Wednesday, June 22, 2011

::Anak kucing itu::

Baru lepas main dengan 'Buang' ; anak kucing yang baru je beberapa bulan berada di rumah ni. Kerana dibuang oleh manusia lain dengan kemasnya di dalam kotak di hadapan rumah, mama dan abah pun jaga, bagi minum susu dan bela. Seriously, anak kucing yang masih menyusu, dipisahkan daripada ibunya. Kalau tidak dibantu, akan mati begitu sahaja. Nak marah pun, kalau difikirkan manusia zaman sekarang, anak sendiri pun boleh buang, inikan pulak anak kucing kan.

Seronok bermain dengan dia, tetibe terfikir kata-kata abah masa keluar panggil Buang. Sebenarnya dah malam, dah pukul 930 mlm macam tu, keluar pastu panggil dia, abah kata Buang tengah tidur kot. Balas pada abah, takpelah, nak main dengan dia kejap.

Panggil punya panggil, Buang pun muncul dari bawah kereta, sambil menguap-nguap. Betul tekaan abah, dia dah tidur sebenarnya. Dengan rasa bersalah kerana mengejutkan dia, mainlah dengan dia sampai dia penat.

Sebenarnya kenapa nak cerita pasal anak kucing bernama 'Buang' ni?? Hmm, cuba kita fikir, adakah sifat kehambaan kita setanding dengan sifat anak kucing ni? Walau apa pun dia tengah buat, tengah tidur, berehat-rehat, kalau sesiapa antara kami sekeluarga panggil, dia pasti datang. Tak kira waktu apa pun dia buat pada masa itu. Betapa hebatnya ketaatan dia, kesetiaan dia. Dan kita, adakah kita bersikap dengan sikap seperti ini kepada 'Tuan' kita, Pemilik mutlak segala yang ada di bumi dan di langit, bahkan apa yang ada di antaranya juga. Apabila seruan memanggil kita menghadap kepadaNya, adakah kita datang tepat pada masanya, atau kita berlengah-lengah memenuhi keperluan kita , keinginan kita terlebih dahulu?

Allah..

Peringatan yang hebat di kala semakin lalai di rumah, walaupun hanya baru 11 hari berada di rumah, namun bila diuji dengan masa lapang, terus lalai dan leka dengan semua tanggungjawab yang masih belum selesai..

Ya Allah, kuatkanlah aku untuk terus mujahadah dan istiqamah, ameen

p/s: nak masukkan gambar tapi xberjaya, maaf ye..

No comments:

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...