Sunday, December 30, 2012

Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim

[credit]


Aku merindui mereka saat ini, 
mereka yang bersama-samaku saat langkah pertama di ayunkan,
dan kini aku terasa jauh ketinggalan,
walaupun kita bermula di permulaan yang sama.

Sahabat,
tarik aku bersama kalian,
saat aku terlalai dan terkebelakang,
kerana aku ingin kita seperti Talhah dan Zubair,
yang saling mengingatkan di antara mereka,
aku ingin kita seperti Abu Bakar dan Umar,
yang sering berlumba-lumba menempah syurga,
aku ingin kita seperti Sa'ad dan Uthman,
yang kehebatan peribadinya diakui Allah dan Ar-Rasul,
Aku ingin kita menjadi teman-teman yang saling merindui,
hanya kerana aqidah dan jalan ini.

Semoga kita mampu terus melangkah,
sehingga kita bertemu di syurga nanti,
inshaAllah




Syifa'
30 Dec '12


Wednesday, December 26, 2012

Hubbu Ad-Dunya

Bismillahirrahmanirrahim

Disclaimer : post ini adalah luahan perasaan


Kematangan kita bukan pada umur kita,
bukan juga pada banyaknya ilmu kita,
bukan pada banyaknya kita bekerja,
kerana boleh jadi kita bekerja kerana kita ingin sanjungan dunia.

Cukup rindukah kita kepada syurga?
Cukup rindukah kita untuk bertemu Si Dia, Sang Pencipta?
atau sebenarnya belum cukup hidup kita berorentasikan redhaNya?
belum cukup hidup ini beralasankan cintaNya?

Aku melihat kemenangan Islam disebabkan dekatnya mereka kaum Muslimin zaman itu denganMu,
lantas aku menyimpulkan bahawa andai ingin berjaya adalah dengan memahami kalamMu,
namun aku terlupa kunci yang paling utama,
yang mereka kejar bukanlah dunia sementara,
yang mereka kejar adalah keredhaanMu atas setiap tindak-tanduk mereka,
lantas setiap patah kata yang diucapkan,
setiap syura dan hujah yang didebatkan,
setiap langkah kaki yang dihayunkan,
adalah dengan rasa takut dan harap kepadaMu.
Setiap negeri yang mereka bebaskan,
setiap kunci istana yang dipersembahkan kepada mereka,
menambahkan lagi rasa takut mereka,
andai mereka terlalai dengan kehidupan ini,
mengambil hak dan masa mereka untuk kehidupan di sana kelak.

Masih belum cukup lagi rasa itu dalam diri,
masih ada lagi cinta pada kehidupan dunia,
kerana hati ini masih berkira-kira,
dengan usaha yang sedikit untuk menggarap AdDeen dalam kehidupan,
sudah layak kiranya untuk mendapat kejayaan,
bahkan ianya kejayaan dalam pandangan mata dunia sementara,
membuktikan ianya hanyalah tempelan semata-mata



26th Dec 2012,
      Syifa'

Wednesday, December 12, 2012

Tersenyum

Bismillahirrahmanirrahim

Disclaimer : Post ini adalah luahan hati semata-mata.

Teringat pernah suatu ketika dulu, seorang kakak ni sanggup call semata-mata nak bagi usrah kat kami semasa di Kolej Maha Busy. Lama. Lebih sejam. Dan bil telefon di Malaysia bukan macam di UK, yang ada free minutes bagai.

Tahu tak masa tu hati ni tertanya-tanya apa?

"Kenapa kakak ni sanggup nak call ek? Bukannya nampak pun, dan bukannya orang fokus pun. Dengar tak dengar je"

Sekarang, tersenyum mengingati peristiwa itu.

Kepentingan tarbiyyah itu tak semua orang rasa.
Keperluan kepada peringatan itu tak semua orang nampak.
Kesesakan nafas kerana tidak berusrah itu pun tak semua orang mampu faham.

Dan seorang murabbi itu tahu yang mutarabbinya memerlukan sentuhan dan sapaan tarbiyyah itu,
walaupun saat itu mutarabbi itu sendiri tidak menyedarinya.

Dan Murabbi terhebat, pasti juga akan memberi ujian yang sesuai dengan manusia, saat si dia memerlukannya.

Wallahu a'lam


p/s : Andai akak sedang membaca post ini, saya ucapkan terima kasih atas segala penat lelah akak dahulu! (dan sekarang)

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...