Saturday, August 8, 2009
Antara gula dn H1N1..
mengenang kembali saat H1N1 menjadi berita hangat di kaca TV, diri yang duduk terpencil di KMB enggan merasakan betapa 'real' nya wabak tersebut....jarang sekali apa yang digembar-gemburkan oleh media massa itu sehebat apa yang diberitakan...ahh... semuanya akan kembali tenang dalam masa beberapa minggu lagi.. itu la apa yang tedetik di benak hati ini...
mengenangkan hal itu, terasa lucu pula setiap kali dilihat ada warga KMB yang memakai mask... apalagi bila 'tablemate' sendiri mengatakan bahawa mereka kelihatan seperti power rangers.. hati ini ketawa sendirian.. ditambah pula dengan perbuatan tidak bertamadun warga kmb yang membuang mask di merata2 tempat.. tiada harganya memandangkan mask tersebut diperolehi secara percuma...itulah manusia, tidak pernah tahu menghargai nikmat yang diperolehi....semuanya membuatkan H1N1 nampak seperti sekadar gurauan...sehinggalah.........
khamis malam jumaat; saat itu, barulah terasa bahawa H1N1 memang ada.. semua berlaku dgn sgt cepat....mlm itu, suhu badan semua pelajar direkod..malahan semua yang demam turut dikuarantin.. dan esoknya, KMB ditutup...sedangkan hati ini dan fikiran ini masih gagal utk menerima kenyataan tersebut... masih berkira2 utk pulang ke rumah dgn rasa tidak percaya..terdetik dalam hati di saat itu; "owh, H1N1 memang 'real' rupanya"
kisah gula pula bermula setelah diri ini disuruh mama utk membeli barang2 keperluan rumah.. xpela..alang2 dh nk beli brg2 utk balik KMB, leh la beli sekali.. dengan xde perasaan nye pergila ke pasaraya Billion... abis amik brg2, carilah mana gula... "auntie, gula kat mana ek?"..terdetik utk bertanya kepada seorg sales lady(xtau la wujud ke x perkataan ni) setelah puas berpusing2 mencari gula.. "gula kat kaunter dik".. setelah mengucapkan terima kasih, berlalulah ke kaunter...membayar dan membeli gula sekaligus(multi-tasking skills learnt in KMB)...
"gula xde la dik"; kakak yg jage kaunter menjwb bila ditnye.. alangkah kecewanya hati ini..namun dipaksa juga senyuman terukir di bibir....
nak dijadikan cerita, pencarian diteruskan di kedai runcit yang berdekatan utk bertnye ttg gula.. setelah 4 kedai dilewati, akhirnya dapat juga lah membeli satu paket gula..itu pun kerana pekedai mengenali ibu....
diri ini tidak pernah merasakan bahawa krisis gula itu satu masalah sehinggalah ia terpaksa dicari di 4 kedai dan hanya mampu dibeli satu paket sahaja...
persamaan kedua2nya adalah mereka menjadi 'real' apabila diri ini yang mengalaminya sendiri...teringat daurah 'SAYONARA JAHILIAH' yang diberi oleh kak Zai di KMB dulu.. betapa kita beriman dgn Jepun walaupun kita tidak pernah melihatnya kerana kita melihat barang2 buatan Jepun, kita melihat orang Jepun...padahal kalau difikir secara TOK nya, itu cuma perseption...kita percaya kewujudan Jepun kerana terdapat bukti2 kewujudannya....
kita juga perlu merasa yg sama bila berkaitan dgn Allah... utk kita rasa 'real' nya Allah, kita perlu rasa bhwa Dia ada di saat kita memerlukanNya... carilah Dia di saat susah dan senang.. kembalikan semuanya kepada-Nya....
utk renungan diri ini dan yang sudi membaca......
Monday, August 3, 2009
Di sebalik peristiwa H1N1..
“KMB tutup!! Yeay!! Cuti seminggu…”
Kedengaran jeritan-jeritan kegembiraan di kalangan warga KMB… Aku?? Buntu? “Nak balik ke x ni?”, monolog dalaman sendirian. Dengan HP yang masih di alamanda, macam mana nak buat ni.. nasib baik Dibah offer nak g sama, bermula lah perjalanan dari KMB ke ampang pada 6.45 petang,31 julai 2009.
Setelah berkali-kali menelefon teksi, namakanla, teksi banting, teksi dengkil, operator, sumenye xdapat.. last2 kami decide, tunggu jela teksi kat bus stop depan tu (±1km dr kmb), apalagi, bergerak la kami berdua dengan membawa 2 beg seorang. Sampai kat pakcik guard, “pakcik, tau xnombor teksi banting”. Terdetik untuk bertanya, namun hampa kerana pakcik guard tidak mengetahuinya. Suddenly ade lak teksi nak kuar dari kmb, pakcik guard yang tlg tanye ada x nombor teksi lain, memang Allah nak mudahkan kami, tesi tu memang nk ke alamanda, penumpang cume 2 org. kami pun naik la.
Sampai kat alamanda, terus g solat, then amik hp. Dibah nak g beli tudung, kami pun g la beli tudung. Setelah bermanja dengan HP yang sangat2 dirindui, terpisah selama seminggu, tiba2...
bip* (*bukan bunyi sebenar)
“Perempuan yang baik akan dipasangkan dengan lelaki yang baik.. insyaAllah… ;)”
Hati ini terus tertanya2 apakah maksud msg ni sebenarnya. Dan sampai sekarang hati ini masih lagi tertanya2. Kenapa msg itu yang dihantar. Hati ini cuba utk tidak terasa. Dibuang rasa marah itu jauh2. Teringat ayat dalam Al-Quran;
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” ( An-Nur : 28 )
Kehadiran msg tu membuatkan diri ini berfikir. Jauh fikiran melayang memikirkan sedalam-dalamnya Apakah ini yang perlu aku runsingkan. Mencari seorang lelaki untuk dijadikan teman hidup. Adakah ini yang aku inginkan sekarang. Terlayar kembali saat berkenalan semula dengan Dia. Betapa tenangnya kehidupan di saat itu. Betapa hati ini telah membulatkan tekad utk terus berada di jalan ini. TIDAK. Bukan ini yang aku mahukan. Hati ini, jiwa ini, adalah milik-Nya. Dia yang berhak. Cinta ini hanya untuk-Nya.Hanya Dia.
“Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati”
(Al-Baqarah : 112)
Terima kasih buat yang menghantar msg tersebut, walau apa pun niat anda sebenarnya. Diri ini merasakan bahawa anda ingin menenangkan hati ini supaya tidak risau tentang soal jodoh. Mungkin ada salah faham antara kita. Mungkin Allah memilih anda utk mengingatkan diri ini yang sedang hanyut dalam kehidupan dunia supaya kembali membetulkan kompas hidup. Mengingatkan bahawa masih byk tggjwb yang perlu diselesaikan sebelum memikirkan perkara2 seperti itu. Tarbiyah Allah memang sangat halus dan cantik. Kan? Buat sahabat yang sudi mendengar luahan hati ( saudari tahu siapa saudari bukan? ) terima kasih juga kerana melayan kerenah sahabatmu yang terlalu memikirkan yang bukan2 ini..( dan juga terlalu beremosi!! )
Thursday, July 30, 2009
Anthem for Doomed Palestinian
And she was grateful for that
White cloth covered with dust and soots
Young buds swept away by the rough wind of war
Red pearls fall to ground but worthless
Looking at the blue sky
Wondering who’s next to cry
Silent parade held on years and years
The dark cloud hung over the shining sun
But Al-Quds stands against time
False promises are left to be fulfilled
Dark secrets are slowly being revealed
Silent prayers are sent from afar
Hoping that Allah will save them all.
Tuesday, July 14, 2009
UNSTABLE

life's unstable right now... sometimes i wonder where all the works come from... really.. all of a sudden, one by one appears out of the blue...with datelines......
Ya Allah, am i capable to do this?
this question is stucked in my head for nearly a month already. yes, i know Allah will not burden you with something that you are unable to handle. but i questioned myself back on how strong do i believe in that statement. how strong is my faith that Allah will always be there for His hamba. That He will always help whenever I am in need. sometimes, i complain too much.
hey!! a test is a form of love that Allah have for his hamba. atleast it shows that Allah still observes you!! why do this heart doesnt want to digest that??
arghhh!!! sometimes i want to just replace this hati.. how hard it is just to absorb that this is nothing much. Even The Sahabat were tested with greater test from Allah and do they complain? NO!! so hati, listen, test is a form of tarbiyah..... have faith in Allah.. He is what you think of Him.... He is there for you when you are in need of help.....
Ya Allah... jagalah hatiku padaMu agar aku tidak berpaling dariMu.........
Saturday, July 11, 2009
Alhamdulillah....
'....barangsiapa yang disesatkan Allah, maka kamu tidak akan mendapatkan jalan untuk memberi (petunjuk) kepadanya'
Surah An-Nisa' : 143
begitulah apa yang terjadi semasa program hari ini..P O I... Point of Inflection.... betapa mudahnya adik2 tersentuh sampai boleh menangis... mengimbau kembali semasa di P O I kan dulu... rasa tu sangat best.. xtau mcm ne nak gambarkan... melihatkan adik2 yang menangis, rasa bersyukur sangat... hebatnya rencana Allah.. bukan setakat adik2 yang dapat tarbiyah tu, kakak2 yang terlibat pun turut merasa... cantiknya rancangan yang Allah susun.
namun, terdetiklah soalan dalam hati ini, 'Ya Allah, mampukah aku untuk menjaga adik2 ini, mampukah aku terus menunjukkan kepada mereka betapa cantiknya agama-Mu ini, betapa indahnya ukhwah islamiah itu.' betapa diri ini penuh dengan kelemahan. kelemahan yang perlu dibaiki untuk terus menegakkan agama Allah di bumi yang terbentang luas ini.
kepada kakak2 Y2 yang membaca. sama2 lah kita terus membina diri untuk membawa adik2... InsyaAllah dalam kita memberi, kita juga perlu menerima. ni bru permulaan kepada perjuangan yang masih lagi jauh dari penghujungnya.. semoga terus tsabat.. yakinlah bahawa Allah bersama2 kita dalam menegakkan agamaNya.
sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. Janji Allah pasti akan berlaku. Islam pasti kembali tertegak di muka bumi ini dan pada waktu itu, adakah kita mampu untuk mengatakan bahawa kita juga turut menyumbang kepada bangunnya Islam, atau kita hanya mampu melihatnya tanpa layak berkata apa2?
either you are part of it or you just witness it, you have the opportunity to choose, therefore, choose wisely....think about it.....
Tuesday, July 7, 2009
STOP...THINK...EVALUATE..

I don't know why but tonight i felt uneasy... i felt something wrong... i don't know the reason behind this feeling... something wrong somewhere..
Ya Allah... tunjukkanlah jalan kepada hambaMu ini.. berikan ketenangan ke dalam hatiku... pimpinlah aku Ya Allah..
mungkinkah hati ini telah terlalu jauh dariMu ya Allah.. terlalu sibukkah aku dengan urusan dunia sehingga aku tidak merasa nikmat ketika berteleku di hadapanMu.. terlalu banyak masa dibuang untuk urusan dunia, terlalu banyak gelak ketawa, terlalu banyak perkara yang mendominasi minda sehingga masa untukMu juga tidak mampu untuk dimanfaatkan sepenuhnya.. aku rindu mengadapMu dan merasai kehadiranMu wahai Penciptaku.. aku rindu merasai manisnya bercakap2 denganMu bilamana diri kerdil ini berhadapan denganMu ya Allah...ku rindu ingin menangis di hadapanMu Ya Allah.. berilah aku peluang untuk merasainya kembali... aku ingin kembalikan segalanya kepadaMu ya Allah.. janganlah Engkau jauhkan aku dariMu ya Allah... aku ingin dekat denganMu.....aku ingin serahkan segalanya kepadaMu wahai Tuhanku.. terimalah kembali diriku sebagai hamba yang dekat kepadaMu Ya Allah... Ya Rahman.. Ya Rahim...Amin.....
Sunday, July 5, 2009
Tunang...????
rasa macam musykil pon ada orang-orang kat KMB suka bercakap pasal orang yang dah bertunang... SEM 3 ni macam banyak je heboh pasal benda ni.. dah muak dengar.. kat mane2 je orang asyik bercakap... xsedar kah mereka bahawa DATELINE utk dipenuhi sangat banyak untuk SEM ni....adik2 junior juga perlukan perhatian.. focus xleh di divert kan kepada benda2 yang tidak perlu....
pernah x fikir yang kita takde hak pon nak bercakap psl org lain.. YES.. kalo ikot Islam kita perlu ambil berat tentang orang sekeliling... tp untuk membantu.. kalau sekadar untuk menambahkan beban, baik xpayah.. menyusahkan lagi ada...
dengan masa yang limited ni, dengan IELTS, WORLDLIT, EE, TOK ESSAY, dan yang sewaktu dengannya, amal pun belum tentu cukup untuk melayakkan kita dapat syurga Allah... kalaulah ditakdirkan Allah panggil mengadapNya dalam masa ni, apa kita nak jawab?
ni untuk diri sendiri dan orang yang sudi membaca... sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati sbb dah xlarat nak dgr pasal benda ni... penat dah.... arap2nya benda ni cepat2 lah berhenti... bak kata siti ~FULLSTOP~