Showing posts with label tazkiyatun nafs. Show all posts
Showing posts with label tazkiyatun nafs. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

::Iman dan Kehidupan - Part 2::

Bismillahirahmanirrahim

I M A N

Masih mencari-cari maksudnya. Iman bukanlah hanya tahu teorinya, tahu rukunnya dan dengan pengetahuan itu menjadikan kita orang yang beriman; Mukmin.

Keimanan itu perlu dapat diterima aqal sehingga ada tingkat keyakinan yang teguh kuat, tidak dapat digoncangkan oleh perasaan bimbang dan ragu. Kita perlu benar-benar yakin dengan Islam dan Allah sehingga kita tidak akan termangu-mangu jika disoal, kenapa kita buat itu, kenapa kita buat ini?

"sesungguhnya orang yang beriman itulah mereka yang beriman (percaya) kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu..."
(Al-Hujurat;49:15)

Keimanan itu, disamping pengetahuan dan pegertian yang kuat, perlu pula kepada ketundukan hati dan kepatuhan kemahuan, serta kerelaan menjalankan perintah dan keputusan dengan kejujuran hati.

Itu ayat Dr Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya , Iman Wal Hayah. Apa yang saya sendiri faham berdasarkan perenggan di atas adalah; dengan pengetahuan tentang konsep keimanan, perlunya kita menundukkan diri kita dan kemahuan kita kepada Allah. Kepatuhan kemahuan, memastikan kemahuan kita dilentur menurut syariat yang Allah tetapkan tatkala kita mengatakan kita beriman. Ia tidak cukup hanya tahu, ia perlu tahu dan buat. Namun, ia tidak cukup pula hanya tahu dan buat, ia memerlukan kejujuran hati, memerlukan hati itu rela dan benar-benar menginginkan Allah dalam setiap tindakan.

"Maka demi Tuhan engkau. mereka belumlah dinamakan beriman, sebelum mereka meminta keputusan kepada engkau (Muhammad) dalam perkara yang menjadi perselisihan antara mereka, kemudian itu mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap apa yang engkau putuskan dan mereka menerima dengan senang hati"
(An-Nisa;4:65)

"Ucapan orang yang beriman itu, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya untuk diputuskan perkara antara mereka, hanyalah mengatakan: "Kami dengar dan kami patuhi", dan itulah orang yang beruntung"
(An-Nur; 24:51)

Lagi tentang keimanan?

Keimanan itu bukan hanya tahu dan mengerti. Keimanan harus melahirkan semangat bekerja dan berkorban dengan harta dan diri, menepati kehendak iman dan kewajipan orang yang beriman.  Apa kewajipan orang yang beriman? Tentu sekali menunaikan solat, puasa, zakat dan haji seharusnya dalam top list kita!

Lagi?

Dengan keimanan, kita sepatutnya menjadi orang paling semangat untuk menuntut ilmu, kerana ia dituntut oleh Allah. Sepatutnya dengan keimanan kita menjadi orang yang sentiasa tersenyum dan suka membantu, kerana ia disukai Allah. Sepatutnya dengan keimanan, kita menjadi orang yang paling menjaga masa, kerana Allah membenci perbuatan sia-sia. Itu kalau dalam sehari-harian. Dan tentu sekali banyak lagilah pekerjaan dan pengorbanan yang kita boleh buat dalam hidup sehari-harian yang dengan hadirnya keimanan, ia adalah sesuatu yang kita sangat eager (semangat) nak buat.

Dan sepatutnya dengan keimanan, kitalah yang menjadi barisan hadapan dalam mengajak manusia ke jalan Allah, kerana ia sunnah terbesar Rasulullah s.a.w. Dan kitalah orang pertama yang menghulurkan bantuan berbentuk harta atau tenaga tatkala diperlukan, kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Semua ini sekadar contoh yang boleh dilahirkan oleh keimanan yang sebenarnya. Saya yakin anda semua lebih bijak mencungkil contoh-contoh lain lagi.

"Sesungguhnya orang beriman itu, apabila disebut nama Allah, hati mereka penuh ketakutan, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, keimanan mereka bertambah kerananya dan mereka menyerah diri kepada Tuhannya. Mereka mengerjakan sembahyang dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang sebenar-benarnya beriman"
(Al-Anfal;8:2-4)

Al-Quran memberikan garis pemisah yang jelas tentang orang yang beriman dan orang yang kafir dan munafiq. Bentuk budi pekerti yang baik dan amal yang berguna menjadi pemisah utama antara 2 golongan ini, kerana apa? kerana kedua-duanya lahir daripada keimanan kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan.

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman; mereka khusyu' dalam solatnya. Dan yang menjauhkan diri dari (perkataan dan perbuatan) yang tidak berguna. Dan yang mengerjakan perbuatan suci (membayar zakat) dan mereka yang menjaga kesopanannya"
(Al-Mu'minun; 23:1-5)

Sekarang, kitalah yang memilih, ingin berada dalam golongan yang mana? Keimanan yang sebenar-benarnya kepada Allah dan menjadi orang yang berjaya atau sebaliknya?

Yang saya faham setelah membaca bahagian ini, benarlah apa yang saya hafal dahulu, cuma ia bukan 3 elemen yang berbeza, keimanan perlu kepada ketiga-tiganya, dan tidak boleh kurang walaupun hanya satu.

Kita perlu percaya dan yakin dengan hati sehingga tidak mampu digoncangkan oleh sesiapa pun, dan keyakinan itu haruslah dizahirkan melalui percakapan dan perbuatan.

Keyakinan dan keimanan harus melahirkan amal, tidak lengkap satu tanpa satu yang lainnya.

Tidak cukup hanya percaya tetapi tidak beramal, pun tidak sempurna hanya melakukan ibadah dan amal perbuatan yang baik tanpa keyakinan yang teguh itu.

Dan tidak dapat tidak, keyakinan dan keimanan yang sempurna akan melahirkan amalan, kerana kita ingin memenuhi expectation Allah terhadap kita, itu yang pasti!

Selamat beramal semua orang! Semoga Allah memperbaiki iman kita setiap hari kita cuba mendekati-Nya!

p/s: maaf sekiranya apa yang saya faham salah, tegurlah saya kerana saya juga sedang belajar!




Sumber : Buku karangan Dr Yusuf Al-Qardawi, Iman wal Hayah (Iman dan Kehidupan)

Monday, January 2, 2012

::Iman dan Kehidupan - Part 1::

Bismillahirrahmanirrahim

Apabila berkata tentang keimanan, apa yang kita akan fikir? Iman dari sudut bahasa dan dari sudut istilah? Skema jawapan SPM? Mungkin. Mungkin juga tidak, tepuk dada tanya iman masing-masing, apakah definisi si dia iman itu?

I M A N

Mengikut definisi yang saya dapat daripada buku 'Iman Wal Hayah' (Iman dan Kehidupan) karya Dr Yusuf Al-Qardawi, iman adalah kepercayaan yang meresap ke dalam hati, dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-harian.


Saya ingat hafalan saya di zaman persekolahan dulu-dulu, definisi iman yang saya hafal ada 3 elemen;
(1) kepercayaan yang teguh di dalam hati,
(2) pengakuan dengan lidah dan
(3) perlakuan dengan anggota

Seingatnya inilah maksud iman yang saya hafal dahulu. Mungkin anda menghafal sesuatu yang lain, tapi bukan perbezaan itu yang saya ingin bawa pada hari ini.

Dr Yusuf Al-Qardawi menghuraikan iman lebih daripada itu;

Iman bukan hanya semata-mata pernyataan dengan lidah sahaja, mengatakan bahawa dia itu seorang mukmin (orang yang beriman). Kenapa? kerana banyaknya orang munafiq yang mengaku beriman namun tidak ada sedikit pun kepercayaan di dalam hatinya.

Apa kata Allah tentang ini?


"Dan di antara manusia itu ada yang menyatakan; "kami beriman kepada Allah dan hari akhirat", sedang yang sebenarnya mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan menipu orang-orang yang beriman,tetapi yang sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar"
(Al-Baqarah; 2: 8-9)
Iman juga bukanlah hanya mengerjakan amal yang biasa dilakukan oleh orang yang beriman. Kerana apa? Kerana orang munafiq juga banyak mengerjakan amal perbuatan yang pada zahirnya nampak seperti perbuatan yang baik dan beriman sedangkan hati kosong daripada rasa keikhlasan dan kebaikan itu.

"Sesungguhnya orang-orang munafiq itu hendak menipu Allah, dan Allah menipu mereka. Apabila mereka berdiri mengerjakan sembahyang, mereka berdiri dengan malas,  mereka riya' (mengambil muka) kepada manusia dan tiada mengingati Allah, melainkan sedikit sekali"
(An-Nisa; 4:142)

Dan Iman juga bukanlah semata-mata mengetahui erti dan hakikat iman. Kerana apa? kerana banyak juga orang yang tahu apa itu iman secara teorinya, tetapi tidak beriman.

"Mereka menyangkal (membantah) keterangan-keterangan (agama) Allah kerana dengki dan sombong, padahal hati mereka meyakininya..."
(AN-Naml; 27:14) 

""...sesungguhnya sebahagian dari mereka menyembunyikan kebenaran , padahal mereka tahu"
(Al-Baqarah;2:146)

Sangatlah tersentuh apabila membaca bahagian ini daripada buku karangan Dr Yusuf Al-Qardawi ini, kerana jelas bahawa keimanan itu tidak cukup dengan hanya yakin dan percaya. Atau cukup dengan tahu teori dan buat.

Jadi, apa itu keimanan sebenarnya?

Nantilah ye, selepas dibaca habis part seterusnya inshaAllah akan disambung lagi tulisan ini.

Tolong doakan saya agar saya istiqomah menulis sambungannya~

Thursday, December 15, 2011

:: C I N T A ::

Bismillahirrahmanirrahim

Disclaimer : Post ini adalah luahan perasaan saya, tidak bertanggungjawab sekiranya gagal memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca.

Cinta. Agaknya apa yang muncul dalam kepala kita bila kita sebut hal cinta?

Petang tadi, dalam perjalanan pulang dari hospital, saya terfikir sesuatu... sesuatu tentang cinta.

Setiap muslim pasti ada impian ingin mempunyai pasangan yang soleh/solehah.

Kalau yang berbulatan gembira, kita ingin pasangan yang mampu mendokong kerja dakwah kita, menguatkan kita, menarik tangan kita tatkala kita futur, yang akan memahami bahawa masa kita, harta kita, bahkan jiwa dan nyawa kita diinfaqkan hanya kepada Allah dan Islam.

Kalau saya sendiri,tatkala masa lemah itu datang, saya ingin mempunyai pasangan yang mampu kuatkan saya tatkala saya buntu ingin melangkah ke mana, ingin melangkah bagaimana? Yang boleh menjawab persoalan-persoalan yang timbul dalam fikiran saya.

Namun, perjalanan balik daripada hospital tadi, satu perkara yang terlintas di fikiran saya :

Adakah saya benar-benar telah meletakkan pergantungan saya kepada Al-Khaliq, pencipta saya? Bukankah Allah akan mencabut pergantungan saya terhadap manusia sehingga saya mampu bergantung hanya kepada-Nya? Dan adakah saya telah benar-benar telah berharap hanya kepada-Nya? Atau saya masih mencari pergantungan terhadap manusia?

Mungkin perkara ini tidak boleh diaplikasikan kepada semua manusia begitu sahaja. Anda tahu diri anda bagaimana. Tapi untuk saya, saya tahu saya masih belum cukup melumatkan dalam hati saya, mendarah-dagingkan dalam kehidupan saya bahawa hidup saya hanya untuk Allah, dan pergantungan saya hanya kepada-Nya, dan segala yang lain akan tersusun cantik di tempatnya setelah dua perkara ini selesai dalam diri saya.

Tolong doakan saya, saya sangat memerlukan doa kalian. Cikgu saya yang saya sangat sayangi pernah cakap, kita sebenarnya hidup atas doa orang lain, jadi jangan pernah berbangga atas setiap kejayaan yang kita kecapi.

[credit]

[credit]

Tuesday, November 1, 2011

::Mampukah kita?::

Bismillahirrahmanirrahim


Ibnu Mubarak menceritakan bahwa Khalid bin Ma'dan berkata kepada Mu'adz, 


"Mohon Tuan ceritakan hadits Rasulullah SALLALLAHU 'ALAYHI WASALLAM yang Tuan hafal dan yang Tuan anggap paling berkesan. Hadits manakah menurut Tuan? 


Jawab Mu'adz, "Baiklah, akan kuceritakan."

Selanjutnya, sebelum bercerita, beliau pun menangis. Beliau berkata, "Hmm, Betapa rindunya diriku pada Rasulullah, ingin rasanya diriku segera bertemu dengan beliau." 


Kata beliau selanjutnya, "Tatkala aku menghadap Rasulullah SALLALLAHU 'ALAYHI WASALLAM, beliau menunggang unta dan menyuruhku agar naik di belakang beliau. Kemudian berangkatlah kami dengan berkendaraan unta itu. Selanjutnya beliau menengadah ke langit dan bersabda: 


PUJI SYUKUR KE HADIRAT ALLAH YANG BERKEHENDAK ATAS MAKHLUK-NYA, YA MU'ADZ! 
Jawabku, "Ya SAYYIDI L-MURSALIN"


Beliau kemudian berkata, 'Sekarang aku akan mengisahkan satu cerita kepadamu. Apabila engkau menghafalnya, cerita itu akan sangat berguna bagimu. Tetapi jika kau menganggapnya remeh, maka kelak di hadapan Allah, engkau pun tidak akan mempunyai HUJJAH (argumen). 


Hai Mu'adz! Sebelum menciptakan langit dan bumi, Allah telah menciptakan 7 malaikat. Pada setiap langit terdapat seorang malaikat penjaga pintunya. Setiap pintu langit dijaga oleh seorang malaikat, menurut derajat pintu itu dan keagungannya. Dengan demikian, malaikat pula-lah yang memelihara amal si hamba. Suatu saat sang Malaikat pencatat membawa amalan sang hamba ke langit dengan kemilau cahaya bak matahari. Sesampainya pada langit tingkat pertama, malaikat HAFADZAH memuji amalan-amalan itu. 
Tetapi setibanya pada pintu langit Pertama, malaikat penjaga berkata kepada malaikat HAFADZAH: 


"TAMPARKAN AMAL INI KE MUKA PEMILIKNYA. AKU ADALAH PENJAGA ORANG-ORANG YANG SUKA MENGUMPAT. AKU DIPERINTAHKAN AGAR MENOLAK AMALAN ORANG YANG SUKA MENGUMPAT. AKU TIDAK MENGIZINKAN IA MELEWATIKU UNTUK MENCAPAI LANGIT BERIKUTNYA!" 


Keesokan harinya, kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal shaleh yang berkilau, yang menurut malaikat Hafadzah sangat banyak dan terpuji. 


Sesampainya di langit ke 2 (ia lolos dari langit pertama, sebab pemiliknya bukan pengumpat), penjaga langit kedua berkata,


"BERHENTI, DAN TAMPARKAN AMALAN ITU KE MUKA PEMILIKNYA. SEBAB IA BERAMAL DENGAN MENGHARAP DUNIA. ALLAH MEMERINTAHKAN AKU AGAR AMALAN INI TIDAK SAMPAI KE LANGIT BERIKUTNYA." 


Maka para malaikat pun melaknat orang itu.


Di hari berikutnya, kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amalan seorang hamba yang sangat memuaskan, penuh sedekah, puasa, dan berbagai kebaikan, yang oleh malaikat Hafadzah dianggap sangat mulia dan terpuji. Sesampainya di langit ke 3), malaikat penjaga berkata: 


"BERHENTI! TAMPARKAN AMAL ITU KE WAJAH PEMILIKNYA. AKU MALAIKAT PENJAGA KIBR (SOMBONG). ALLAH MEMERINTAHKANKU AGAR AMALAN SEMACAM INI TIDAK PINTUKU DAN TIDAK SAMPAI PADA LANGIT BERIKUTNYA. ITU KARENA SALAHNYA SENDIRI, IA TAKABBUR DI DALAM MAJLIS."

Singkat kata, malaikat Hafadzah pun naik ke langit membawa amal hamba lainnya. Amalan itu bersifat bak bintang kejora, mengeluarkan suara gemuruh, penuh dengan tasbih, puasa, shalat, ibadah haji, dan umrah. Sesampainya pada langit ke 4), malaikat penjaga langit berkata: 


"BERHENTI! POPOKKAN AMAL ITU KE WAJAH PEMILIKNYA. AKU ADALAH MALAIKAT PENJAGA 'UJUB (RASA BANGGA TERHADAP KEHEBATAN DIRI SENDIRI) . ALLAH MEMERINTAHKANKU AGAR AMAL INI TIDAK MELEWATIKU. SEBAB AMALNYA SELALU DISERTAI 'UJUB." 


Kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal hamba yang lain. Amalan itu sangat baik dan mulia, jihad, ibadah haji, ibadah umrah, sehingga berkilauan bak matahari. Sesampainya pada langit ke 5), malaikat penjaga mengatakan: 


"AKU MALAIKAT PENJAGA SIFAT HASUD(DENGKI). MESKIPUN AMALANNYA BAGUS, TETAPI IA SUKA HASUD KEPADA ORANG LAIN YANG MENDAPAT KENIKMATAN ALLAH SWT. BERARTI IA MEMBENCI YANG MERIDHAI, YAKNI ALLAH. AKU DIPERINTAHKAN ALLAH AGAR AMALAN SEMACAM INI TIDAK MELEWATI PINTUKU." 


Lagi, malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal seorang hamba. Ia membawa amalan berupa wudhu' yang sempurna, shalat yang banyak, puasa, haji, dan umrah. Sesampai di langit ke6), malaikat penjaga berkata: 


"AKU MALAIKAT PENJAGA RAHMAT. AMAL YANG KELIHATAN BAGUS INI TAMPARKAN KE MUKANYA. SELAMA HIDUP IA TIDAK PERNAH MENGASIHANI ORANG LAIN, BAHKAN APABILA ADA ORANG DITIMPA MUSIBAH IA MERASA SENANG. AKU DIPERINTAHKAN ALLAH AGAR AMAL INI TIDAK MELEWATIKU, DAN AGAR TIDAK SAMPAI KE LANGIT BERIKUTNYA." 


Kembali malaikat Hafadzah naik ke langit. Dan kali ini adalah langit ke 7). Ia membawa amalan yang tak kalah baik dari yang lalu. Seperti sedekah, puasa, shalat, jihad, dan wara'. Suaranya pun menggeledek bagaikan petir menyambar-nyambar, cahayanya bak kilat. Tetapi sesampai pada langit ke tujuh, malaikat penjaga berkata: 


"AKU MALAIKAT PENJAGA SUM'AH (SIFAT INGIN TERKENAL). SESUNGGUHNYA PEMILIK AMAL INI MENGINGINKAN KETENARAN DALAM SETIAP PERKUMPULAN, MENGINGINKAN DERAJAT TINGGI DI KALA BERKUMPUL DENGAN KAWAN SEBAYA, INGIN MENDAPATKAN PENGARUH DARI PARA PEMIMPIN. AKU DIPERINTAHKAN ALLAH AGAR AMAL INI TIDAK MELEWATIKU DAN SAMPAI KEPADA YANG LAIN. SEBAB IBADAH YANG TIDAK KARENA ALLAH ADALAH RIYA. ALLAH TIDAK MENERIMA IBADAH ORANG-ORANG YANG RIYA." 


Kemudian malaikat Hafadzah naik lagi ke langit membawa amal dan ibadah seorang hamba berupa shalat, puasa, haji, umrah, ahlak mulia, pendiam, suka berdzikir kepada Allah. Dengan diiringi para malaikat, malaikat Hafadzah sampai ke langit ketujuh hingga menembus hijab-hijab (tabir) dan sampailah di hadapan Allah. Para malaikat itu berdiri di hadapan Allah. Semua malaikat menyaksikan amal ibadah itu shahih, dan diikhlaskan karena Allah.


Kemudian Allah berfirman:


"HAI HAFADZAH, MALAIKAT PENCATAT AMAL HAMBA-KU, AKU-LAH YANG MENGETAHUI ISI HATINYA. IA BERAMAL BUKAN UNTUK AKU, TATAPI DIPERUNTUKKAN BAGI SELAIN AKU, BUKAN DINIATKAN DAN DIIKHLASKAN UNTUK- KU. AKU LEBIH MENGETAHUI DARIPADA KALIAN. AKU LAKNAT MEREKA YANG TELAH MENIPU ORANG LAIN DAN JUGA MENIPU KALIAN (PARA MALAIKAT HAFADZAH). TETAPI AKU TIDAK TERTIPU OLEHNYA. AKU-LAH YANG MAHA MENGETAHUI HAL-HAL GAIB. AKU MENGETAHUI SEGALA ISI HATINYA, DAN YANG SAMAR TIDAKLAH SAMAR BAGI-KU. SETIAP YANG TERSEMBUNYI TIDAKLAH TERSEMBUNYI BAGI-KU. PENGETAHUAN-KU ATAS SEGALA SESUATU YANG TELAH TERJADI SAMA DENGAN PENGETAHUAN-KU ATAS SEGALA SESUATU YANG BELUM TERJADI. PENGETAHUAN-KU ATAS SEGALA SESUATU YANG TELAH LEWAT SAMA DENGAN YANG AKAN DATANG. PENGETAHUAN-KU ATAS SEGALA YANG TELAH LEWAT SAMA DENGAN YANG AKAN DATANG. PENGETAHUAN-KU ATAS ORANG-ORANG TERDAHULU SAMA DENGAN PENGETAHUAN-KU ATAS ORANG-ORANG KEMUDIAN. AKU LEBIH MENGETAHUI ATAS SESUATU YANG SAMAR DAN RAHASIA. BAGAIMANA HAMBA-KU DAPAT MENIPU DENGAN AMALNYA. MEREKA MUNGKIN DAPAT MENIPU SESAMA MAKHLUK, TETAPI AKU YANG MENGETAHUI HAL-HAL YANG GAIB. AKU TETAP MELAKNATNYA...!" 


Tujuh malaikat di antara tiga ribu malaikat berkata, "YA TUHAN, DENGAN DEMIKIAN TETAPLAH LAKNAT-MU DAN LAKNAT KAMI ATAS MEREKA." 


Kemudian semua yang berada di langit mengucapkan, "Tetaplah laknat Allah kepadanya, dan laknatnya orang-orang yang melaknat."' 


Sayyidina Mu'adz (yang meriwayatkan hadits ini) kemudian menangis tersedu-sedu. Selanjutnya berkata, "Ya Rasulallah, bagaimana aku bisa selamat dari semua yang baru engkau ceritakan itu?" 


Jawab Rasulullah, "Hai Mu'adz, ikutilah Nabimu dalam masalah keyakinan(Tauhid)." 


Tanyaku (Mu'adz), "Engkau adalah Rasulullah, sedang aku hanyalah Mu'adz bin Jabal. Bagaimana aku bisa selamat dan terlepas dari bahaya tersebut?" 


Berkatalah Rasulullah SALLALLAHU 'ALAYHI WASALLAM, 


"MEMANG BEGITULAH, BILA ADA KELENGAHAN DALAM AMAL IBADAHMU. KARENA ITU, JAGALAH MULUTMU JANGAN SAMPAI MENGHINAKAN ORANG LAIN, terutama kepada sesama ulama. 


INGATLAH DIRI SENDIRI TATKALA HENDAK MENGHINAKAN ORANG LAIN, SEHINGGA SADAR BAHWA DIRIMU PUN PENUH AIB. JANGAN MENUTUPI KEKURANGAN DAN KESALAHANMU DENGAN MENJELEKKAN ORANG LAIN. 


JANGANLAH MENGORBITKAN DIRIMU DENGAN MENEKAN DAN MENJATUHKAN ORANG LAIN. 


JANGAN RIYA DALAM BERAMAL, 


DAN JANGAN MEMENTINGKAN DUNIA DENGAN MENGABAIKAN AKHIRAT. 


JANGAN BERSIKAP KASAR DI DALAM MAJLIS AGAR ORANG TAKUT DENGAN KEBURUKAN AKHLAKMU. 


JANGAN SUKA MENGUNGKIT-UNGKIT KEBAIKAN, 


DAN JANGAN MENGHANCURKAN PRIBADI ORANG LAIN, KELAK ENGKAU AKAN DIROBEK-ROBEK DAN DIHANCURKAN ANJING JAHANNAM, SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH DALAM SURAT AN-NAZIAT AYAT 1- 3." 


1. Demi (makhluk-makhluk) Yang mencabut (Apa Yang ditugaskan mencabutnya) Dengan cara Yang sekasar-kasarnya; 
2. dan Yang menarik (Apa Yang ditugaskan menariknya) Dengan cara Yang selembut-lembutnya; 
3. dan Demi (makhluk-makhluk) Yang cergas bergerak (menerima perintah) Dengan gerak Yang secergas-cergasnya;




Tanyaku selanjutnya, "Ya Rasulallah, siapakah yang bakal menanggung penderitaan seberat itu?" 


Jawab Rasulullah SALLALLAHU 'ALAYHI WASALLAM, 


"MU'ADZ, YANG AKU CERITAKAN TADI AKAN MUDAH BAGI MEREKA YANG DIMUDAHKAN ALLAH. ENGKAU HARUS MENCINTAI ORANG LAIN SEBAGAIMANA ENGKAU MENYAYANGI DIRIMU. DAN BENCILAH TERHADAP SUATU HAL SEBAGAIMANA KAU BENCI BILA ITU MENIMPA DIRIMU. JIKA DEMIKIAN ENGKAU AKAN SELAMAT." 


Khalid bin Ma'dan meriwayatkan, "Sayyidina Mu'adz sering membaca hadits ini seperti seringnya membaca Al-Qur'an, dan mempelajari hadits ini sebagaimana mempelajari Al-Qur'an di dalam majlis." 


________________________________________
Sumber: Kitab Imam Al Ghazali, MINHAJUL ABIDIN, Dan BIDAYATUL HIDAYAH

Thursday, October 27, 2011

::Aku masih egois::

[credit]


Ego. Still feeding it on day to day basis. 
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.
 Who am I to think big of myself? 
I can't even breath if it's not by His will.
Reminder to myself. Again.

Wednesday, September 14, 2011

::kita sentiasa layak diuji!::

Assalamualaikum wbt,

kalau berada dalam bulatan gembira, soalan yang saya mesti akan tanya ialah, apa khabar semua orang minggu ni? agaknya tak valid lah nak tnya kat sini kan, sebabnya bukanlah setiap minggu jari jemari ini menari di papan kekunci komputer riba menghasilkan satu entri untuk dibaca. Walaupun selalu berniat nak istiqomah dalam menulis dan berkongsi dengan semua orang apa sahaja pengetahuan yang dipelajari. Kadang-kadang tak tahu macam mana nak menulis ayat-ayat bagi sampai maksud yang dihajatkan. Tengok tu! punyalah berbelit-belit kan ayat hari ini!

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Setelah dekat dua bulan berperang dengan perasaan, akhirnya Allah beri satu nikmat yang sangat besar. Doakan agar saya tidak termasuk dalam golongan yang sering disebut dalam Al-Quran ya, kikir setelah diberi nikmat, naudzubillah!

Itu baru muqaddimah! ^_^

Baiklah, berbalik kepada tajuk post ni sebenarnya; alhamdulillah, nak share satu part daripada buku "Aku Terima Nikahnya 2 : Bercinta sampai ke Syurga", tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Jangan fikir bukan-bukan pulak! InshaAllah walaupun tajuknya sangatlah tidak sesuai untuk kanak-kanak seperti saya membacanya, namun alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang telah menggerakkan hati untuk membaca buku ini ketika hati sangat jauh dari-Nya. Saat keyakinan dan pengharapan rapuh dan menanti patah. 

Satu tajuk kecil (  "Kamu Sentiasa Layak Diuji" ) dalam buku ini sangatlah menyentuh hati yang sedang kering dan tandus itu.

Siapa kita di dunia ini? Siapakah kita di mata Allah? Jawapan skema soalan tersebut adalah kita adalah hamba Allah.

Hamba yang diciptakan dengan dua tujuan hidup;
(1) pengabdian kepada Allah [51:56] dan 
(2) mengimarahkan bumi, khilafah [2:30] . 

InshaAllah itulah jawapan kita bukan? Hamba kepada Allah. Namun, dalam seharian kita beribadah, dalam kita meniti kehidupan kita sepanjang kita berada di muka bumi Allah ini, kadang-kadang kita lupa hakikat diri kita sebagai HAMBA. Apa status hamba apabila berhadapan dengan TUANnya?? atau dalam konteks kita, apabila berhadapan dengan TUHANnya? Seorang hamba tidak akan pernah mempersoalkan apa juga keputusan tuannya. Kalau kita mempunyai orang gaji pun, kita tidak akan mahu orang gaji itu mempersoalkan keputusan kita, kan?? tapi orang gaji masih boleh berhenti kerja kalau dia mahu, paling-paling, dia punya kebebasan melakukan mengikut kehendaknya untuk hal itu. 

Namun,apabila berstatus hamba, segalanya adalah milik TUANnya, tidak ada satu pun hal yang berada dalam kekuasaan hamba tersebut. Segalanya-galanya adalah di bawah kekuasaan TUANnya/TUHANnya.

Jadi,apa kaitannya dengan tajuk post ni? itulah dia kaitannya. Apabila kita berstatus hamba, kita sentiasa layak diuji! sentiasa tiada kesalahan dalam takdir yang Allah telah tentukan, kerana Dia berkuasa ke atas kita.

Saya suka dengan huraian Ustaz Hasrizal tentang mesej yang dibawa dalam novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy. Fahri yang sangat suci, yang hidup dalam lembayung Al-Quran, yang melakukan setiap perintah dan menjauhi setiap larangan Allah, diuji dengan sesuatu ujian yang sangat bertentangan dengan nilai hidup pegangannya. Sedangkan selama ini, setiap tindak tanduknya tidak pernah membelakangkan Allah dan RasulNya. Sehingga dia mempersoalkan takdir Allah kepadanya. 

"Apa salah saya kepada Allah?" soalnya 
dan jawapan seorang manusia yang turut bersamanya dalam penjara itu; Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel atau lelaki gila tanpa nama dalam filem ialah: 
"Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS.. SABAR dan IKHLAS itulah ISLAM."  
"Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!", bicara waras seorang manusia gila. 
(sedikit ekstrak daripada buku tersebut)

kita selalu rasa, apabila kita telah melakukan segalanya, mengikut setiap perintah dan menjauhi larangan Allah, kita tidak sepatutnya menghadapi kegagalan. Kita hanya layak menerima perkara-perkara baik dalam hidup kita. Kita hanya layak mendapat nikmat dan bukan ujian. 

Benar, Allah menjanjikan ganjaran untuk setiap usaha kita. Dan usaha adalah asbab(sebab) kepada kejayaan. Itu apa yang ISLAM ajar kepada kita. Namun, kita juga disuruh mengimani bahawa Allah, Pencipta segala asbab (sebab) berhak untuk memberi apa sahaja keputusan mengikut kehendak-Nya kepada hamba-Nya.

Dan kita sering mengatakan bahawa kita melakukan sesuatu hanya kerana Allah semata-mata . Jika benar, mengapa kita mempersoalkan ketentuan Allah apabila keputusan tidak seperti yang kita harapkan? Adakah kita merasakan , 'setelah aku berusaha, inilah yang patut aku dapat', sedangkan 'inilah yang patut aku dapat' itu adalah hak mutlak Allah sahaja.

Itulah perbezaan antara muslim yang baik dan muslim yang mukhlis. Sangat nipis garis pemisah antara dua kategori manusia ini. Dan ujian yang datang adalah untuk menzahirkan keikhlasan itu. 

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata :'kami beriman', sedangkan mereka tidak diuji" 
(Al-Ankabut:2) 

Itulah sedikit sebanyak apa yang saya dapat ketika membaca buku ini. Sangatlah tersentuh membaca bab ini kerana seperti Fahri, saya juga hamba Allah yang terlupa status diri sebagai hamba; merasakan usaha saya telah pun melayakkan saya mendapat kejayaan bukan kegagalan. Dan mungkin,  pengharapan dan pergantungan kepada-Nya masih kurang. Tolong doakan saya menjadi hamba Allah yang ikhlas. Dan semoga entri kali ini memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya, inshaAllah.



Friday, August 12, 2011

::Ada apa dengan surah Al-Fatihah?::

Assalamualaikum wbt.

Hari ni, teringat satu ungkapan (tapi tak ingat kat mana jumpa/dengar, aseef jiddan [maaf sangat] ) setelah usai solat terawih

"Orang yang tak faham apa yang dibaca dalam solat sama la dengan orang gila". 

Lebih kurang macam ni la maksudnya. Mula-mula dengar dulu, memang tak setuju sangat! Ye la, solat kita dalam bahasa Arab kan, kita pulak orang bukan Arab, mestilah tak faham, kan? Logik la? Tapi huraian statement tu ialah, kalau orang gila, dia faham tak apa yang dia cakapkan? Apa yang dia jeritkan? Mana ada orang gila tu faham, sebab tu la dia dikatakan gila; tidak mempunyai kewarasan aqal sehingga percakapan sendiri tidak memberi erti. Dah kalau kita hari-hari duk baca surah, baca bacaan dalam solat selama kita hidup, let say 21 tahun dah hidup di dunia yang sementara ni, tak kan tak pernah terlintas nak tahu maksud bacaan yang kita kumat kamit baca dalam solat sedari kita umur 6-7 tahun. Ye dak?

Sebab itulah kita disuruh untuk cuba mempelajari bahasa Arab, bahasa syurga, bahasa baginda Rasulullah saw, bahasa Al--Quran. Kerana kusyuk dalam solat memerlukan kehadiran hati, bukan sekadar pergerakan fizikal semata-mata. Dan memahami bacaan dalam solat ialah salah satu cara untuk menghadirkan hati kita. Sedangkan kita mengetahui bahawa amalan pertama yang bakal dihisab nanti ialah solat kita (peringatan kepada diri sendiri)

"Dan perkara pertama yang akan dihisab ke atas seseorang hamba pada hari kiamat ialah SOLAT, jika elok solatnya, maka eloklah SELURUH amalannya, jika rosak solatnya, maka rosaklah SELURUH amalannya"                                                                                                              
[HR Thabrani]

Jadi, marilah kita bersama-sama berusaha memahami bacaan-bacaan solat kita, inshaAllah. Sebenarnya nak share satu hadis pasal surah Al-Fatihah, tapi end up membebel panjang-panjang dulu. Aseef [maaf] ye! >_<

Tersebut dalam Sohih Muslim dari hadith al-'Ala' ibn Abdur Rahman Maula al-Harqah dari bapanya Abu Hurairah dari Rasulullah S.A.W.: Firman Allah Ta'ala:  
"Aku telah membahagikan solat (al-Fatihah) kepada dua bahagian, separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," 
apabila hamba-Ku berkata: (alhamdulillahirabbil'alamin)
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku" 
 
apabila hamba itu berkata: (arrahmanirrahim)
Allah menjawab: Hamba-Ku telah memberi sanjungan kepada-Ku:"
 
apabila hamba itu berkata: (malikiyaumiddin)
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungagungkan-Ku
 
dan apabila hamba itu berkata: (iyakana'buduwaiya kanasta'in)Allah menjawab: "Ini di antara hamba-Ku dengan Aku dan untuk hamba-Kuapa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," 
apabila hamba itu berkata:(ihdinassira tal mustaqim siratallazi naan 'am ta 'alaihim ghairil maghdu bi'alaihim waladdha lin)
Allah menjawab: "Ini untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku."
 
[Tafsir Al-Fatihah, Fi Zilalil Quran, karangan Syed Qutb] 

Haa! best tak! Rasa tak yang sebenarnya kita sedang berkomunikasi dengan Allah melalui solat kita. InshaAllah kalau kita cuba untuk berbicara dengan Allah, mesti kita tak fikir benda lain dah kan? Satu trick untuk menghadirkan hati di dalam solat, inshaAllah. Maha Penyayangnya Allah kepada kita kan. 

Sama-sama kita cuba membaiki diri sempena Ramadhan yang sempat menjemput kita sebagai tetamunya. Tambahan pula,  si syaitan yang selalu mengacau takde sekarang, lagi mudah nak melatih diri , inshaAllah. Semoga keluarnya kita dari madrasah tarbiyah Ramadhan ini mampu menjadikan kita manusia yang lebih baik hendaknya, inshaAllah. Selamat beramal!

Thursday, April 28, 2011

::Refresh::

Kadang-kadang, kita kena refresh diri kita. Macam komputer, kalau terlalu berat benda-benda yang disimpan dalam hard disk, mesti lama-lama lambat jadinya.

source : http://www.aming.info

Manusia juga perlu refresh iman sentiasa. Iman yang akan menggerakkan amal. Kita bukanlah robot. Dan kita memang taknak jadi robot. Tapi kadang-kadang kita terlupa. Apabila pandangan terlalu dikaburi dengan matlamat akhir, kita akan buat apa sahaja untuk mencapai matlamat itu. Tidak kata ianya satu kesalahan. Namun, bukankah pengalaman yang dikutip dalam perjalanan untuk mencapai matlamat itu merupakan satu kejayaan dalam perjuangan? Merupakan hadiah daripada Allah untuk manusia yang tahu menilai dan menghargai? Orang kata, "it's the journey that counts", kerana ia yang akan membentuk siapa diri kita di pengakhiran nanti, saat kita tiba di garisan penamat itu.

Manusia hanya mampu berusaha, tapi Dia juga yang menentukan hasilnya. Kerana hakikatnya, segala sesuatu berada dalam kekuasaanNya. Dan sampai satu ketika, apabila usaha yang dicurahkan, bukanlah digerakkan kerana-Nya, bukanlah didasari oleh kekuatan yang diperolehi daripada Yang Maha Kuat, ianya akan melemah, dan saat itu, mampukah kita untuk terus melangkah?

Refreshment ada di mana-mana, dengan syarat kita tahu mencari dan mengenalinya. Bantuan Allah itu datang dari arah yang kita tidak sangka, pada waktu yang tidak di duga. Namun, perasaan itu hanya dirasai dengan keizinan daripadaNya. Mohonlah agar kita mampu mengenali dan merasainya. Kerana ianya lahir di dalam hati, dan Allah jugalah yang memegang dan mengetahui segala isi hati manusia.

وَأَسِرُّواْ قَوۡلَكُمۡ أَوِ ٱجۡهَرُواْ بِهِۦۤ‌ۖ إِنَّهُ ۥ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ

 Dan rahsiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah, sesungguhnya Dia adalah al-‘alim (Maha Mengetahui) apa yang ada dalam dada. 


(Al-Mulk;67:13)

Thursday, April 21, 2011

::Nak syurga tak??::

Dari Anas r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah 'Azzawajalla berfirman: "Jikalau Aku memberi cobaan kepada hambaKu dengan melenyapkan kedua matanya - yakni menjadi buta, kemudian ia bersabar, maka untuknya akan Kuberi ganti syurga kerana kehilangan keduanya yakni kedua matanya itu." 

(Riwayat Bukhari) 


Dari 'Atha' bin Abu Rabah, katanya: "Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma mengatakan padaku: "Apakah engkau suka saya tunjukkan seorang wanita yang tergolong ahli syurga?" Saya berkata: "Baiklah." Ia berkata lagi: "Wanita hitam itu pernah datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Sesungguhnya saya ini terserang oleh penyakit ayan dan oleh sebab itu lalu saya membuka aurat tubuhku. Oleh kerananya haraplah Tuan mendoakan untuk saya kepada Allah - agar saya sembuh." Beliau s.a.w. bersabda: "Jikalau engkau suka hendaklah bersabar saja dan untukmu adalah syurga, tetapi jikalau engkau suka maka saya akan mendoakan untukmu kepada Allah Ta'ala agar penyakitmu itu disembuhkan olehNya." Wanita itu lalu berkata: "Saya bersabar," lalu katanya pula: "Sesungguhnya kerana penyakit itu, saya membuka aurat tubuh saya. Kalau begitu sudilah Tuan mendoakan saja untuk saya kepada Allah agar saya tidak sampai membuka aurat tubuh itu." Nabi s.a.w. lalu mendoakan untuknya - sebagaimana yang dikehendakinya itu." 
(Muttafaq 'alaih) 


Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: Saya memasuki tempat Nabi s.a.w. dan beliau sedang dihinggapi penyakit panas. Saya lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Tuan dihinggapi penyakit panas yang amat sangat." Beliau kemudian bersabda: "Benar, sesungguhnya saya terkena panas sebagaimana panas dua orang dari engkau semua yang menjadi satu." Saya berkata lagi: "Kalau demikian Tuan tentulah mendapatkan dua kali pahala." Beliau bersabda: "Benar, demikianlah memang keadaannya, tiada seorang Muslimpun yang terkena oleh sesuatu kesakitan, baik itu berupa duri ataupun sesuatu yang lebih dari itu, melainkan Allah pasti menutupi kesalahan-kesalahannya dengan sebab mushibah yang mengenainya tadi dan diturunkanlah dosa-dosanya sebagaimana sebuah pohon menurunkan daunnya - dan ini jikalau disertai kesabaran." 
*Alwa'ku yaitu sangatnya panas (dalam tubuh sebab sakit), tetapi ada yang mengatakan
panas (biasa).
[Sumber: Riyadhus Salihin, Bab 3- Sabar] 




Perintah Allah dalam manual yang diturunkanNya buat sekalian umat manusia:





يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ


  "Hai sekalian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu."
 (Ali-Imran;3:200)



وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ

"Niscayalah Kami akan memberikan cobaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan, ketaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah;2:155)




قُلۡ يَـٰعِبَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡ‌ۚ لِلَّذِينَ أَحۡسَنُواْ فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٌ۬‌ۗ وَأَرۡضُ ٱللَّهِ وَٲسِعَةٌ‌ۗ إِنَّمَا يُوَفَّى ٱلصَّـٰبِرُونَ أَجۡرَهُم بِغَيۡرِ حِسَابٍ۬

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya - kerana amat banyaknya."  
(Az-Zumar;39:10)




Betapa banyaknya ganjaran yang Allah janjikan buat mereka yang bersabar. Dan Allah kata, bersabarlah, dan cukupkanlah kesabaran itu. Kenapa? Kerana sabar itu perlu mujahadah! Ia bukanlah sesuatu yang hanya berlaku saat ketika itu sahaja tapi ia memerlukan usaha yang berterusan dalam kehidupan seorang Muslim. Kerana apa? Kerana syaitan itu makhluk yang bijak mengambil peluang. Mungkin kiranya kita pernah mendengar bahawa sabar itu pada hentakan pertama, namun kesabaran kita boleh dirosakkan sekiranya kita tidak menjaganya sehingga ke akhirnya kerana syaitah itu mampu mencucuk jarum-jarum halus , bisikan-bisikan ke dalam hati kita setelah itu agar kita terus menyimpan perasaan, agar kita terus memikirkan, Nauzubillah! Kerana itu, ia perlu mujahadah dan berlapang dada. 

Peringatan buat diri sendiri, kala ini, ketika Allah memberi kesempatan untuk jri-jemari menari di papan kekunci dan bibir menuturkan kata-kata~







Friday, April 8, 2011

::Adakah...::

Ibnul Qayyim mengungkapkan : Seorang pendeta berkata: "Wahai Tuhanku, betapa aku sering melakukan maksiat kepadaMu tetapi menpa tidak kunjung datang azabMu menimpa diriku?". Didatangkan ilham kepadanya melalui ilmunya: "Alangkah besarnya azab Allah kepadamu, tetapi engkau tidak mengetahui hakikatnya. Tidakkah engkau berasa dirimu dihalangi daripada merasai kemanisan beribadat kepadaNya?"

Hari ini, genap 6 bulan 16 hari aku berada di bumi baru ini. Bumi yang mengajarku banyak perkara, bumi yang menyaksikan aku melakukan perkara-perkara yang aku sendiri tidak pernah duga aku akan lakukan, bumi yang memaksa aku keluar dari comfort zone aku dan melakukan perkara-perkara yang aku sendiri tidak sedar bahawa aku mampu untuk melakukannya. Dan pagi ini, tatkala melihat mesej yang masuk dalam inbox handphone, mesej ini yang paling terkesan sekali, terima kasih atas peringatan dan perkongsian yang sangat bermakna ini.

6 bulan ini membuatkan aku berfikir kembali kenapa aku berada di jalan ini. 6 bulan ini membuatkan aku berfikir kembali apa yang aku inginkan dalam kehidupan aku yang sementara ini. Dan 6 bulan ini membuatkan aku berfikir, apa yang aku sanggup korbankan tatkala aku menuturkan yang aku ingin terus thabat berada di jalan ini.

Tatkala manusia lain sedang menangis memikirkan masalah study, mereka menangis memikirkan masalah umat. Tatkala manusia lain berkira-kira untuk melancong, mereka menginfakkan wang demi satu cita-cita. Tatkala manusia lain sedang nyenyak tidur, mereka berjaga demi merancang dan memikirkan bagaimana nak membangunkan ummah.Tatkala manusia lain bergelak ketawa menonton cerita, mereka menatap bahan bacaan yang tidak tahu bila akan habisnya.

Nampak sangatlah tak best kan kehidupan itu dari luar. Nampak sangatlah membosankan. Nampak sangatlah tiada keseronokan seperti manusia-manusia lain yang boleh berjalan-jalan di muka bumi Allah dengan gembiranya, yang punya seluruh masa di dunia. Namun,hakikatnya mereka masih mampu tersenyum. Mereka masih mampu ketawa. Dan mereka masih lagi gagah berdiri, menyelusuri jalan itu. Kerana apa? Tatkala hati dirisaukan dengan sedikit kekusutan, datanglah pujukan Allah melalui jalan yang paling halus dan lembut, tatkala jatuhnya sehingga tidak mampu untuk bangun kembali, tangan-tangan hasil ukhuwah keranaNya terhulur tanpa diminta, tatkala tidak mampu lagi untuk melangkah, datanglah kekuatan yang sukar ditafsir dari mana arah datangnya.Kerana rasa bahagia itu letaknya di hati, dan Dialah pemilik semua hati-hati manusia.

"Sungguh, Kami telah memberimu nikmat yang banyak. Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu,dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah). Sungguh, orang yang membencimu,dialah yang terputus (dari rahmat Allah)

(Al-Kautsar;108:1-3)


Dan 6 bulan ini sangatlah menguji apa yang selama ini aku bicarakan. Sangatlah menuntut hak sebuah kata-kata. Sangatlah meminta setiap inci kehidupan yang aku katakan adalah untuk dakwah kepada Allah semata-mata selama aku mengenal tarbiyah. Dan aku bimbang kiranya reputasi di depan manusia yang aku kejar, kiranya redha mereka yang aku risaukan, dan expectation mereka yang ingin aku penuhkan. Bukan lagi kerana cinta Allah dan rasulNya, bukan lagi kerana mengharapkan sebuah pertemuan di akhirat sana, bukan lagi kerana ingin menuntut sebuah cinta yang tiada taranya. Dan aku bimbang andai semua itu membuatkan aku penat untuk melangkah, berat untuk bangun kembali dan letih ingin terus memikirkan, dan aku bimbang andai semua itu membawa kepada terhalangnya diriku daripada merasai manisnya beribadat kepadaNya.

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu, atas ketaatan kepadaMu, dan atas jihad di jalanMu, ameen ya Rabbal A'lamin¬"

Sunday, March 27, 2011

::Kesantunan itu::

Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya (janji Allah) kepada kamu, ketika kamu hancurkan mereka dengan izin-Nya (izin Allah), sehinggalah hati (semangat) kamu menjadi lemah dan berbantahan (sesama sendiri) dalam urusan (perang Uhud) itu dan kamu derhakai (perintah rasul) sesudah Dia (Allah) perlihatkan kepada kamu apa yang kamu gemari (harta rampasan). Ada antara kamu yang mahukan dunia, dan ada yang mahukan akhirat. Kemudian Dia (Allah) memalingkan kamu daripada mereka (menewaskan kamu), sebagai ujian bagi kamu. Dan sesungguhnya Dia (Allah) sudah memaafkan kamu. Dan Allah memberikan kurnia kepada orang yang beriman.  



(Ingatlah) ketika kamu lari tanpa berpaling kepada sesiapa pun (ketika perang Uhud), padahal rasul (yang berada) di kalangan (kawan-kawan) kamu yang lain memanggil kamu. Lalu Dia (Allah) timpakan ke atas kamu kesedihan demi kesedihan agar kamu tidak berdukacita terhadap (keuntungan) yang luput daripada kamu dan terhadap musibah yang menimpa kamu. Dan Allah adalah al-Khabir (Maha Mengenal) terhadap apa yang kamu lakukan. 


Kemudian Dia (Allah) turunkan kepada kamu ketenteraman selepas kesedihan, iaitu rasa mengantuk yang mengenai segolongan daripada kamu sementara segolongan (yang lain) mementingkan diri sendiri (hinggakan) mereka mengadakan prasangka yang tidak benar terhadap Allah, iaitu prasangka Jahiliyyah. Mereka berkata: “Apakah ada sesuatu (kekuasaan) bagi kita dalam urusan ini?” Katakanlah: “Seluruh urusan itu kepunyaan Allah.” Mereka menyembunyikan dalam diri (hati) mereka hal yang mereka tidak nyatakan kepada engkau (Muhammad saw). Mereka berkata: “Sekiranya ada bagi kita sesuatu (kekuasaan) dalam urusan ini tentu kita tidak terbunuh di sini.” Katakanlah: “Walaupun kamu berada di dalam rumah kamu, nescaya orang yang sudah ditentukan terbunuh itu akan keluar ke tempat mereka terbaring (menemui ajal).” Dan kerana Allah hendak menguji apa yang ada di dalam dada kamu dan untuk membersihkan apa yang ada di dalam hati kamu. Dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui) terhadap isi hati.  
Sesungguhnya orang di kalangan kamu yang berpaling pada hari pertempuran dua angkatan (perang Uhud) itu, tidak lain (melainkan) mereka digelincirkan oleh syaitan disebabkan amal (kesalahan) yang mereka telah lakukan (sebelum ke medan perang), tetapi Allah telah memaafkan kamu, sesungguhnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Halim (Maha Penyantun).   
(QS: Ali-Imran;3:152-155) 


Tatkala membaca surah ini, terasa sangat lembut dan penyantunnya Allah itu kepada hamba-hambaNya. Kisah perang Uhud, di mana para muslimin dikalahkan kerana mereka melanggar arahan nabi Muhammad saw agar tetap di tempat masing-masing walau apa pun yang berlaku. Akibat terpesona dengan harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh tentera kafir, para pemanah berlari meninggalkan tempat masing-masing lantas membolehkan Khalid Al-Walid membolos pertahanan kaum Muslimin. Besarnya harga yang perlu dibayar atas keingkaran terhadap arahan Rasulullah saw- syahidnya ramai Muslimin dalam perang tersebut.


Namun, apa yang Allah kata dalam ayat 152-155 surah Ali-Imran ini? Allah ulang 2 kali dalam 4 ayat ini, Allah telah memaafkan kamu. Mudahnya Allah memaafkan kita, dengan syarat kita menyedari kesalahan kita dan bertaubat kepada-Nya. Betapa penyantunnya Allah kepada hamba-hamba-Nya. Dan Allah berfirman untuk memberitahu manusia bahawa kesedihan itu ditimpakan agar kita tidak berdukacita dengan keuntungan yang luput daripada kita dan terhadap musibah yang menimpa. Dan Allah sambung lagi pada ayat seterusnya, menjelaskan kekuasaan adalah hak mutlak Allah. Dialah yang menentukan sesuatu, bukanlah kita, hamba-hamba-Nya yang kerdil ini. Oleh itu, walau apa pun yang kita lakukan, segala ketentuan Allah pasti akan berlaku, biar pun kita cuba untuk menghalangnya,Jadi, usahlah berdukacita, kerana Allah hendak membersihkan hati kita.


Dan komentari Allah terhadap perang ini :


Dan janganlah kamu berasa lemah dan berdukacita, sesungguhnya kamu adalah yang paling tinggi jika kamu (benar-benar) orang yang beriman.Jika kamu mendapat luka (dalam peperangan Uhud), kaum (yang memerangi kamu) itu juga telah mendapat luka yang serupa (dalam peperangan Badar). Demikianlah Kami (Allah) pergilirkan hari-hari itu antara manusia, dan kerana Allah hendak menyatakan mereka yang beriman, dan menjadikan di kalangan kamu syuhada (orang yang mati syahid atau yang menjadi saksi). Dan Allah tidak menyukai orang yang zalim. 
(QS: Ali-Imran;3:139-140)
Apa lagi yang Allah kata?
Dan jangan kamu sangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati; bahkan mereka hidup di sisi Rab (Tuhan) mereka dan mereka mendapat rezeki.

(QS: Ali-Imran;3:169)

Betapa lembutnya dan halusnya pujukan Allah terhadap kekalahan kaum Muslimin ketika itu. Betapa  kasihnya Allah kepada kita, kaum Muslimin, biarpun kekalahan itu adalah daripada kelalaian kita sendiri, namun kecintaan Allah kepada kita, pujukan Allah kepada kita, sangatlah mesra. Seluruh surah ini mencerminkan sifat maha penyantun dan maha penyayang Allah terhadap hamba-hambaNya walaupun hamba-hamba-Nya telah melakukan kesalahan. Walaupun hamba-hamba-Nya ini telah mengingkari arahan kekasihNya; Rasulullah saw. Tidak cukupkah lagi kasih itu untuk menjadi pendorong kita untuk bertaubat kepada-Nya. 

Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : 
 
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.   
(Hadis 42 daripada Hadis 40 Imam Nawawi)






P/s: Masih mencari secebis kekuatan untuk meneruskan langkah-langkah menempuh hari yang mendatang~ 
terasa kelembutan itu kala ini~ 






Monday, February 7, 2011

::Reminder of the Heart::

Narrated 'Umar bin Al-Khattab:I heard Allah's Apostle saying, "The reward of deeds depends upon the intentions and every person will get the reward according to what he has intended. So whoever emigrated for worldly benefits or for a woman to marry, his emigration was for what he emigrated for."
(Bukhari :: Book 1 :: Volume 1 :: Hadith 1) 

That incident was last week's, but still remained as a fresh memory in her mind. As if, she could not let it go, even when everything was supposed to be settled. She wanted to let it go, but couldn't. And today, a reminder from Him yet again, to remind her of her true intention.

Why was she angry in the first place? Was it because of Allah? If so, He had fixed everything now. Why did she still feel that anger deep inside her heart? What was the reason now? Allah or her own self; her nafs? 

Yes, first intention can be for good but it can be diverted within the course of obtaining one's goal. We usually intend to do good, but as we encounter an obstacle that challenges us mentally and physically, we might divert our intention purely to satisfy ourselves, and our ego. It might sound a bit of a small matter, but syaitan can mislead us in things we are not aware of.

With that in her mind, she took a deep breath and rethink of her actions and intention. Yes, she was indulged in her own emotion for too long of a time. It's time to let things go and start over again. Saidina Ali karamallahu wajhah, after being spit at,  stop himself from killing someone in a battle field, fear of killing not for the sake of Allah but for the anger that he felt. That was in battle field, battling the enemy of Allah and His prophet saw, it was even a clear cut situation where the differences between the two parties were obvious. Her situation was just a small insignificant one when being compared side by side with that seerah. 

So the right thing for her to do now is to let things go and starts fresh. People do make mistakes, because sometimes people did not realise it. It is the duty of anybody who are aware of the mistakes to correct it; amar ma'aruf nahi munkar. Correcting not to show supremacy but because of the love that we have for each other. Correcting with the intention to see each other in Jannah and not to signify that we are better than the other people. Correcting without the intention to humiliate, but truly for the sake of Allah, Him and Him alone, inshaAllah.

"Alhamdulillah, thank you Allah for the reminder that was sent,"she whispered slowly.

Thursday, January 20, 2011

::stranded in a distant land::

~blank stare~

Feel a bit lost today,
don't know what went wrong,
feel as if i did nothing that would mount my Mizan in the hereafter,
well, not the right side for sure,
the left one was fine,
piling up, no problem,
How am i to meet Him,
carrying all those "actions" together?


*           *          *  


It's been a while since i write something else apart from my feelings. But one cannot share if one has nothing to share. That is what i am feeling right now. 



~down~


"It's the heart of a Muslim through the guidance of Islam
That makes you fair and kind and helpful to your fellow man
So living as a Muslim means that you must play a part
Allah looks not at how you look, but what is in your heart"



I need to play my part, and with that, i need to equip myself with knowledge and skills. He looks at our effort (mujahadah) inshaAllah. 


P/s:  With exams coming up and everything are just topsy turvy, can't really think straight. Need to calm down and take one thing at a time. But really need to pack everything and go. Can't wait any longer, cause time wait for no man. The very fact that Allah revealed a Surah on time (Al-Asr; 103) to show how human are wasting it and it is such an important aspect for one's life despite being just a concept and nobody can't really see it or touch it. How incredible that is? And how i need to really make full use of it, mashaAllah. Give me Your guidance, O' Allah.


Saturday, January 15, 2011

::The Heart of A Muslim-Zain Bikha::


Looking up at the sky, searching for Allah most High
He rejected the way of worshipping Gods of clay
Prophet Ibrahim knew that Allah was near
And that the heart of a Muslim is sincere

Under the hot burning sun, he declared God is one
Though with stones on his chest, his Imaan would not rest
The Muadhin knew that right would conquer wrong
And the heart of a Muslim must be strong

Chorus:
It's the heart of a Muslim through the guidance of Islam
That makes you fair and kind and helpful to your fellow man
So living as a Muslim means that you must play a part
Allah looks not at how you look, but what is in your heart

In our poor meager state, little food on our plate
Mother said she was glad, always sharing what we had
When I asked how can we share what's not enough
She said the heart of a Muslim's filled with love

He said its time you should know, you will learn as you grow
That some people around will do what's bad to bring you down
Father said to be a star that's shining bright
For the heart of a Muslim does what's right

(Chorus)

So whatever you do, make sure your words are true
Honesty is the best, because life is a test
Even if it hurts so much you want to cry
For the heart of a Muslim does not lie
(Chorus 2x) 

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...