"Dari Aisyah r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku : "Wahai Aisyah, hendaklah engkau bertakwa kepada Allah Azzawajalla dan lemah lembut. Kerana lemah lembut itu sekali tidak berada pada sesuatu melainkan menghiasinya dan lemah lembut itu sekali tidak terlepas dari sesuatu melainkan memburukkannya"
(wasiat ke-3 dari buku 50 wasiat Rasulullah saw untuk wanita, karya Majdi As-Sayyid Ibrahim)
Ya, saya suka hadith ini, kerana ia mengingatkan bahawa Allah sukakan kelembutan. Dan saya sukakannya kerana saya sehingga saat ini masih lagi struggle untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
Di sinilah bezanya tahu dan amal. Otak tahu bukan, Allah sukakan kelembutan, bahkan hadith ini seolah-olah tidak mahu lekang daripada kotak pemikiran saya. Namun, apabila diuji dengan situasi-situasi tertentu, seringkali saya gagal mengamalkannya. Dan di sinilah perlunya mujahadah. Saya meyakini bahawa Allah akan mengira setiap mujahadah saya, biar pun saya gagal beribu-ribu kali, namun Allah pasti akan kira setiap satu daripadanya andai ia adalah untuk mencari redha Allah. Jadi, kenapa perlu berputus asa?
[credit] |
Anas bin Malik melaporkan bahawa Rasulullah SAW menghampiri seorang wanita yang sedang menangisi anaknya (yang meninggal dunia), dan berkata kepadanya, "Takutlah kepada Allah dan bersabarlah." Wanita itu (yang tidak mengenali Baginda) berkata, "Kamu tidak mengalami seperti yang saya alami." Ketika Rasulullah SAW pergi meninggalkannya, dikatakan kepadanya bahawa yang berkata-kata kepadanya itu adalah Rasulullah. Dia berasa terkejut. Dia pun datang ke rumah Rasulullah dan tidak mendapati penjaga di pintunya. Dia kemudian berkata: "Wahai Rasulullah, saya tadi tidak mengenalimu." Maka Rasulullah SAW bersabda, "Sabar itu pada hentakan yang pertama."
(Riwayat Muslim)
Dan saya juga sukakan hadith ini, kerana ia berbicara tentang sabar. Tetapi seperti hadith yang pertama tadi, saya juga masih berusaha mengamalkannya dalam kehidupan.
Terasa ingin menulis tentang dua sifat ini kerana sifat ini sangat ketara kelihatan pada dua orang ukhti yang sangat saya sayangi. Setiap kali berbicara dengan mereka, mereka mengingatkan saya tentang bersifat lemah lembut dan bersabar. Hebat bukan? Doakan saya juga mampu menjadi seperti mereka! JOM! sama-sama menjadi hamba Allah yang disukai-Nya!
No comments:
Post a Comment