Wednesday, September 14, 2011

::kita sentiasa layak diuji!::

Assalamualaikum wbt,

kalau berada dalam bulatan gembira, soalan yang saya mesti akan tanya ialah, apa khabar semua orang minggu ni? agaknya tak valid lah nak tnya kat sini kan, sebabnya bukanlah setiap minggu jari jemari ini menari di papan kekunci komputer riba menghasilkan satu entri untuk dibaca. Walaupun selalu berniat nak istiqomah dalam menulis dan berkongsi dengan semua orang apa sahaja pengetahuan yang dipelajari. Kadang-kadang tak tahu macam mana nak menulis ayat-ayat bagi sampai maksud yang dihajatkan. Tengok tu! punyalah berbelit-belit kan ayat hari ini!

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Setelah dekat dua bulan berperang dengan perasaan, akhirnya Allah beri satu nikmat yang sangat besar. Doakan agar saya tidak termasuk dalam golongan yang sering disebut dalam Al-Quran ya, kikir setelah diberi nikmat, naudzubillah!

Itu baru muqaddimah! ^_^

Baiklah, berbalik kepada tajuk post ni sebenarnya; alhamdulillah, nak share satu part daripada buku "Aku Terima Nikahnya 2 : Bercinta sampai ke Syurga", tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Jangan fikir bukan-bukan pulak! InshaAllah walaupun tajuknya sangatlah tidak sesuai untuk kanak-kanak seperti saya membacanya, namun alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang telah menggerakkan hati untuk membaca buku ini ketika hati sangat jauh dari-Nya. Saat keyakinan dan pengharapan rapuh dan menanti patah. 

Satu tajuk kecil (  "Kamu Sentiasa Layak Diuji" ) dalam buku ini sangatlah menyentuh hati yang sedang kering dan tandus itu.

Siapa kita di dunia ini? Siapakah kita di mata Allah? Jawapan skema soalan tersebut adalah kita adalah hamba Allah.

Hamba yang diciptakan dengan dua tujuan hidup;
(1) pengabdian kepada Allah [51:56] dan 
(2) mengimarahkan bumi, khilafah [2:30] . 

InshaAllah itulah jawapan kita bukan? Hamba kepada Allah. Namun, dalam seharian kita beribadah, dalam kita meniti kehidupan kita sepanjang kita berada di muka bumi Allah ini, kadang-kadang kita lupa hakikat diri kita sebagai HAMBA. Apa status hamba apabila berhadapan dengan TUANnya?? atau dalam konteks kita, apabila berhadapan dengan TUHANnya? Seorang hamba tidak akan pernah mempersoalkan apa juga keputusan tuannya. Kalau kita mempunyai orang gaji pun, kita tidak akan mahu orang gaji itu mempersoalkan keputusan kita, kan?? tapi orang gaji masih boleh berhenti kerja kalau dia mahu, paling-paling, dia punya kebebasan melakukan mengikut kehendaknya untuk hal itu. 

Namun,apabila berstatus hamba, segalanya adalah milik TUANnya, tidak ada satu pun hal yang berada dalam kekuasaan hamba tersebut. Segalanya-galanya adalah di bawah kekuasaan TUANnya/TUHANnya.

Jadi,apa kaitannya dengan tajuk post ni? itulah dia kaitannya. Apabila kita berstatus hamba, kita sentiasa layak diuji! sentiasa tiada kesalahan dalam takdir yang Allah telah tentukan, kerana Dia berkuasa ke atas kita.

Saya suka dengan huraian Ustaz Hasrizal tentang mesej yang dibawa dalam novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy. Fahri yang sangat suci, yang hidup dalam lembayung Al-Quran, yang melakukan setiap perintah dan menjauhi setiap larangan Allah, diuji dengan sesuatu ujian yang sangat bertentangan dengan nilai hidup pegangannya. Sedangkan selama ini, setiap tindak tanduknya tidak pernah membelakangkan Allah dan RasulNya. Sehingga dia mempersoalkan takdir Allah kepadanya. 

"Apa salah saya kepada Allah?" soalnya 
dan jawapan seorang manusia yang turut bersamanya dalam penjara itu; Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel atau lelaki gila tanpa nama dalam filem ialah: 
"Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS.. SABAR dan IKHLAS itulah ISLAM."  
"Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!", bicara waras seorang manusia gila. 
(sedikit ekstrak daripada buku tersebut)

kita selalu rasa, apabila kita telah melakukan segalanya, mengikut setiap perintah dan menjauhi larangan Allah, kita tidak sepatutnya menghadapi kegagalan. Kita hanya layak menerima perkara-perkara baik dalam hidup kita. Kita hanya layak mendapat nikmat dan bukan ujian. 

Benar, Allah menjanjikan ganjaran untuk setiap usaha kita. Dan usaha adalah asbab(sebab) kepada kejayaan. Itu apa yang ISLAM ajar kepada kita. Namun, kita juga disuruh mengimani bahawa Allah, Pencipta segala asbab (sebab) berhak untuk memberi apa sahaja keputusan mengikut kehendak-Nya kepada hamba-Nya.

Dan kita sering mengatakan bahawa kita melakukan sesuatu hanya kerana Allah semata-mata . Jika benar, mengapa kita mempersoalkan ketentuan Allah apabila keputusan tidak seperti yang kita harapkan? Adakah kita merasakan , 'setelah aku berusaha, inilah yang patut aku dapat', sedangkan 'inilah yang patut aku dapat' itu adalah hak mutlak Allah sahaja.

Itulah perbezaan antara muslim yang baik dan muslim yang mukhlis. Sangat nipis garis pemisah antara dua kategori manusia ini. Dan ujian yang datang adalah untuk menzahirkan keikhlasan itu. 

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata :'kami beriman', sedangkan mereka tidak diuji" 
(Al-Ankabut:2) 

Itulah sedikit sebanyak apa yang saya dapat ketika membaca buku ini. Sangatlah tersentuh membaca bab ini kerana seperti Fahri, saya juga hamba Allah yang terlupa status diri sebagai hamba; merasakan usaha saya telah pun melayakkan saya mendapat kejayaan bukan kegagalan. Dan mungkin,  pengharapan dan pergantungan kepada-Nya masih kurang. Tolong doakan saya menjadi hamba Allah yang ikhlas. Dan semoga entri kali ini memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya, inshaAllah.



2 comments:

Adawiah said...

Aida yg comel!!!

Sy suke sgt2 post ni dan rindu pd pemilik jari yg menari tulis post ini^_^

Luv u fillah,
Doakan sy kuat jg

Luv,
Ada..huhu

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

Ada yang lembut!

hehe... suka juga pemilik jari yang menulis komen di atas!

doakan semua orang kuat juga! inshaAllah..

luv you inshaAllah fillah juga!

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...