Thursday, April 18, 2013

Menelusuri seerah Ar-Rasul~

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah, thumma alhamdulillah

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk mendaki dua jabal yang cukup terkenal dalam sejarah Islam; Jabal Nur di mana terletaknya Gua Hira' dan Jabal Thur di mana terletaknya Gua Thur.

Jabal Nur yang dikunjungi nabi selama beberapa lama untuk mengasingkan diri mencari kebenaran di tengah-tengah pekat hitam jahiliyyah masyarakat Arab. Separuh pendakian, berhenti untuk bertadabbur  dan melepaskan lelah (sungguh! sampai lelah untuk mendaki walaupun dah ada anak-anak tangga yang disediakan)

Allah bagi ayat ini :
"Maka ketika dia (Musa) sampai ke (tempat) api, dia diseru dari (arah) pinggir sebelah kanan lembah, dari sebatang pohon, di sebidang tanah yang diberkahi, "Wahai Musa! Sungguh, Aku adalah Allah, Tuhan seluruh alam!"

(Al-Qasas; 28:30)
Antara orang yang terakhir sampai ke puncak, tazkirah dah separuh jalan dah, namun bersyukur Allah sampaikan juga ke puncak.

Susah bukan nak mencari hidayah Allah, susah bukan nak mengenal kebenaran, di tengah-tengah pekat hitam jahiliyyah, nabi terpaksa memanjat bukit semata-mata untuk mencari petunjuk daripada Rabbul A'lamin, demi mencari ketenangan hati dan ketenangan melalui fitrah asal seorang manusia.



*    *    *

Beberapa hari kemudian, Allah beri kesempatan mendaki jabal Thur pula, ya Allah, pendakian yang lebih mencabar daripada pendakian pertama.

Separuh jalan terasa ingin berputus asa, namun sapaan-sapaan mesra dan pemberi semangat makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang turut sama mendaki membuatkan diri malu sendiri. Bahkan, ada antara mereka yang mendaki tanpa memakai kasut/selipar atau apa-apa alas kaki!

Okay, sila malu sendiri! untuk seorang yang masih lagi muda remaja!

Pendakian diteruskan, sehinggalah terasa ingin merangkak! Allah, lemahnya stamina dan semangat!

Namun, Allah sampaikan juga ke puncak! Alhamdulillah, dan sungguh, besarnya pengorbanan baginda Nabi untuk hijrah, besarnya pengorbanan demi menyampaikan sebuah risalah kebenaran!


[pemandangan daripada Jabal Thur]



Pemandangan dlm pendakian jabal Thur,

bayangkan baginda Nabi saw mendaki dlm keadaan berjengket utk mengelakkan kesan tapak kaki

Bayangkan ketikanya Abu Bakr mendukung Nabi saat mendaki utk menyampaikan ke puncak

bayangkan Asma' Abu Bakr mendaki menghantar bekal saat sedang hamil

bayangkan Abdullah Abu Bakr yg berulang-alik setiap awal pagi pulang ke Mekah utk mengintip

bayangkan 'Amir bin Fuhairah mengembala utk membekalkan susu buat baginda dan Abu Bakr

semuanya demi menyampaikan Islam kepada seluruh dunia. Dan Islam telah sampai kepada kita saat ini!

ya Rasulullah saw, aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan, dan Islam telah sampai kepadaku pada saat ini.

Dan aku merindui bumi barokah itu, dan aku merindui pertemuan dgnMu dan kekasihMu, pertemukan aku dgnMu dlm keadaan Engkau redha dgnku ya Rabbul Izzati~
 






No comments:

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...