Friday, September 3, 2010

::Menilai kembali::

al fatratu ba’da mujahadah min alamati fasadil ibtida’

~putus asa selepas berhempas pulas adalah satu tanda dari permulaan yang buruk~



"Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai dengan niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan RasulNya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan"

(Hadith 1, Hadith Arba'in An-Nawawi)


Apa pun yang kita lakukan, yang paling penting ialah permulaan kita. Apa yang membuatkan kita melakukan sesuatu itu untuk memastikan kita tidak berputus asa tatkala Allah mendatangkan halangan untuk menguji kita ketika kita sedang melakukannya. Permulaan yang betul; Bidayah Sohihah, agar kita terus mujahadah untuk memastikan kita berjaya sehingga ke akhirnya, tidak terhenti di tengah jalan.


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan , 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?. Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta"

( Al-Ankabut; 29 : 2-3)


Memang lumrah kehidupan, sunnatullah, setiap kali kita bertekad untuk berjihad, tidak kira dalam apa jua keadaan, bidang dan kemampuan, Allah pasti akan menduga kita, namun, telah diberitahu-Nya terlebih dahulu melalui kalam-Nya bahawa kita memang akan diuji dengan sedikit ketakutan dan kefakiran.

"Barangsiapa yang mencintai dunia, urusan akhiratnya akan tercicir. Barangsiapa yang mencintai akhirat, dunia akan mengikutnya. Oleh itu, pilihlah yang kekal dari yang cepat binasa"

(HR Bukhari dan Muslim)

Sejauh mana hadith ini valid kepada kita bergantung kepada keyakinan kita kepada Allah kerana Allah menurut sangkaan kita kepada-Nya. Sejauh mana dunia dan akhirat mengikut kita bergantung kepada kekuatan keyakinan kita pada-Nya. Andai kita bersangka baik, baiklah Allah kepada kita dan begitu juga sebaliknya.


“Aku bersama sangkaan hamba-hamba-Ku
Dan Aku bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku”

[HR Bukhari]


Menyoal kepada diri sendiri, adakah setiap yang dilakukan telah disandarkan sepenuhnya kepada-Mu?

Adakah setiap langkahku itu hanya diniatkan untuk mencari keredhaan-Mu?

Adakah aku memahami alasan dan sebab di sebalik setiap langkahku ini?

Mampukah aku seperti Umar Abdul Aziz yang dikatakan tidak akan melangkah
tanpa mengetahui niatnya disebalik langkah itu?

Mampukah aku untuk mengatakan langkahku
adalah kerana ingin membantu agama-Mu?


Tatkala niat para ahli Badar berubah daripada ingin merampas harta perdagangan Syam kafilah Abu Sufyan kepada menegakkan kalimah Allah, Allah turunkan malaikat untuk membantu sehingga 300 orang mampu untuk mengalahkan 1000 orang yang lengkap bersenjata, hebatnya kuasa safa'un niat (niat yang bersih) dalam mengundang bantuan Allah. Mampukan Bidayah Qalbiyah; (permulaan hati) ku disandarkan kepadaNya?

Ayuh, bersihkan niat(safa'un niat)dan betulkan kefahaman (Aqliah Sohihah) dalam setiap langkah kita. Semoga ia membawa kepada istiqomahnya kita dalam perjuangan walau di medan mana pun kita berada.




4 comments:

alaq ashiqin said...

jazzakillah sayang~moga kite teguh berdiri, benoktahkan sebuah bidayah yang soheha!
missing u already~

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

>alaq ashiqin

wa'iyyaki..inshaAllah, semoga itu yg akan menguatkan kita..haha..missing our trip together with kak izzie!

fieqa said...

=)))

hahaha, missing jugok..
berbuka dlm kereta y ramai pening2..hihi :D
eh, ramai ke, sy n shafi je kot :P

pe2 pon, jzkk ye for everyting.
best dpt p kmb..hihi :D

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

>tulip putih

betul2..xleh lupa! wa'iyyaki!
jzkk juga sudi melawat adek2 kita bersama!

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...