Penatnya apabila apa yang kita usahakan membuahkan hasil yang dirasakan tidak setimpal. Penatnya apabila setiap tindakan kita ditentangi daripada pelbagai sudut sedangkan kita mengira bahawa apa yang kita lakukan ini hanyalah kerana Allah semata-mata. Penatnya apabila kita mempersoalkan kenapa begini dan begitu dalam tindakan orang-orang di sekeliling kita, merasakan salahnya mereka berbuat demikian.
Perbincangan itu membuatkan diri ini berfikir kembali, bukanlah hak manusia untuk menentukan salah atau betulnya sesuatu tindakan, selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syarak. Dan sekalipun ia bersalahan dengan anjuran Rasulullah saw,tarbiyah Allah kepada baginda apabila kata sepakat tidak dapat dipersetujui ialah:
خُذِ ٱلۡعَفۡوَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡعُرۡفِ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡجَـٰهِلِينَ
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh"
(Al-A'raf;7:199)
وَلَا تَسۡتَوِى ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِى بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُ ۥ عَدَٲوَةٌ۬ كَأَنَّهُ ۥ وَلِىٌّ حَمِيمٌ۬
"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia"
(Fussilat; 41:35)
وَلَمَن صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَٲلِكَ لَمِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ
"Tetapi barangsiapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia"
(Asy-Syura; 42:43)
Allah mendidik baginda Rasulullah saw dan para sahabat bahawa dalam menghadapi tentangan, sabar itulah yang paling baik. Sehinggakan Allah menggariskan ciri ini dalam orang-orang yang dicintai-Nya :
ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡڪَـٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
"(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan"
(Ali-Imran; 3:134)
Bahkan,
Allah menyambung selepas ayat ke-34 surah Fussilat, selepas Allah menggariskan penolakan terhadap keburukan dengan sesuatu yang lebih baik bahawa sifat ini tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.
وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ۬
"Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar"
(Fussilat; 41:35)
Betapa seerah baginda mengajar bahawa kita hanya mampu berusaha, namun ketentuan kepada usaha itu hanyalah milik Allah semata-mata. Tidak kiralah dalam apa jua perkara, sama ada dalam pelajaran, atau pun dalam perjuangan kita mengajak manusia mengenali si Dia. Dia jugalah yang memegang hati-hati itu. Dan Dia juga yang lebih mengetahui kebenaran niat kita dalam setiap tindakan yang kita ambil. Dan dalam setiap liku-liku perjuangan yang kita tempuhi, setiap mehnah yang kita harungi, Dia jugalah yang menentukan natijah perjuangan itu. Penatnya kita mempertikaikan sesuatu perkara yang sebenarnya berada di luar kemampuan dan bidang kuasa kita hanyalah perkara sia-sia.
P/s: Peringatan kepada diri sendiri yang seringkali tenggelam dalam mainan perasaan. Seringkali kalah kepada bisikan hati kecil yang dipengaruhi oleh nafsu amarah dan hasutan halus syaitan.
5 comments:
Assalamualaikum wbt ukhti yang disayangi. Rasa sedih pulak baca post ni :(
Para da'i tidaklah boleh sekali-kali marah kepada dirinya. Janganlah dijadikan persendaan
dan gangguan manusia kepadanya sebagai satu satu sebab yang membawa dia berpaling dari tugas
yang mulia ini atau menyebabkan dia berhenti dari usaha dakwah, jadilah kamu seperti apa yang
dikatakan oleh Imam As Syahid Hassan al-Banna:
"Jadilah kamu dengan manusia seperti pokok buah-buahan yang mereka lempari dengan
batu tetapi pokok itu sebaliknya melmpari manusia dengan buah-buahnya".
~Jalan Dakwah, Mustapha Masyur~
Semoga Allah menetapkan tapak-tapak kaki kita di atas jalanNya.Ily
Wa'alaykumussalam wbt,
jazakumullahu khayr atas peringatan itu, sekadar meluahkan perasaan yang terbuku di hati... bukanlah berniat utk berhenti, inshaAllah, selagi diizinkan oleh-Nya, kaki ini akan terus melangkah, sekadar ingin menghela nafas bagi meneruskan perjalanan.. dan sekadar berkongsi agar ibrah dapat diceduk dari ujian yang melanda.. biarpun hanya setitis cuma namun tetap memberi saham diakhirat sana inshaAllah..
sama2lah kita mendoakan, inshaAllah..
uhibbuki fillah, inshaAllah~
assalamualaykum dear~
teruskan usaha menolak segala bisikan2 tu yer ;)
teruskan dgn ape yg aida dah mulakan..
insyaAllah,,,
salam rindu dari kejauhan~
wa'alaykumussalam wbt..
jazakumullahu khayr my love,
inshaAllah sedang mencuba, doakan kita same2 kuat ye..
merindui juga dari sini~
:) insyaAllah dear~
amin~
Post a Comment