لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا
"Verily in the messenger of Allah ye have a good example for him who looketh unto Allah and the Last Day, and remembereth Allah much"
"sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah"
(Al-Ahzab;33:21)
Kisah Pengislaman Abul Ash Laqith bin Ar-Rabi' bin Abdis Syams bin Abdi Manaf bin Qushai Al-Quraisyi.
Walaupun beliau menantu Rasulullah saw, beliau tidak memeluk Islam semasa baginda mula-mula berdakwah di Makkah. Bahkan Zainab, puteri Rasulullah saw menebusnya dengan kalung kepunyaan Khadijah semasa beliau menjadi tebusan perang Badar. Kalung yang membangkitkan kembali kenangan Rasulullah bersama Khadijah yang membuatkan baginda menjadi sebak. Lantas beliau dibebaskan dan kalung itu dipulangkan agar kembali semula kepada Zainab. Abul Ash berjanji akan membebaskan Zainab dan membenarkannya berhijrah ke Madinah. Berlakulah penghijrahan Zainab ke Madinah meninggalkan suami tercinta.
Suatu ketika, kafilah dagang kaum musyrikin Makkah melewati Madinah dan dihalang oleh pihak Muslimin. Ahli kafilah tersebut melarikan diri dan pihak muslimin merampas barangan dagangan mereka. Abul Ash yang merupakan salah sorang ahli kafilah tersebut meminta pertolongan Zainab agar merayu kepada ayahanda beliau, Rasulullah saw agar memulangkan kembali barang2 dagangan tersebut kerana barangan tersebut bukanlah miliknya tetapi milik orang-orang Quraisy Makkah yang diletakkan di bawah jagaannya sahaja. Rasulullah memperkenankan permintaan puterinya dan Abul Ash dibenarkan membawa pulang barang dagangan tersebut ke Makkah.
Bergegaslah Abul Ash pulang ke Makkah demi menyempurnakan amanahnya. Setelah semua penduduk Makkah berpuas hati mendapat kembali barang dagangan mereka, Abul Ash menyatakan keislamannya dan berhijrah ke Madinah untuk bersama saudara-saudara seaqidahnya.
Ibrah (pengajaran)
Walaupun Abul Ash ialah menantu kepada baginda Rasulullah saw, namun beliau tidak memeluk Islam semasa baginda berdakwah selama 13 tahun di Makkah. Namun, hidayah Allah datang atas asbab (sebab) kagumnya beliau dan tersentuhnya beliau dengan kebaikan, kemuliaan dan kehebatan peribadi Rasulullah saw. Kehebatan peribadi yang ditunjukkan oleh Rasulullah yang dikatakan oleh Aisyah r.a sebagai akhlak Al-Quran.
Pandangan pertama atau "first impression" adalah perkara yang paling orang akan ingat tentang kita dan seharusnya "first impression" tentang kita adalah akhlak kita, kerana akhlak adalah sesuatu yang lahir dari hati dan tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Hebatnya akhlak Rasulullah sehingga berjaya mengislamkan Abul Ash, hebatnya akhlak kaum muslimin sehingga ramainya orang yang memeluk Islam setelah Islam dipraktikkan sebagai cara hidup secara terang-terangan apabila berlakunya pembukaan Kota Makkah. Namun, di manakah akhlak kita apabila dibandingkan dengan akhlak mereka?
Source:
ingatan daripada kuliah Ustaz Zahazan di IKIM dan http://alqiyamah.wordpress.com/2008/10/05/zainab-ra-binti-muhammad-rasulullah-saw/
A'seef sekiranya berlaku salah fakta di mana-mana dan minta dibetulkan sekiranya salah. Jazakumullahu khayr.
No comments:
Post a Comment