Sunday, December 30, 2012

Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim

[credit]


Aku merindui mereka saat ini, 
mereka yang bersama-samaku saat langkah pertama di ayunkan,
dan kini aku terasa jauh ketinggalan,
walaupun kita bermula di permulaan yang sama.

Sahabat,
tarik aku bersama kalian,
saat aku terlalai dan terkebelakang,
kerana aku ingin kita seperti Talhah dan Zubair,
yang saling mengingatkan di antara mereka,
aku ingin kita seperti Abu Bakar dan Umar,
yang sering berlumba-lumba menempah syurga,
aku ingin kita seperti Sa'ad dan Uthman,
yang kehebatan peribadinya diakui Allah dan Ar-Rasul,
Aku ingin kita menjadi teman-teman yang saling merindui,
hanya kerana aqidah dan jalan ini.

Semoga kita mampu terus melangkah,
sehingga kita bertemu di syurga nanti,
inshaAllah




Syifa'
30 Dec '12


4 comments:

Nur Najihah Ghazali said...

aida ....

subjektif ketinggalan jauh tu, tapi apa pun hati kita akan membenarkan apa yang kita rasa saat ini, which Allah jua yang menempatkan perasaan itu.

iA enti ana berharap kita sama2 bangkit utk kuat walaupun di mana2 shaja kita berada. perjalann kita masih panjang,kite tempuh sedikit demi sedikit walaupun susah. moga nilai mujahadah tu lebih Allah nak didik dr penhujung kita .... moga lepas ni kite lebih tegar utk hadapi mehnah, amin

salam perjuangn buat ukhti di sana,
Allah tahu beatapa kita cuba struggle...jom senyum dan kuat utk hadapinya..

salam sayang jiha

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

:)

subjektif, tp pasti ia berdasarkan satu kayu ukur..kan??

berharap Allah akan tetap memilih utk berada dalam jalan ini sehingga saat bertemu dgnNya nnti...ameen

:)

doakan semua orang

Najihah Razali said...

salam enti,, ana cari link enti dr dulu, tp bru skrg ana jumpa. ana sdg mncari sahabat2 islam buat mlebarkan jalinan ukhuwah, salam ukhuwah :)

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

wassalam wbt,

erm..apa maksudnya mencari dari dulu..kita pernah bertemu kah?aseef jiddan, lama xupdate blog, byk benda terjadi..

salam ukhuwwah.. boleh kita bertaaruf lebih lagi?

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...