Semalam saya tertengok satu klip video interview band Korea dekat wall seseorang di FB. Dan tertengok lah video klip lain yang di link selepas itu. (huhu) . Banyaknya video yang memaparkan mereka (artis-artis korea ini) belajar meng'greet' dalam bahasa lain, yang paling saya tertarik ialah dalam bahasa Arab dan bahasa Indonesia/Melayu. Siap bagi salam lagi; 'assalamualaikum' !
[credit] |
Nak kata, untuk kita menarik sesuatu kumpulan kepada apa yang kita bawa, perlulah kita untuk bercakap dalam bahasa mereka. Dan kerana itu, Al-Quran itu diturunkan di dalam bahasa Arab.
"Sesungguhnya, Kami menurunkannya berupa Quran berbahasa Arab agar kamu mengerti"(Yusuf; 12:2)
Pengajaran buat saya, andai manusia boleh berusaha sekeras ini belajar berbahasa untuk hiburan, takkanlah saya tidak mampu berusaha sekeras itu juga untuk memahami bahasa Al-Quran, manual untuk kita sehingga bertemu Sang Pencipta!
JOM! belajar Bahasa Arab!
No comments:
Post a Comment