Hidup ini adalah musafiran di bumi Tuhan. Ya, semua orang tahu tu. Kalau tak salah, salah satu hadis yang patut dibelajar, hadis kefahaman tingkatan 5. Yang kita ambil untuk menduduki ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun, sejauh mana kita mendalami hadis itu, sehingga hadam mendarah daging dalam diri kita?
Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah saw memegang pundakku lalu bersabda:
"Jadilah engkau di dunia laksana orang asing atau orang ang menyeberangi jalan. Ibnu Umar berkata, "Bila engkau berada di petang hari, maka jangan menunggu datangnya pagi. dan bila engkau di pagi hari, maka jangan menunggu datangnya petang. Manfaatkan waktu sihatmu sebelum sakitmu dan waktu hidupmu sebelum matimu"
( HR Bukhari, hadis ke 40 daripada Himpunan 40 Hadis Imam Nawawi)
Terfikir masa perjalanan balik ke UK, musafir di bumi Tuhan, musafir dalam musafiran. Dan sempat transit di Abu Dhabi. Bila disebut muafir, tentu sahaja kita tidak mengejar untuk membina kehidupan dengan sehebat-hebatnya di situ. Tidaklah terdetik dalam hati untuk mencari rumah di Abu Dhabi. Kerana tinggal di situ hanya sekejap cuma. Cukuplah sekadar mencari makanan, minuman serta menghilangkan lenguh-lenguh akibat perjalanan yang agaj lama. Itulah erti musafir. Sekadar persinggahan mengambil bekalan untuk meneruskan perjalanan ke detinasi akhir, destinasi yang sebenarnya, yang hakiki. Kalau kapal terbang, transit pasti sahaja akan digunakan untuk mengisi semula minyak, menyejukkan enjin dan menambah bekalan, untuk perjalanan seterusnya. Kita pula bagaimana?
Namun, pastinya di setiap persinggahan kita, kita inginkan bekalan yang terbaik. Pasti sahaja kalau kita berhenti kerana penat dan dahaga, kita ingin minum air yang mampu menghllangkan dahaga; bukan sekadar ala kadar minum namun tidak mampu menghilangkan perit di tekak. Kalau kata kita berhenti untuk makan, pasti sahaja kita inginkan makanan yang baik, yang mampu memulihkan tenaga. Kalau kata kita berhenti untuk mencari ubat-ubatan, tentunya kita inginkan ubatan yang mampu menyembuhkan , bukan lebih memudaratkan.
Begitulah juga persinggahan kita di dunia ini. Kita tidak ingin menghabiskan semua tenaga kita di sini membina kedudukan seolah-olah kita akan tinggal di sini selamanya. Namun, tentu sahaja kita tidak ingin mengambil bekalan yag tidak mampu menjamin perjalanan kita sampai ke penghujungnya; destinasi akhir kita. Tentu sahaja kita inginkan yang terbaik atas setiap tenaga yang kita berikan, usaha yang kita curahkan. Dan untuk itu, setiap usaha kita haruslah yang terbaik untuk menjamin imbalan bekalan kita juga terbaik.
Pasti susah bukan, untuk mencari keseimbangan di antara keduanya. Teringat satu ungkapan daripada ustazah masa tingkatan tiga dulu; Dunia dan akhirat ibarat dua wanita yang dimadukan, jika kamu lebih kepada satunya, akan cemburulah satu yang lain”
Susah, namun tidak mustahil. Dan ia datang dengan mujahadah, juga ilmu tentang keduanya. Cukuplah kata-kata Rasulullah saw sebagai jaminan kejayaan di dunia sementara ini dan di akhirat sana yang kekal abadi
"Barangsiapa mencintai dunia, urusan akhiratnya akan tercicir dan barangsiapamencintai akhirat, dunia akan mengikutnya. Dan pilihlah yang kekal dari yang cepat binasa"
(Muttafaq a’laih)
17 ramadhan 1432H,
Honeysuckle Road,
Southampton
2 comments:
salam wahai hamba yg bermusafir..
smoga kita ditemukan lagi dalam perjalanan musafir kita di dunia ini..
knape ckp awak almost tertinggal flight kt abu dhabi ari tu?
lewat smpai sana ke?
Salam wbt
ameen. Semoga umur masih pnjg utk kita ditemukn lg. Almost. Hehe. Sbb sy x tau gate. Tggu announcement xde. Mmg abu dhabi epot sgt memeningkn.huhu. Nasib baik sempat. Mengah juga la berlari. Hihi
Post a Comment