Bismillahirrahmanirrahim
Kembali ke bumi 4 musim ini, dan menerima berita bahawa saya kini seorang makcik, respon yang diberi agak lambat. Otak gagal memahami maksud penyataan tersebut kerana neurotransmitter yang menghubungkan antara neurone-neurone dalam otak saya ketika itu sedang sibuk menghantar mesej-mesej lain yang lebih aula (penting). Namun, setelah beberapa lama, barulah saya mula merindui ingin melihat si kecil yang baru tiba di dunia ini dan baru menyertai keluarga saya.
Ni la si kecil itu! |
Mungkin saya hanya akan dapat melihat beliau setelah beliau berumur 8-9 bulan, ketika cuti summer tahun hadapan. InshaAllah saya akan pulang ke Malaysia pada saat itu. Namun, ketika ini, hanya mampu mendoakan dari jauh.
"Semoga menjadi anak yang soleh buat keluarga dan pembela ummat di masa hadapan!! ameen~"
Menurut Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda dalam sepotong hadis yang bermaksud, “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapalah yang mencoraknya sama ada menjadikannya Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.”
2 comments:
=)
>abijat
haha..akhirnya abang menjelmakan diri di sini juga ye..hoho
Post a Comment