[credit] |
"Jalan Allah ini panjang dan kita melangkah di atasnya seperti kura-kura, bukan tujuan kita untuk sampai ke penghujungnya, tetapi tujuan kita adalah untuk mati di atasnya"
[quoted from somebody's Twitter]
Dua minggu ini bermain dengan perasaan, bermain dengan kata-kata dan bermain dengan hujah-hujah.
Pening bukan, apabila kita ingin ISLAM itu menjadi solution kepada semua permasalahan dunia, tapi kita pula dihambat dengan persoalan jalan mana yang harus aku guna?
Allah itu sangat adil, malah Dia Maha Adil, Allah tidak akan menghukum kita dengan sesuatu yang kita tak tahu. Dan adakah kita tahu jalan mana yang terbaik untuk kita menaikkan semula khilafah di muka bumi ini?
Ketika Rasulullah saw sedang berdakwah kepada pembesar Quraisy, dan Abdullah bin Ummi Makhtum datang untuk menyucikan dirinya lalu Rasulullah saw berpaling, bukan kerana baginda tidak menyukai Abdullah, tapi kerana untuk menyebarkan Islam dengan lebih meluas, tentunya lebih mudah andai pembesar-pembesar Quraisy ini menerima dakwah baginda. Tentu sekali seluruh Mekah akan menerima dakwah baginda selepas itu. Namun, apa kata Allah? Tidak, Islam datang untuk menyucikan, Islam datang sebagai peringatan, dan sesiapa sahaja yang ingin menyucikan dirinya, dan sesiapa sahaja yang ingin mengambil pelajaran, Islam ini adalah untuk dirinya. Dan tidak ada cela ke atas kita andai ada manusia yang tidak menerima. Allah mengajar kita, andai kita berusaha, tidak ada cela kepada kita walau apa pun hasilnya. (Surah A'basa)
“Apabila seorang hakim akan memutuskan perkara, lalu ia melakukan ijtihad, kemudian ijtihadnya benar, maka ia memperoleh dua pahala (pahala ijtihad dan pahala kebenarannya). Jika hakim akan memutuskan perkara, dan ia berijtihad, kemudian hasil ijtihadnya salah, maka ia mendapat satu pahala (pahala ijtihadnya).”
(Riwayat Bukhari Muslim).
Kita tidak akan dihukum andai kita gagal mencapai sesuatu, tetapi kita akan dicela andai kita tidak berusaha. Oleh itu, berusahalah mengikut apa yang kita yakin, beramallah dengan apa yang kita percaya. Carilah ilmu sehingga ia benar-benar meyakinkan kita. Berusahalah mencapai matlamat itu dengan apa pun cara, namun jangan pernah kita lupa, matlamat kita tetap redha Allah, andai Allah redha dengan setiap usaha kita, inshaAllah kita bertemu di penghujung jalan sana, namun andainya kita syahid di pertengahannya, kita ada sesuatu untuk dipersembahkan untuk memohon redha dan perlindungan Allah di akhirat kelak.
Semoga kita tidak menjadi orang yang tidak menyumbang apa-apa kepada Islam, dan orang yang miskin di hadapan Allah kelak. Ameen.
p/s : ini sekadar pendapat, bersedia untuk ditegur dan dikritik untuk lebih membina diri, inshaAllah~
2 comments:
setuju!
Adawiyah sayang,
bittaufiq wannajah utk upcoming imtihan! inshaAllah.
menanti awk tiba di bumi ini pula~
^_^
Post a Comment