Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Setelah beberapa hari pulang dari Perhimpunan Musim Sejuk (PMS) di Lake District, Ambleside. barulah jari jemari ini tergerak untuk menukilkan satu coretan di sini.
Sungguh, tarbiyah Allah itu boleh datang daripada pelbagai cara. Walaupun tidak berpeluang mendengar pengisian daripada muwajih-muwajih yang didatangkan khas daripada pelbagai tempat, namun, tarbiyah Allah tetap dirasai, alhamdulillah atas perasaan itu.
Seronok sangat melihat jiwa-jiwa yang tersentuh dengan Allah dan Islam, dan sungguh, aku sangat merindui perasaan itu, dan boleh kukatakan, aku sedikit cemburu dengan mereka yang mendapat perasaan itu. Bersyukur dan gembira buat mereka, tetapi sangat terusik kerana aku tidak berpeluang merasainya juga.
Sepanjang jaulah dari bumi Titanic ke bumi Birmingham, dan akhirnya ke Manchester sebelum bergerak menuju ke Ambleside, tarbiyah Allah sepanjang perjalanan sangatlah hebat. Ya, hanya kepada Dia aku bergantung. Manusia akan datang dan pergi, namun aku masih di sini. Jalan ini tidak memerlukan aku, namun akulah yang terhegeh-hegeh ingin berada di sini. Kalau kerana manusia aku ingin berada di sini, mereka bisa berubah hati, namun aku ingin terus di sini!
Jazakumullahu khayr akhawat 'kedai kopi ukhuwah'! Kalian menyegarkan dan menyedarkan kembali hatiku ini. Sungguh, kehadiran kalian adalah rahmat daripada-Nya, hadiah daripada-Nya buat diri ini!
2 comments:
'kedai kopi ukhuwah'?
terbaekkk !
;)
comel kan! hehe
Post a Comment