Friday, April 20, 2012

::Default mode : KERUGIAN::

Bismillahirrahmanirrahim


"Demi masa (1) Sungguh, manusia berada dalam kerugian, (2) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (3)"
(Al-Asr;103 : 1-3)

Allah bersumpah dengan sesuatu yang sangat penting; MASA. Menandakan bahawa Allah ingin bercakap tentang sesuatu yang besar selepas itu. 

Manusia itu berada dalam kerugian. Default manusia itu adalah sentiasa dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran.

[credit]


Menasihati untuk kebenaran. Apa yang datang ke dalam fikiran apabila kita berkata tentang kebenaran?

dan katakanlah kebenaran itu adalah dari Tuhan kamu” (Al-Kahfi;18:29)   
sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama semata kepadaNya 
(Az-Zumar;39:2)

Allah beri kita cara untuk mengelakkan diri daripada berada dalam kerugian iaitu dengan menyampaikan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan Allah sambung lagi, berpesan-pesan dengan kesabaran, kerana apa, kerana berpesan-pesan dengan kebenaran itu bukanlah sesuatu yang senang, mudah. Ia akan menuntut kesabaran daripada umat manusia.

Syed Qutb menghuraikan dengan panjang lebar dalam tafsir Fi Zilalil Quran berkenaan keimanan. Bagaimana keimanan akan melahirkan amalan dan bukan hanya pengakuan. Sebagaimana kira belajar tentang iman adalah hasil daripada tiga komponen (1) percaya dengan hati, (2) mengaku dengan lidah (3) beramal dengan anggota. Dan tiada salah satunya menjadikan iman itu cacat, kerana sifirnya bukan 1/3 atau 2/3 keimanan, sebaliknya ia adalah 3/3 atau 0.

Untuk mencapai darjat keimanan yang benar, ia perlu melahirkan amalan, kerana iman itu sifatnya menggerakkan. Dan itulah apa yang para sahabat dapat dengan surah ini, bahawa keimanan mereka bukanlah hanya cakap-cakap kosong, lantas mereka membuktikan dengan setiap tindakan mereka. Setiap inci kehiduapan adalah penyaksian terhadap syahadah yang mereka ucapkan, sehingga Islam itu mampu tersebar ke serata pelusuk dunia. Dan sehingga setiap kali ingin berpisah, mereka akan membacakan surah ini antara mereka, untuk mengingatkan satu sama lain, keimanan yang mereka rasai menuntut satu pembuktian, keimanan itu datang dengan tanggungjawab yang sangat besar, yang menuntut satu kesabaran.

Jom kita bermuhasabah dengan kehidupan kita, bagaimana kita juga saling membaca surah ini di hujung sesuatu perjumpaan, di penamat sesuatu kelas ilmu, atau di akhir satu halaqah/usrah. Sejauh mana kita merasai tanggungjawab untuk menyampaikan risalah kebenaran ini dengan berakhirnya satu perjumpaan kita dengan muslim yang lain. Moga kita juga mampu merasainya seperti para sahabat, inshaAllah.





No comments:

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...