Saturday, April 17, 2010

::Luahan rasa::

Hidup di dunia ini seperti layang2, semakin kuat layang2 ditarik oleh tuannya,
semakin tinggi layang2 tu terbang...

macam tu juga la kehidupan seorang manusia di dunia ini, semakin kuat ikatannya dengan Yang Maha Pencipta, semakin mulialah manusia itu.

Kadang2 xnampak pun, mana mulianya seorang islam tu, yang lambat itu seorang muslim, yang tidak menjaga kebersihan itu seorang muslim. yang tidak menjaga hubungan itu juga seorang muslim. Abis tu, apa yang mulia nya?

Wednesday, April 14, 2010

::Alhamdulillah::

Kita hidup atas doa org lain..teringat kata2 cikgu Linda dlm kelas hari terakhir kami sebagai classmates... benarlah kata2 itu.. doa ibu bapa, guru2, rakan2, teman2, bahkan makhluk Allah yg lain juga mendoakan kita..

Ya Allah, benarlah Engkau mendengar setiap rintihan hati hamba2Mu..
benarlah Engkau sentiasa ada bersama hamba2Mu..
benarlah Engkau tidak akan mensia-siakan setiap usaha hamba2Mu...
benarlah Engkau mengganjarkan setiap kesabaran hamba2Mu...
Tiada sebutan Alhamdulillah sebanyak manapun mampu
utk membalas setiap rahmat yg telah Engkau kurniakan Ya Allah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Aku panjatkan kesyukuran kepadaMu
ya Rabbal Alamin atas nikmat yg telah Engkau kurniakan ini...

Alhamdulillah..

Tuesday, April 6, 2010

::Hati::




Hati manusia adalah terlalu unik , berbolak alik, liar dan maknawi sifatnya. Tiada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. Hati itu milik TUHAN bukan milik TUAN. Dan Allah sahaja yang mampu menguasai hati manusia.



Tuesday, March 30, 2010

::Kekuatan itu::

setelah penat berperang dlm peperangan Uhud, kaum Muslimin pulang ke Madinah. Meskipun penat, pada malam itu, mereka tetap berjaga2 bahkan berkawal di seluruh sudut dan penjuru madinah. Begitu juga Rasulullah SAW.

Pada malam itu juga baginda memikirkan ttg lgkah2 yg perlu. Bagnda bimbang kaum musyrikin akan menyerang Madinah. Langkah yg diambil baginda ialah mengejar musuh. pada pagi hari selepas perang Uhud, 8 Syawal tahun 3H, baginda mengeluarkan arahan ini dan yg hanya boleh mengikut adalah org yg ikut dlm Perang Uhud.

Perang Uhud meninggalkan kesan yg besar kpd reputasi kaum Muslimin. Madinah diancam pelbagai bahaya dari segenap penjuru. Org Yahudi, kaum munafik dan Arab Badwi sudah berani menzahirkan permusuhan mereka.

4H, kabilah2 Adhal dan Qarah melakukan keganasan sehingga terbunuhnya 10 shbt. Bani Amir melakukan kekacauan sehingga terbunuhnya 70 shbt (Peristiwa Bi'ru Ma'unah). Bani Nadhir merancang utk membunuh nabi. Bani Ghathan merancang mahu menyerang Madinah.

berlakulah banyak ekspedisi utk mengembalikan kegemilangan dan kewibawaan kaum Muslimin, Antaranya ialah Ekspedisi Abu Salamah yang berlaku pada awl Muharram thn 4H. ekspedisi ini diketuai oleh Abu Salamah. Abu Salamah pulang dlm keadaan kepayahan kerana kesan2 luka perang Uhud masih terasa. Ini juga menjadi sebab beliau meninggal dunia tidak lama kemudian.

(Rujukan : Raheeq Makhtum )

* * * * * *

wahai diri, sedangkan kekasih Allah juga diuji dengan sebegitu besar ujiannya.
apakah dengan sedikit ujian kau mahu merungut?
wahai diri, sedangkan baginda Nabi tidak pernah berehat walaupun setelah menghadapi perang menegakkan agama Allah, adakah kau yang hanya diuji dengan sedikit kepenatan, keletihan ingin berhenti dari menyampaikan agamaNya?
Wahai diri, sedangkan baginda tidak makan beberapa hari sehingga terpaksa mengikat perut, dan baginda masih mampu bersama2 para sahabat utk menggali khandak demi mempertahankan agama Allah,
adakah kau yang diberi makanan yang mewah, ingin mengalah apabila disuruh utk belajar, merungut dengan sedikit kesusahan, meyerah sebelum bermujahadah?

wahai diri, baginda tidak pernah merungut, tidak pernah berehat, tidak pernah berhenti demi memastikan risalah agamaNya ini sampai kepada umatnya, adakah kau mahu berhenti dengan alasan kau terlalu sibuk dengan urusan lain sehingga tidak mampu untuk menyelitkan sedikit pun masa dari 24 jam yg diberikan utk menegakkan syariatNya?

“Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan bacaan (pada waktu) lebih berkesan.”

“Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan-urusan yang panjang.”

“Dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepadaNya dengan sepenuh hati."

(Al Muzammil: 6-8)


wahai diri, carilah kekuatan daripadaNya, sesungguhnya Dialah yg Maha Kuat.
kembalikanlah segala urusan kepadaNya, kerana Dialah yg merencanakan setiap sesuatu.
Wahai diri, letaklah pergantungan kepadaNya, kerana Dialah sebaik2 penolong.
Yakinlah dengan ketentuanNya kerana segalanya telah pun ditentukan.





Saturday, March 20, 2010

::Guilt - Forgiveness::



Her sleep was stirred by a conversation between three people. Lazily, she opened her eyes and looked out of the window. They were caught in the middle of a traffic jam. From the conversation, she knew that it was already nearly an hour that they were stuck like that. She doze back to sleep. Suddenly, she remembered something. She has to be in the meeting room at 10. The dashboard watch was 9.45. Could they make it there by 10? She prayed silently. "O Lord, Please let us reach there in time". She looked at her parents' faces. She looked at her big brother's face. She knew they were worried too.
She remained silent.


* * *


"How is it?", asked her dad.
"i didn't get rejected, but i didn't get accepted as well. still under consideration", she said.
"Well, no news is a good news, right?". said someone from the back.
"I guess so", she replied.

Her mom and dad smiled. Her brother smiled. She smiled. But she was hurt. Considering all the efforts and sacrifices that they had made that day, they must have feel disappointed. She prayed silently, "O Lord, give me the opportunity to bring a smile to their faces".


* * *


"okay, we're leaving", dad said.

"be careful", she said.

"i'll be waiting for the good news", said dad before he went into the car.

she was stunned.
"What if she fail?".
Her head started ticking.
Weakly, she tried to produce a smile
to send her family back to their home.


* * *


"O Our Lord! cover (us) with Thy Forgiveness- me, my parents, and (all) believers, on the Day that the Reckoning will be established!"

(Ibrahim; 14:41)

Wednesday, March 17, 2010

::ter....::

kita sering mahukan hari yang CERAH
tetapi Allah lebih mengetahui hakikatnya HUJAN perlu diturunkan
kita sering inginkan KESERONOKAN,
jauh sekali KESUSAHAN tetapi Allah lebih mengetahui
KESUSAHAN itulah yang mengajar KEHIDUPAN
kita sering menginginkan KETENANGAN
hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA & KEJAHATAN
tetapi manusia tidak dapat lari drpd KESILAPAN
semua itu bukanlah suatu HUKUMAN
tetapi sebagai tanda KASIH & SAYANG ALLAH
agar kita lebih BERIMAN


* * *

sedang sibuk mencari sesuatu utk mengubat hati, terbaca status seseorg di YM nya..lantas menegur.. tersingkaplah satu cerita... betapa cantiknya aturan Allah..bila difikirkan balik.. tindakan yang secara separa sedar menegur status YM telah membawa kepada satu rentetan peristiwa yg membawa kepada kesedaran tentang kehidupan saat ini ... betapa halusnya perancangan Allah.

"sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah Tuhanku dgn Tuhanmu. Tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya (menguasainya). Sungguh, Tuhanku di jalan yang lurus (adil)"
(Hud; 11:56)

teringat kepada satu diskusi tidak lama dulu, betapa semua keputusan yang kita buat, semua adalah ketentuan Allah. Bilamana kita memakai baju yg sama warna dengan tablemate kita tanpa dirancang, terbertemu dengan seorang teman di shopping complex atau apa2 lagi peristiwa yang "ter" berlaku...semuanya adalah rencana Allah semata2.. tiada istilah "kebetulan" dalam kehidupan seharian, kerana Allah tidak mungkin "ter"rencanakan sesuatu perkara dan Allah lah yang mengilhamkan kepada kita dalam setiap keputusan yang kita ambil, sama ada untuk memakai baju warna tersebut, mendorong kita pergi ke shopping complex, atau apa2 sahajalah.

betapa setiap perbuatan kita, apa pun yang kita lakukan, kita terikat dengan Allah. ke mana pun kita hadapkan wajah kita, di sana kita akan melihat Allah kerana milik Allah lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.

"Dan milik Allah timur dan barat. Ke mana pun kamu menghadap, di sanalah wajah Allah. Sungguh, Allah Maha Luas Maha Mengetahui"

(Al-Baqarah; 2: 115)

memikirkan itu, dan memikirkan banyaknya maksiat yang dilakukan setiap hari kepada Allah, betapa banyaknya nikmat-Nya yg disalahgunakan, betapa banyaknya rungutan atas ujian yg diberikan, betapa tidak bersyukurnya dengan kelapangan yg sedang dirasai sedangkan setiap kali menyelak sejarah kehidupan kekasih-Nya, tidak terbayang besarnya ujian yg Allah berikan kepada kekasih-Nya, namun baginda tidak pernah merungut..

peringatan utk diri sendiri yang pelupa:

"Buku ini (buku amal), lidahmu yg menjadi penanya, air liurmu yg menjadi dakwatnya & tubuhmu menjadi kertasnya. Kamu sendiri yg mengimplakkan lepada malaikat al-hafazah. Tidak ditambah atau dikurangkan. Jika kamu memungkiri isinya, maka akan dihadirkan saksi daripada tubuhmu sendiri" -Imam Al-Qurtubi


Tuesday, March 16, 2010

::Buatmu yang bergelar sahabat::

khas buat sahabat2 di KMB.. terutamanya dua org yg dekat di hati...


"Org yg saling berkasih syg kerana keagunganKu akan berada dlm naungan bayang arasy-Ku pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naungan-Ku"

-HR Ahmad & Thabrani-


"sebaik-baik sahabat ialah sahabat yg membantu dlm mengingati Allah dan sekiranya kamu lupa, dialah yg mengingatkan"

-HR Tirmidzi-


semoga segala yang kita lalui akan menjadi saksi di akhirat kelak..inshaAllah..

teruskan berjuang!!!

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...