Wednesday, December 26, 2012

Hubbu Ad-Dunya

Bismillahirrahmanirrahim

Disclaimer : post ini adalah luahan perasaan


Kematangan kita bukan pada umur kita,
bukan juga pada banyaknya ilmu kita,
bukan pada banyaknya kita bekerja,
kerana boleh jadi kita bekerja kerana kita ingin sanjungan dunia.

Cukup rindukah kita kepada syurga?
Cukup rindukah kita untuk bertemu Si Dia, Sang Pencipta?
atau sebenarnya belum cukup hidup kita berorentasikan redhaNya?
belum cukup hidup ini beralasankan cintaNya?

Aku melihat kemenangan Islam disebabkan dekatnya mereka kaum Muslimin zaman itu denganMu,
lantas aku menyimpulkan bahawa andai ingin berjaya adalah dengan memahami kalamMu,
namun aku terlupa kunci yang paling utama,
yang mereka kejar bukanlah dunia sementara,
yang mereka kejar adalah keredhaanMu atas setiap tindak-tanduk mereka,
lantas setiap patah kata yang diucapkan,
setiap syura dan hujah yang didebatkan,
setiap langkah kaki yang dihayunkan,
adalah dengan rasa takut dan harap kepadaMu.
Setiap negeri yang mereka bebaskan,
setiap kunci istana yang dipersembahkan kepada mereka,
menambahkan lagi rasa takut mereka,
andai mereka terlalai dengan kehidupan ini,
mengambil hak dan masa mereka untuk kehidupan di sana kelak.

Masih belum cukup lagi rasa itu dalam diri,
masih ada lagi cinta pada kehidupan dunia,
kerana hati ini masih berkira-kira,
dengan usaha yang sedikit untuk menggarap AdDeen dalam kehidupan,
sudah layak kiranya untuk mendapat kejayaan,
bahkan ianya kejayaan dalam pandangan mata dunia sementara,
membuktikan ianya hanyalah tempelan semata-mata



26th Dec 2012,
      Syifa'

No comments:

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...