Friday, June 18, 2010

::Cinta itu::


"setiap amal mempunyai masa semangat (syirrah) dan setiap masa semangat terdapat pula masa turun semangat (fatrah). Barangsiapa yang masa lemah semangatnya masih berada pada sunnahku, maka ia telah mendapat petunjuk" (hadith)


"ya Allah, aku mohon, kekalkanlah rasa bertuhan ini. tetapkanlah hati ini di jalan-Mu. janganlah engkau biar aku jauh dri-Mu wahai tuhanku.....ameen"

Sunday, June 6, 2010

::Hati::


hari terakhir sebelum berangkat menuju ke BTN..
hati terasa berat utk berBTN..
setelah beminggu2 hari dibiarkan kekosongan..
mungkin ada tarbiyah Allah utk diri ini..
Ikhlaskan hatimu wahai diri...

Terasa gembira memikirkan
akan bertemu kembali mereka yang dirindui,
inshaAllah..
semoga pertemuan yang bkl tiba ini
dapat membajai kembali iman yang kian luntur ini..
semoga ia mampu menaikkan kembali semangat yang kian pudar ini..
semoga ia mampu mengingatkan kembali langkah pertama di medan ini..
inshaAllah..




Friday, June 4, 2010

::Tarbiyah kematian::

Baru sahaja berbicara pasal kematian dlm post yg lepas2, dikejutkan dgn kematian adik Jannah , junior di KMB.. walaupun agk enggan utk percaya pada mulanya, namun kematian tidak mengenal usia. Betapa ia dekat dgn kita dan memang ia merupakan satu yg pasti. Mungkin kita igt bahawa kita akan msk dewan periksa utk ambil exam, sempat pergi btn, sempat bercuti bersama keluarga, sempat nak menjadi doktor yg berjaya, sempat nk bk firm sendiri, sempat itu, sempat ini.. tapi kalau dh terencana bahawa jemputan Allah tiba sebelumnya, siapa kita utk menolak jemputan itu? yang pastinya, bekalan yg secukupnya perlu sentiasa dibawa bersama.

peringatan Allah buat hamba-Nya yang mahu mengambil pengajaran.. InshaAllah kita akan menyusul pula. Antara lambat atau cepat je. Yang pasti, Ia bukan lah janji yang akan dimungkiri..

Takziah buat keluarga Nurul Jannah binti Ahmad Sani, semoga kuat menghadapi ujian ini. Kita sedekahkan Al-Fatihah dan Yasin buatnya. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. InshaAllah.


Wednesday, June 2, 2010

::Lisan vs Tindakan::

Sudah sekian byk jahiliyah yg sudah dipegang kukuh hingga berakar umbi (di tanah Arab) bagaikan tidak dpt dihapuskan dgn sekdr perkataan, melainkan disertai dengan tindakan yg nyata oleh org yg menyeru penghapusan pegangan tradisi tersebut.

Perkara begini boleh dilihat dgn jelas seperti apa berlaku kpd kaum muslimin pada masa Umrah Hudaibiyah. Kaum Muslimin sebagaimana diceritakan oleh Urwah bin Mas'ud ats-Tsaqafi, setiap kali ada sesuatu terjatuh dari Rasulullah saw, sudah tentu akn berada pada salah seorg dri shbt. Bukan itu sahaja, malah mereka berebut utk mdptkn sisa air wudhuk Rasulullah saw bahkan hampir brtengkar. Mereka adalah org2 yg berebut-rebut utk melakukan bai'ah utk rela mati yakni tidak akan melarikan diri. Mereka yg berbai'ah di bwh suatu pohon (bai'atur Ridhwan) dan di antara mereka itu ada org spt Abu Bakar dan Umar. Namun, ketika baginda perintah supaya menyembelih binatang korban(yakni setelah berlakunya perjanjian Hudaibiyah dan mereka tidak jadi melakukan umrah), tidak seorg pun yg menyahut. Tetapi setelah baginda melakukan seperti saranan Ummu Salamah, iaitu menyembelih sendiri tanpa bercakap kepada sesiapa pun, para sahabat itu mula mengikuti perbuatan baginda. Mereka segera menyembelih haiwan2 korban mereka.

Wednesday, May 26, 2010

::peringatan itu::

tatkala sedang menyelongkar barang2 dalam bilik mama, terjumpa la satu kad hari lahir mama, dari kelab guru.. dengan selamba nye membuka..(dh biasa buat, memang mama bagi)
'ter'baca lah apa yg ditulis; seperti berikut:

Monday, May 24, 2010

::Kerana sebuah pagar::



Nabi Muhammad s.a.w berdoa:

"Wahai Tuhanku, aku pohon daripadaMu kasihMu,
dan kasih mereka yang kasihkanMu,
dan aku pohon amalan yang boleh menyampaikanku kpd kasihMu.
Wahai Tuhanku, jadikanlah kasihMu lebih dicintaiku daripada diriku,
daripada keluargaku dan daripada air yang dingin."

(HR Tirmizi)


* * * * * * * * * * * * * * * * *

Friday, May 7, 2010

::Penghujungnya::


"Perumpamaan kaum Mu'minin dalam hal saling menyayangi, saling mengasihi dan saling mencukupi itu adalah bagaikan sesusuk tubuh. Jikalau salah satu anggota dari tubuh itu ada yang merasa sakit, maka tertariklah seluruh tubuh (kerana ikut merasakan sakit) dan berjaga (tidak tidur) serta merasa panas"

(Muttafaq'alaih)

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...