Tuesday, March 16, 2010

::Buatmu yang bergelar sahabat::

khas buat sahabat2 di KMB.. terutamanya dua org yg dekat di hati...


"Org yg saling berkasih syg kerana keagunganKu akan berada dlm naungan bayang arasy-Ku pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naungan-Ku"

-HR Ahmad & Thabrani-


"sebaik-baik sahabat ialah sahabat yg membantu dlm mengingati Allah dan sekiranya kamu lupa, dialah yg mengingatkan"

-HR Tirmidzi-


semoga segala yang kita lalui akan menjadi saksi di akhirat kelak..inshaAllah..

teruskan berjuang!!!

Thursday, March 4, 2010

::IRP::

" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata " Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

(2; Al-Baqarah:30)

entah macam mana bleh terkeluar topik tanggungjawab menyampaikan setelah penat berbincang dan berijtihad tentang konsep entropy, enthalpy dan delta G selama 2 jam. Namun, nak kata, Allah memberi ilham untuk membincangkan juga topik ni.

" tetibe teringat tentang cerita 2012, rasa macam betul2 timeline nye smpi 2012"

terkeluar statement ni dari salah seorang ahli IRP. lantas membincangkan tentang tanggungjawab yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak. betapa banyaknya yang akn Penguasa seluruh alam boleh mempersoalkan tentang nikmat yang tidak digunakan sebaiknya, ilmu yang tidak disampaikan, lantas die menceritakan tentang statement seseorang bahawa banyaknya yang akan dipersoalkan kerana ilmu yang dia miliki. betapa nanti orang2 sekeliling akan menuding jari menyalahkan dia yang mengetahui hakikat Allah tapi tidak menyampaikan. hati ini tersentak. adakah semua kemampuan telah digunakan untuk menyampaikan agama Allah, sedangkan kita diturunkan untuk menjadi khalifah di bumi. memastikan semua manusia patuh kepada kekuasaan Allah. Sedihnya apabila orang yang paling rapat dengan kita pun tidak mampu untuk diberitahu.

mengenang kembali satu hadith mengikut riwayat Imam Ahmad dengan sanadnya drpd 'Adi ibn 'Umayrah katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda:

"sesungguhnya Allah tidak akan mengazabkan orang ramai dengan sebab perbuatan (kemungkaran) orang2 yang tertentu sehingga mereka melihat kemungkaran itu berleluasa di kalangan mereka, sedangkan mereka berkuasa bertindak mengingkarinya, tetapi mereka tidak mengingkarkannya. Apabila mereka berbuat begitu, nescaya Allah azabkan orang ramai bersama-sama orang2 tertentu ( yang melakukan kemungkaran itu)"

daripada hadith ni jelas menunjukkan keperluan kepada amar maa'ruf nahi mungkar. apabila seseorang itu mampu mengubah dengan tangan, seharusnya dia mengambil tindakan dengan kemampuan yang ada padanya dan bukanlah hanya membenci dengan hati semata-mata.

sejarah bani israel yang penuh dengan tindak-tanduk menderhaka dan menceroboh sebagaimana telah dihuraikan Allah dalam Al-Quran yang mulia. Tindak tanduk ini bukan hanya dilakukan individu tetapi telah menjadi ciri2 kelompok Bani Israel seluruhnya yang mana masyarakat mereka mengambil sikap membungkam seribu bahasa terhadap perbuatan2 mungkar dan tidak mengambil tindakan melarang dan membantahkannya. lantas Allah jatuhkan laknat ke atas mereka. (tafsir fi zillalil quran)

dikatakan kemungkaran telah menjadi ciri2 kelompok bani israel. cuba kita bandingkan dengan keadaan kita sekarang, bilamana kes buang bayi menjadi perkara harian. gejala sosial sudah tidak dapat dibendung. bukankah ia telah menjadi ciri2 kelompok masyarakat sekarang? betapa bersepadunya jahiliah dan kemungkaran sehingga tiada siapa menyedari bahawa ia adalah salah. sebagai contoh, mengutip derma dengan menggunakan tarian dan nyanyian sebagai tarikan. sejauh mana kesucian derma yang diperolehi?

perlunya semua menyedari bahawa amar ma'aruf nahi mungkar bukanlah sekadar tanggungjawab penceramah jemputan, ustaz dan ustazah di sekolah, ia adalah tanggungjawab bersama.

"kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli kitab beriman, tentulah ia lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang fasik"

( Ali Imran; 3:110)


Friday, February 26, 2010

::Kekasihku::


hari ni sambutan hari ulangtahun kelahirannya.
terasa hari ini berlalu tanpa cukup diri ini mengingatinya.
layakkah jika ingin mengatakan cinta kepadanya
sedangkan bibir sering menutur kata2 cinta akan dunia
lebih daripada cinta kepadanya?
sedang dia mengingati kita hingga ke saat kematiannya.
layakkah untuk menjadi kekasihnya,
sedangkan sunnahnya masih tidak menjadi ikutan?

ya Allah, cucurilah rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian.

Wednesday, February 24, 2010

::Alhamdulillah, all praises to Allah::


EFFORT + DOA + PARENTS' & TEACHER'S BLESSING + TAWAKAL


= BEST ACHIEVEMENT THAT CAN
BE OBTAINED WITHIN ONE'S CAPABILITIES

Alhamdulillah, individual oral was over today.
Thanks to Allah, for the peace of mind and the inspiration that He had gave during the
preparation session. The achievement might not be the best compared to other people's achievement, but that would be the best that can be done with the capabilities and limitations.




Tuesday, February 23, 2010

::Mungkinkah::

perjalanan yang mengambil masa 3 jam. memandangkan memang ada skill utk tido dlm kenderaan, memang trus terlelap. mula bergerak pada pukul 430 ptg dan terjaga drpd tidur pada pukul 645. Ya Allah, xsolat lagi, detik hati kecil. mcm ne ni? terus duk tertengok2 jam lalu terperasan oleh org yg duk sebelah. "Niat jamak asar magrib ek.." Haa?? tanya hati kecil ni..."tapi boleh ke?", cuba memprotes. "eh, ada". dengan yakinnya lantas menutup perbualan. Ya Allah, xmampu utk berkata2 lagi.

trus mencapai hp dan memesej A**ir*h, "Awak, ade ke jamak asar magrib?"
"mana ada". Ya Allah. xtau nak gmbrkan mcm ne perasaan masa tu. dah la travel dgn org Islam. trus memesej P*aN yang ada bersama dalam van.
"xsgka lak nak jadi mcm ni sbb travel dgn org Islam sendiri, nak buat apa ni?", balas P*aN...
"kita solat gak utk menghormati waktu"

situasi yang pelik berlaku apabila bermusafir bersama org seagama sedangkan apabila bermusafir bersama org yang berlainan agama, org itu sgt menjaga masa solat org Islam. pelik apabila difikirkan tapi itulah yang berlaku.

malamnya, di bawa ke dataran tempat akan berlangsungnya larian pada esoknya, org sedang sibuk berlatih tarian kebudayaan. hati kecil berbicara lagi, takkanla nak kutip duit untuk bantu umat Islam tapi guna tarian utk tarik org. Ya Allah, banyaknya yang lari dripada yg sepatutnya. hati terus memprotes. apa status duit tu nanti. setakat mana keberkatannya utk bantu umat islam yang lain nanti. tarian kebudayaan? apsal x buat zapin ke, silat ke? yang duk suh perempuan gak yg menari kenapa? bertalu2 persoalan dikeluarkan oleh otak. tgn terus mencapai hp dan memesej A**ir*h. terus bertukar-tukar pendapat. hati asyik berkata, kalaulah Allah nak hukum saat itu juga, apa2 boleh terjadi.

"Awk, selagi kita tidak menjadi Ustaziyatul Alam(rujukan dunia), kerja kita tidak akan selesai, masih banyak lagi yang perlu dilakukan".

betapa manusia hanyut dalam arus dunia, mcm xde sapa pun kisah kutipan derma dikutip dengan menggunakan perempuan sebagai daya penarik. exploitation of women. sehingga pada saat mereka berlatih, mereka masih lagi bertudung, dan pada masa mereka mempersembahkan, hilang udung dan segalanya, dengan pertandingan menyanyinya, penyanyi jemputan dan macam2 lagi, namun tiada siapa melihat semua itu sebagai satu kesalahan. betapa jahiliah begitu bersepadu dalam kehidupan seharian sehingga tidak dapat dikesan. x mampu utk berkata apa2 ttg aturcara yang disusun,sehingga terasa ingin melarikan diri dr situ.

perjalanan itu memang memberi pengalaman dan pengajaran. betapa pentingnya ilmu ttg hukum hakam agama, betapa pentingnya kesedaran ttg ghazwul fikr dan betapa pentingnya usaha untuk mengembalikan kegemilangan Islam itu semula, betapa banyaknya kerja yang masih perlu dilakukan, betapa sedikitnya masa yang ada yang boleh dibazirkan utk bersenang2, betapa perlunya generasi muda berpadu tenaga membina semula kegemilangan yang telah hilang.

"dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya, Agar jgn ada yg mengatakan "alangkah besar penyesalanku dalam (menunaikan kewajipan) terhdap Allah, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)"
(39: 55-56)

Monday, February 15, 2010

::Akhlak Islami::

Menurut Ahmad Syalabi, ada 2 cara Islam disebarkan di dunia:

1) Islam disebarkan dengan ajaran Islam sendiri iaitu Al-Quran. Mukjizat yang terkandung dalam Al-Quran telah membuatkan batin umat manusia tenteram dan damai sehingga memasuk ke dalam relung kalbu umat manusia untuk terus mempelajarinya. selain itu, Allah S.W.T sebagai pencipta langit, bumi dan seisinya telah menjamin keaslian Al-Quran sepanjang masa.

2) Kemurnian prinsip-prinsip Islam itu sendiri. Wajar jika Islam dapat diterima kerana Islam tidak hanya mengatur ibadat kepada Allah S.W.T saja, tetapi juga mengatur hubungan manusia dengan manusia serta alam sekitar

Islam disebarkan melalui prinsip2 islam itu sendiri, bermaksud, prinsip2 Islam telah dimanifestasikan oleh para sahabat sehingga manusia tertarik untuk mengenali Islam. Prinsip2 Islam telah menjadi akhlak para sahabat dan menjadi sebati dalam kehidupan mereka dan bukan sekadar moral dan etika. apa pula perbezaan antara akhlak, moral dan etika?

Dalam bentuk psikologi, akhlak lahir dari dalam diri manusia, sedangkan moral dan etika tampak dalam bentuk zahiriah manusia. Maka, nilai2 yg bersifat akhlak tidak dapat dikesan kerana yang batin telah terpancar keluar dalam wujud contoh tingkah laku dan tutur kata. Sementara itu, moral dan etika itu hanya berbentuk zahiriah saja dan mampu dikesan atau dibuat-buat serta tergantung kepada kemampuan tindakan seseorang. Tindakan tersebut terjadi kerana disebabkan oleh akhlak yang lahir dari sebuah keikhlasan batin, sementara moral dan etika hadir hanya kerana tuntutan keadaan dan situasi yang menyebabkannya terpaksa dimunculkan.

itulah yang perlu kita bina dari sekarang, Islam sebagai cara hidup yang menjadi sebati dalam seluruh kehidupan kita. Setiap saat kita perlu disandarkan kepada Allah dan kita menjadi apa yang Allah gariskan dalam manhaj yang diturunkan untuk manusia. Hidup kita perlu berdasarkan celupan Allah.

"Sibgah Allah (celupan Allah). Siapa yang lebih baik sibgah-Nya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah".
(2:138)

apabila akhlak yang dimiliki oleh umat Islam mempamerkan kecantikan Islam itu sendiri, hati manusia akan tertarik untuk mengenali agama yang membawa kepada keindahan yang terlihat.

(ruj: "Mujahid Cinta, Panduan Luahan Hati dan Cinta Suci", Irwanto Al-Krienciechie)


mari kita sama2 memanifestasikan prinsip2 Islam dalam kehidupan seharian kita. Sibgah Allah menjadi tujuan.


Sunday, February 14, 2010

::Lilin, Jarum dan Rambut, apa perkaitannya?::

Rabiah Al-Adawiyah pernah menghantar bungkusan kepada Hasan Al-Bashri. Bungkusan yg mengandungi sepotong lilin, sebatang jarum dan sehelai rambut dengan satu pesanan:

"hendaklah engkau seperti sepotong lilin,sentiasa menerangi dunia walaupun dirinya sendiri terbakar. Hendaklah engkau seperti jarum, sentiasa berbakti walaupun tidak memiliki apa-apa. Apabila kedua-dua itu telah engkau lakukan, maka bagimu seribu tahun hanyalah seperti sehelai rambut ini"

apabila kita telah menggunakan seluruh kehidupan kita untuk berbakti kepada manusia, seluruh kehidupan kita akan terasa sekejap seperti sehelai rambut yang nipis.



sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain. kadang2 kita xsedar tindakan kita menyebabkan orang sekeliling kita tidak selesa. Dalam kita bersahabat, memang kita perlu berlapang dada dengan sahabat2 kita. tapi semakin kita rapat dengan mereka, bukankah kita sepatutnya lebih mengetahui kegemarannya dan apa yang tidak disukainya. bukankah kita sepatutnya lebih menjaga hubungan itu kerana kita telah pun mengetahui lebih banyak tentang dirinya.

teringat seseorang pernah berkata semasa memberi pengisian kepada kami, seorang Dai'e perlu sentiasa memberi dan bersedia untuk membantu, perlu rela untuk tidak difahami TETAPI tidak boleh memperlakukan orang lain sebagaimana mereka diperlakukan. kita perlu cuba memahami manusia dan tidak membebankan manusia dengan keperluan kita.

berlapang dada memang perlu. tetapi semua orang perlu cuba memahami sahabat2nya. bukankah takaful itu tahap paling tinggi dalam persahabatan, bilamana kita inginkan untuk sahabat kita apa yg kita inginkan utk diri kita sendiri. kadang2 kita terlalu berkira-kira untuk menjaga keperluan mad'u kita sehingga kita mengambil sikap sambil lewa terhadap sahabat2 kita. bukanlah sahabat2 kita minta untuk ditatang bagai minyak yang penuh, namun cukuplah sekiranya tidak terlalu membebankan sehingga terasa seperti sedang diambil kesempatan.


sekadar peringatan untuk diri sendiri yang pelupa.

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...