Friday, September 4, 2009

batu2 kecil di perjalanan

kadang kala hati merasa
siapakah aku dalam perjuangan ini?
adakah hanya sekadar membawa fitnah
kadang kala lidah kelu utk berkata2
sedang hati punya butir bicaranya

kenapa tidak diri ini kuat?
sedangkan hanya duri yang tertusuk
lantas keluhan rasa bergema ke udara

usah bicara tentang perjuangan
jika bisa digoyah angin lalu
belum lagi digegar gempa
atau disapa ombak menggila

mengapa hati ini terasa lemah?
tatkala di layang KATA2
bukankah memang fitrah
manusia itu punya kelemahan
punya kesilapan dalam perhitungan
punya khilaf yang tersimpan
justeru itu dicanang sebagai alasan
Ahh!! bukankah mereka hanya tahu berbicara
kita juga pernah begitu
sehingga hakikat sama dirasa
namun, mampukah kaki utk terus melangkah
bibir terus mengukir senyuman
pena terus menitipkan kata2
setelah tersungkur,terguris dan terluka



Tuesday, September 1, 2009

terawih pertama di KMB....


mengenangkan IA Math yg tidak disiapkan lagi, alaq mengajak utk balik awal... dh abah nk antar adik balik mrsm ari isnin, setuju la dgn cdgn alaq... terjejakla kaki ke kmb pd ari ahad pukul 10.30 pg...

mlm tu, kami (6 org warga blok E) bergegaslah ke surau An-Nur utk solat terawih memandangkan kami melihat agak ramai pelajar lelaki telah pun pulang ke kmb...(mungkin dgn alasan yg sama dgn kami)

yg lawak nye, xde lgsg lelaki...jdi kami pun buka la sume tirai supaya dilihat lelaki bhwa kami sdg berjemaah utk solat isyak.. benar lah, masuk rakaat ke 3, masukla beberapa bdk lelaki... ati bersyukur apabila terdetik utk membuka tirai.... selesai solat isyak, berlari lah kami ke luar, takut2 bdk2 lelaki tu dh balik, malangnye, mereka telah pun msuk tahiyat akhir solat isyak di bhgian tepi surau.. Ya Allah, geramnye dlm ati, abis solat jemaah kami!!!! (tyme ni igt batal solat jemaah, namun ati ragu2 gak sbb pernah dgr xbtl, setelah mendapat kepastian drpd yg pakar, ternyata x batal, alhamdulillah la)

pastu kami turunkan tirai, dan mereka pun msk... ni ayt dorg... "korg dh solat terawih?".. (padahal baru dlm 10 minit azan isyak).. imam solat kami pon tnye, korg solat jemaah ke tadi?.. dorg jwb "haah"... dengan selambanya, yg paling lwk jwpn slh sorg dri kami yg terlampau geram dgn mereka.. "yg korg bodoh sgt kenapa, x nmpk kami tgh solat jemaah?".. mungkin kerana xmampu menahan perasaan geram... pergaduhan di balik tirai surau an-nur.... sampai ade statement kuar..."korg ni gaduh macam kat Kisas, di sebalik tirai"

kami pon bersolatla terawih.... rakaat pertama dan kedua, pace masih lagi ok.... selepas salam, tnpa selawat sume, terus imam angkat takbir... terdgr la bisikan2 dri pihak kami..

"tak pela, dorg ikut sunnah rasulullah kot, xde selawat"

masuk rakaat ke3 n ke4, dgn bcaan yg cepat..seolah2 dikejar anjing....

selesai bg salam, terus takbir lg... apalagi, bisikan2 lain mula kedengaran..

"xpela, mungkin dorg ade byk homework kot"

"dorg segan kot, kita kan senior" (bdk2 lelaki tu junior)

selesai 8 rakaat dalam masa lebih kurg 15 minit... kami xmampu menahan ketawa pabila melihat muka alaq setiap kali selesai imam memberi salam... seolah2 enggan percaya dgn apa yg telah terjdi...

memikir kan kembali apa yg terjadi dan bagaimana kami2 ini cuba utk husnuzon dgn mereka, rasa lawak sgt... pengalaman btol... mungkin Allah nk mengajar kita utk bersangka baik...

Saturday, August 29, 2009

selamat ari tue buat yg tersayang


selamat hari lahir yg ke 19 ana ucapkan buat usrahmate tersayang... 8 ramadhan.... moga enti terus thabat di jalan ni dan moga enti dan ana serta yg lain terus dipilih-Nya utk berada di jln ini..insyaAllah....

dedicated khas buat Alaq Ashiqin, usrahmate yg disayangi selalu

Friday, August 28, 2009

Tatkala tarbiyah menyapa

“Kenapa buat Ira macam ni? Apa salah Ira?” Tanya Ira kepada Adi.

Adi terus mendiamkan diri. Dia tahu dia tidak ada jawapan kepada soalan Ira, yang dia tahu dia lebih menyayangi Alia. Alia yang muncul dalam hidupnya setahun lalu. Walaupun telah setahun berkawan dengan Alia, Adi tidak pernah menunjukkan tanda-tanda yang dia mempunyai kawan perempuan lain. Ira tidak pernah mengesyaki Adi kerana dia sgt mempercayai adi.Ira tahu tentang kewujudan Alia, namun dia tidak pernah mengesyaki apa-apa kerana Adi mengatakan bahawa hubungan mereka hanyalah sebagai adik dan abang angkat.

Melihatkan Adi yang mendiamkan diri, Ira nekad untuk melupakan Adi dan dia terus berlalu pergi. Adi hanya melihatnya tanpa berbuat apa-apa. Inilah yang dia inginkan - kebebasan untuk meneruskan hubungannya dengan Alia secara terang-terangan.

Memori bersama Adi berlayar diingatan Ira. Titis-titis air mata mulai berjujuran di pipinya.Ira terus menyeka air mata itu dan membulatkan nekadnya. Adi akan dilupainya buat selama-lamanya. Itulah nekadnya dan itulah matlamatnya.Namun manusia tidak sempurna, kenangan bersama Adi akan bermain di fikiran Ira dan air mata dengan mudahnya akan mengalir lagi.

“Aah!! Murahnya air mataku ini”, monolog Ira sendirian dan dengan pantas dia akan menyeka kembali air matanya. Namun, melupai Adi bukanlah sesuatu yang mudah. Hubungannya bersama Adi telah menjangkau setahun 7 bulan. Malah dia telah mengenali Adi selama lebih 5 tahun.

Ira cuba menyibukkan dirinya dengan kerja2 rumah. Sekiranya dia telah menyambung pengajiannya, tentu segalanya akan menjadi lebih mudah. Namun, Ira sedang bercuti kerana menunggu keputusan peperiksaan SPM yang akan diumumkan pada bulan Mac nanti. Tambahan pula kehidupannya selama ini berkisar kepada Adi sahaja. Ketiadaan Adi memang dirasai Ira.

-Januari-

-Februari-

-Mac-

setelah tiga bulan berlalu.....



~bersambung~

setakat merepek2 je.. kalau sudi teruslah membaca sambungannya kelak..

Monday, August 24, 2009

Ramadhan, kepulanganmu dirai..

Wahai tetamu Ramadhan, utkmu rahmat dan maghfirah. airmata taubat, dendangan tadarus, selimut tarawih dan bantal tahajjud, Moga mewarisi Jannah.

buat teman2, ayuh! kita isi Ramadhan kali ini agar bulan yang mulia ini lebih mendekatkan kita kepadaNya. ayuh kita jadikan Ramadhan ini yang terbaik kerana kita tak pasti apakah ada lagi Ramadhan utk kita selepas ini.

"Moga iman menjadi perisai kemuliaanmu, semoga takwa menjadi benteng peribadimu dan semoga Jannah mendambakanmu sebagai ganjaran kehambaan dan kesyukuranmu pada Penciptamu"

Sunday, August 16, 2009

Sayang 'KAMU'

Tiada SOLAT yg sempurna TANPA jiwa yg KHUSYUK


Tiada PUASA yg sempurna TANPA mencegah diri drpd prbuatan yg sia2


Tiada KEBAIKAN bg yg membaca AL-QURAN TANPA mengambil pengajaran drpdnya


Tiada KEBAIKAN orang yang BERILMU TANPA memiliki sifat warak
(memelihara diri dan hati drpd dosa)


dan Tiada KEBAIKAN mengambil TEMAN TANPA saling syg-menyayangi


- SAIDINA ALI BIN ABI TALIB




ditujukan khas buat teman2 usrah...

sempena apa yang terjadi,
pengalaman kita bersama2

tak lupa juga kak firdausi...

Friday, August 14, 2009

Seminggu Di KMB..

RAHMAT UJIAN BY MESTICA
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Lirik ini sangat memberikan harapan, semangat
dan kekuatan setelah kembali ke KMB selepas
cuti sempena H1N1.


Kepada sahabat2 yang sudi menemani,

menziarahi, dan menasihati,

(seperti seorg ibu, kakak,sahabat)

yang sudi bersabar dengan keengganan
utk mkn ubat,


yang sanggup memaksa utk pergi
mendapatkan rawatan doktor,


yang sanggup datang bilik utk
mengambil temperature,


yang sanggup teman pergi makan,


yang sanggup tolong ambil makanan,

yang sanggup tolong hantar makanan,


yang sanggup macam2 lagi la,


terima kasih ana ucapkan utk budi baik kalian,
hanya Allah yang mampu utk membalasnya.


~JAZAKILLAHU KHOIR~


Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...