Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Musim exam dekat UK and Eire ni, semua orang sibuk sangat study, yelah, final exam this year, mestilah nk perform, inshaAllah.
Pernah tak kita rasa yang kehidupan dunia ni satu peperiksaan? Well, bibir sering menuturkan :
"Hidup ini satu ujian"
Tak nafi pun. Tapi, sejauh mana hakikat itu ditanam ke dalam lubuk hati paling dalam kita sehingga mampu menggerakkan setiap anggota kita menjawab soalan-soalan peperiksaan ini. Hebatnya kan, jawapan utk peperiksaan ini dah pon bocor. Cumanya, adakah kita ingin mengambil peluang?
Setiap peperiksaan ada perkara yang diujinya, ada tempoh masanya, ada pengawas peperiksaannya, ada juga pemeriksanya. Itulah lumrah setiap peperiksaan. Dan peperiksaan ini pun ada semua tu.
Peperiksaan ini yang perkara yang diuji mencakupi semua bidang kehidupan kita, dan tempoh masa peperiksaan itu selama nyawa masih bersatu dengan jasad, yang pengawas bertugas ialah malaikat yang tidak pernah leka mencatat dan pemeriksanya ialah Pencipta kita yang tidak terlepas walau satu jawapan sekali pun.
Sedar atau tidak, kitalah yang menentukan. Mahu ambil tindakan atau tidak, juga terletak pada kita. Kerana peringatan dan pengetahuan telah Allah berikan.
Allah... kerdilnya hambaMu ini, dan lemahnya hambaMu ini, berilah kekuatan untuk aku menghadapi ujian kehidupan.
No comments:
Post a Comment