Thursday, August 11, 2011

::Cara mudah mencari muka surat dlm Quran::


Interesting info ..  

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nak kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapattau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182. Betul kan?

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Harap dapat dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.  


Kamaruzzaman bin Abd Rahim
Executive, Public Relation
Aqsa Syarif Berhad | Malaysia

2 comments:

Akmal Hayat said...

ilmu baru.

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

semoga bermanfaat, harapnya inshaAllah

salam ramadhan

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...