bila 'tablemate' sendiri mengatakan bahawa mereka kelihatan seperti power rangers.. hati ini ketawa sendirian.. ditambah pula dengan perbuatan tidak bertamadun warga kmb yang membuang mask di merata2 tempat.. tiada harganya memandangkan mask tersebut diperolehi secara percuma...itulah manusia, tidak pernah tahu menghargai nikmat yang diperolehi....semuanya membuatkan H1N1 nampak seperti sekadar gurauan...sehinggalah.........

khamis malam jumaat; saat itu, barulah terasa bahawa H1N1 memang ada.. semua berlaku dgn sgt cepat....mlm itu, suhu badan semua pelajar direkod..malahan semua yang demam turut dikuarantin.. dan esoknya, KMB ditutup...sedangkan hati ini dan fikiran ini masih gagal utk menerima kenyataan tersebut... masih berkira2 utk pulang ke rumah dgn rasa tidak percaya..terdetik dalam hati di saat itu; "owh, H1N1 memang 'real' rupanya"

kisah gula pula bermula setelah diri ini disuruh mama utk membeli barang2 keperluan rumah.. xpela..alang2 dh nk beli brg2 utk balik KMB, leh la beli sekali.. dengan xde perasaan nye pergila ke pasaraya Billion... abis amik brg2, carilah mana gula... "auntie, gula kat mana ek?"..terdetik utk bertanya kepada seorg sales lady(xtau la wujud ke x perkataan ni) setelah puas berpusing2 mencari gula.. "gula kat kaunter dik".. setelah mengucapkan terima kasih, berlalulah ke kaunter...membayar dan membeli gula sekaligus(multi-tasking skills learnt in KMB)...

"gula xde la dik"; kakak yg jage kaunter menjwb bila ditnye.. alangkah kecewanya hati ini..namun dipaksa juga senyuman terukir di bibir....

nak dijadikan cerita, pencarian diteruskan di kedai runcit yang berdekatan utk bertnye ttg gula.. setelah 4 kedai dilewati, akhirnya dapat juga lah membeli satu paket gula..itu pun kerana pekedai mengenali ibu....

diri ini tidak pernah merasakan bahawa krisis gula itu satu masalah sehinggalah ia terpaksa dicari di 4 kedai dan hanya mampu dibeli satu paket sahaja...

persamaan kedua2nya adalah mereka menjadi 'real' apabila diri ini yang mengalaminya sendiri...teringat daurah 'SAYONARA JAHILIAH' yang diberi oleh kak Zai di KMB dulu.. betapa kita beriman dgn Jepun walaupun kita tidak pernah melihatnya kerana kita melihat barang2 buatan Jepun, kita melihat orang Jepun...padahal kalau difikir secara TOK nya, itu cuma perseption...kita percaya kewujudan Jepun kerana terdapat bukti2 kewujudannya....

kita juga perlu merasa yg sama bila berkaitan dgn Allah... utk kita rasa 'real' nya Allah, kita perlu rasa bhwa Dia ada di saat kita memerlukanNya... carilah Dia di saat susah dan senang.. kembalikan semuanya kepada-Nya....

utk renungan diri ini dan yang sudi membaca......

Monday, August 3, 2009

Di sebalik peristiwa H1N1..

“KMB tutup!! Yeay!! Cuti seminggu…”

Kedengaran jeritan-jeritan kegembiraan di kalangan warga KMB… Aku?? Buntu? “Nak balik ke x ni?”, monolog dalaman sendirian. Dengan HP yang masih di alamanda, macam mana nak buat ni.. nasib baik Dibah offer nak g sama, bermula lah perjalanan dari KMB ke ampang pada 6.45 petang,31 julai 2009.

Setelah berkali-kali menelefon teksi, namakanla, teksi banting, teksi dengkil, operator, sumenye xdapat.. last2 kami decide, tunggu jela teksi kat bus stop depan tu (±1km dr kmb), apalagi, bergerak la kami berdua dengan membawa 2 beg seorang. Sampai kat pakcik guard, “pakcik, tau xnombor teksi banting”. Terdetik untuk bertanya, namun hampa kerana pakcik guard tidak mengetahuinya. Suddenly ade lak teksi nak kuar dari kmb, pakcik guard yang tlg tanye ada x nombor teksi lain, memang Allah nak mudahkan kami, tesi tu memang nk ke alamanda, penumpang cume 2 org. kami pun naik la.

Sampai kat alamanda, terus g solat, then amik hp. Dibah nak g beli tudung, kami pun g la beli tudung. Setelah bermanja dengan HP yang sangat2 dirindui, terpisah selama seminggu, tiba2...

bip* (*bukan bunyi sebenar)

Perempuan yang baik akan dipasangkan dengan lelaki yang baik.. insyaAllah… ;)

Hati ini terus tertanya2 apakah maksud msg ni sebenarnya. Dan sampai sekarang hati ini masih lagi tertanya2. Kenapa msg itu yang dihantar. Hati ini cuba utk tidak terasa. Dibuang rasa marah itu jauh2. Teringat ayat dalam Al-Quran;

“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” ( An-Nur : 28 )

Kehadiran msg tu membuatkan diri ini berfikir. Jauh fikiran melayang memikirkan sedalam-dalamnya Apakah ini yang perlu aku runsingkan. Mencari seorang lelaki untuk dijadikan teman hidup. Adakah ini yang aku inginkan sekarang. Terlayar kembali saat berkenalan semula dengan Dia. Betapa tenangnya kehidupan di saat itu. Betapa hati ini telah membulatkan tekad utk terus berada di jalan ini. TIDAK. Bukan ini yang aku mahukan. Hati ini, jiwa ini, adalah milik-Nya. Dia yang berhak. Cinta ini hanya untuk-Nya.Hanya Dia.

“Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati”
(Al-Baqarah : 112)

Terima kasih buat yang menghantar msg tersebut, walau apa pun niat anda sebenarnya. Diri ini merasakan bahawa anda ingin menenangkan hati ini supaya tidak risau tentang soal jodoh. Mungkin ada salah faham antara kita. Mungkin Allah memilih anda utk mengingatkan diri ini yang sedang hanyut dalam kehidupan dunia supaya kembali membetulkan kompas hidup. Mengingatkan bahawa masih byk tggjwb yang perlu diselesaikan sebelum memikirkan perkara2 seperti itu. Tarbiyah Allah memang sangat halus dan cantik. Kan? Buat sahabat yang sudi mendengar luahan hati ( saudari tahu siapa saudari bukan? ) terima kasih juga kerana melayan kerenah sahabatmu yang terlalu memikirkan yang bukan2 ini..( dan juga terlalu beremosi!! )

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...