Thursday, June 2, 2011

Niat dan harapan

Sebenarnya, kenapa aku berusaha?
Kenapa aku sangat takut bila tak sempat nak habiskan lecture notes semua?
kat mana sebenarnya aku sandarkan keputusan aku?



Ya Allah, tiba-tiba hari ini aku tersedar balik benda penting yang sering aku lafazkan dulu. Kenapa aku sering risau masa aku bertungkus-lumus menghabiskan lecture notes sekarang? Sebab aku meyakini bahawa hasil yang aku dapat akan mereflek nota yang aku baca. Astaghfirullah....

Sedangkan yang tentukan keputusan itu bukan usaha aku, tapi Pencipta aku.,Allah yang tentukan apa yang bakal aku dapat..Dan aku hanya ditaklifkan untuk berusaha...

Ya Allah..dalam tidak sedar aku telah membelakangkan-Mu.. aku mohon keampunan di atas kelalaian aku ini ya Allah, dan aku mohon kemudahan untuk aku menjawab soalan..Berilah aku keputusan yang terbaik di sisi-Mu, ameen

No comments:

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...