Thursday, May 17, 2012

::Blind::

Bismillahirrahmanirrahim

[credit]

When we have a dispute over something, go back to Allah and Rasulullah saw.

Where? In the Quran and Seerah.

Always go back to basic.

Life is an ongoing and never-ending learning process,

But the heart needs to be opened to get what He wants us to learn~

"Have they not travelled in the land, and have they hearts wherewith to feel and ears wherewith to hear? For indeed it is not the eyes that grow blind, but it is the hearts, which are within the bosoms, that grow blind"
[Al-Hajj ; 22 :46]

Sunday, May 13, 2012

::Caring Hearts::

Bismillahirrahmanirrahim

Disclaimer: Post ini adalah random thought semasa tengah cuba mengulangkaji pelajaran (baca : revise)


"Perhaps your store's motto of "Caring Hearts" means to watch over a reckless colleague 'til he falls.  


However, in our cafe, we'll care and support each other so that we won't fall.  

You will want to support others since everyone is supporting you as well. 

Even if you're bothering others, they will push you from behind giving you strength to move forward! 

And because of this, we can serve our customers to the fullest, to satisfy them!" 

(Taken from Kaichou Wa Maid Sama Episode 19)

I watched this anime long time ago (and I'm not encouraging you to do so yourself), and I liked Japanese cartoons because they brought with them a set of values we can learn about. I had always liked philosophy I guess, that's why I can relate to these kind of things.

In doing da'wa, we are not alone! Caring and supporting each other are always needed in a circle/halaqah. That's why we need to know the three pillars (rukun) of usrah, ta'aruf, tafahhum, takaful.

Ta'aruf is where you get to know your usrahmates.
Tafahhum is where you try to understand them and help each other because you know each other in and out.
Takaful is where you help each other, improving oneself while improving others.

[credit]


I think what Misaki said up there summarised it well.

And who might our customers be? We, the Muslims are here to serve Allah and to serve the mankind. Our presence should be a mercy to mankind.

Think about it. I won't elaborate much on it, need to go back to revision!

P/s: Please make du'a for me and the others who are having exams starting next week!


Wednesday, May 9, 2012

::Bicara hati di malam hari::

Bismillahirrahmanirrahim

Disclaimer : Luahan hati di malam hari.

[credit]

Kita selalu merasakan apa yang kita buat itu sudah sehabis baik, dan seharusnya kita memperoleh keputusan yang terbaik. Namun, Allah pasti akan menguji kita, atas dasar apa sebenarnya usaha yang kita berikan, dan apa sebenarnya yang kita harapkan.

Ya Allah, aku usaha kerana ia adalah sesuatu yang Engkau suruh, dan aku lakukannya kerana ia adalah jalan yang dilalui para Nabi. Namun, dakwah ini adalah hak-Mu, dan Engkau pasti akan menjaganya. Bukan hakku untuk menentukan hasil dakwah ini, dan pastinya aku juga sering terpesong dalam setiap langkahku. Pimpinlah aku, bersihkan niatku, dan lapangkan dadaku. Walau apa pun keputusannya, ia bukan hakku, kerana hakku hanya usaha, dan segalanya adalah ketentuan-Mu.

Monday, May 7, 2012

::Kelembutan dan kesabaran::

Bismillahirrahmanirrahim

"Dari Aisyah r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku : "Wahai Aisyah, hendaklah engkau bertakwa kepada Allah Azzawajalla dan lemah lembut. Kerana lemah lembut itu sekali tidak berada pada sesuatu melainkan menghiasinya dan lemah lembut itu sekali tidak terlepas dari sesuatu melainkan memburukkannya"

(wasiat ke-3 dari buku 50 wasiat Rasulullah saw untuk wanita, karya Majdi As-Sayyid Ibrahim)


Ya, saya suka hadith ini, kerana ia mengingatkan bahawa Allah sukakan kelembutan. Dan saya sukakannya kerana saya sehingga saat ini masih lagi struggle untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. 

Di sinilah bezanya tahu dan amal. Otak tahu bukan, Allah sukakan kelembutan, bahkan hadith ini seolah-olah tidak mahu lekang daripada kotak pemikiran saya. Namun, apabila diuji dengan situasi-situasi tertentu, seringkali saya gagal mengamalkannya. Dan di sinilah perlunya mujahadah. Saya meyakini bahawa Allah akan mengira setiap mujahadah saya, biar pun saya gagal beribu-ribu kali, namun Allah pasti akan kira setiap satu daripadanya andai ia adalah untuk mencari redha Allah. Jadi, kenapa perlu berputus asa? 

[credit]


Anas bin Malik melaporkan bahawa Rasulullah SAW menghampiri seorang wanita yang sedang menangisi anaknya (yang meninggal dunia), dan berkata kepadanya, "Takutlah kepada Allah dan bersabarlah." Wanita itu (yang tidak mengenali Baginda) berkata, "Kamu tidak mengalami seperti yang saya alami." Ketika Rasulullah SAW pergi meninggalkannya, dikatakan kepadanya bahawa yang berkata-kata kepadanya itu adalah Rasulullah. Dia berasa terkejut. Dia pun datang ke rumah Rasulullah dan tidak mendapati penjaga di pintunya. Dia kemudian berkata: "Wahai Rasulullah, saya tadi tidak mengenalimu." Maka Rasulullah SAW bersabda, "Sabar itu pada hentakan yang pertama." 
 (Riwayat Muslim)

Dan saya juga sukakan hadith ini, kerana ia berbicara tentang sabar. Tetapi seperti hadith yang pertama tadi, saya juga masih berusaha mengamalkannya dalam kehidupan.

Terasa ingin menulis tentang dua sifat ini kerana sifat ini sangat ketara kelihatan pada dua orang ukhti yang sangat saya sayangi. Setiap kali berbicara dengan mereka, mereka mengingatkan saya tentang bersifat lemah lembut dan bersabar. Hebat bukan? Doakan saya juga mampu menjadi seperti mereka! JOM! sama-sama menjadi hamba Allah yang disukai-Nya!

Monday, April 30, 2012

::Spring dalam hati::

Bismillahirrahmanirrahim

Disclaimer: Post ini adalah luahan hati, mungkin membantu memberi peringatan, mungkin juga tidak.

Teringat masa mula-mula berjinak-jinak dengan tudung labuh, stokin dan jubah. Mama dan abah tengok seolah-olah mereka sudah tidak mengenali anak mereka sendiri. Hanya Allah yang tahu perasaan dalam hati ini.

Hari ini, masa skype dengan mama di Malaysia,

"kamu nak tudung labuh tak? mama ada beli hari tu?""kamu nak jubah tak? mama jumpa jubah yang cantik kat kedai"

[credit]


comel kan mereka? Ibu bapa hanya risau dengan perubahan anak mereka, kerana mereka inginkan yang terbaik buat anak mereka.

Hati berbunga-bunga saat ini, alhamdulillah atas perasaan ini ya Allah.

p/s: tolong doakan saya OSCE hari ini~

Tuesday, April 24, 2012

::Jalan Yang Panjang::

Bismillahirrahmanirrahim

[credit]


"Jalan Allah ini panjang dan kita melangkah di atasnya seperti kura-kura, bukan tujuan kita untuk sampai ke penghujungnya, tetapi tujuan kita adalah untuk mati di atasnya" 

 [quoted from somebody's Twitter]

Dua minggu ini bermain dengan perasaan, bermain dengan kata-kata dan bermain dengan hujah-hujah.

Pening bukan, apabila kita ingin ISLAM itu menjadi solution kepada semua permasalahan dunia, tapi kita pula dihambat dengan persoalan jalan mana yang harus aku guna?

Allah itu sangat adil, malah Dia Maha Adil, Allah tidak akan menghukum kita dengan sesuatu yang kita tak tahu. Dan adakah kita tahu jalan mana yang terbaik untuk kita menaikkan semula khilafah di muka bumi ini?

Ketika Rasulullah saw sedang berdakwah kepada pembesar Quraisy, dan Abdullah bin Ummi Makhtum datang untuk menyucikan dirinya lalu Rasulullah saw berpaling, bukan kerana baginda tidak menyukai Abdullah, tapi kerana untuk menyebarkan Islam dengan lebih meluas, tentunya lebih mudah andai pembesar-pembesar Quraisy ini menerima dakwah baginda. Tentu sekali seluruh Mekah akan menerima dakwah baginda selepas itu. Namun, apa kata Allah? Tidak, Islam datang untuk menyucikan, Islam datang sebagai peringatan, dan sesiapa sahaja yang ingin menyucikan dirinya, dan sesiapa sahaja yang ingin mengambil pelajaran, Islam ini adalah untuk dirinya. Dan tidak ada cela ke atas kita andai ada manusia yang tidak menerima. Allah mengajar kita, andai kita berusaha, tidak ada cela kepada kita walau apa pun hasilnya. (Surah A'basa)

 “Apabila seorang hakim akan memutuskan perkara, lalu ia melakukan ijtihad, kemudian ijtihadnya benar, maka ia memperoleh dua pahala (pahala ijtihad dan pahala kebenarannya). Jika hakim akan memutuskan perkara, dan ia berijtihad, kemudian hasil ijtihadnya salah, maka ia mendapat satu pahala (pahala ijtihadnya).” 
(Riwayat Bukhari Muslim).


Kita tidak akan dihukum andai kita gagal mencapai sesuatu, tetapi kita akan dicela andai kita tidak berusaha. Oleh itu, berusahalah mengikut apa yang kita yakin, beramallah dengan apa yang kita percaya. Carilah ilmu sehingga ia benar-benar meyakinkan kita. Berusahalah mencapai matlamat itu dengan apa pun cara, namun jangan pernah kita lupa, matlamat kita tetap redha Allah, andai Allah redha dengan setiap usaha kita, inshaAllah kita bertemu di penghujung jalan sana, namun andainya kita syahid di pertengahannya, kita ada sesuatu untuk dipersembahkan untuk memohon redha dan perlindungan Allah di akhirat kelak.

Semoga kita tidak menjadi orang yang tidak menyumbang apa-apa kepada Islam, dan orang yang miskin di hadapan Allah kelak. Ameen.



p/s : ini sekadar pendapat, bersedia untuk ditegur dan dikritik untuk lebih membina diri, inshaAllah~

Friday, April 20, 2012

::Default mode : KERUGIAN::

Bismillahirrahmanirrahim


"Demi masa (1) Sungguh, manusia berada dalam kerugian, (2) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (3)"
(Al-Asr;103 : 1-3)

Allah bersumpah dengan sesuatu yang sangat penting; MASA. Menandakan bahawa Allah ingin bercakap tentang sesuatu yang besar selepas itu. 

Manusia itu berada dalam kerugian. Default manusia itu adalah sentiasa dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran.

[credit]


Menasihati untuk kebenaran. Apa yang datang ke dalam fikiran apabila kita berkata tentang kebenaran?

“dan katakanlah kebenaran itu adalah dari Tuhan kamu” (Al-Kahfi;18:29)   
“sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama semata kepadaNya” 
(Az-Zumar;39:2)

Allah beri kita cara untuk mengelakkan diri daripada berada dalam kerugian iaitu dengan menyampaikan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan Allah sambung lagi, berpesan-pesan dengan kesabaran, kerana apa, kerana berpesan-pesan dengan kebenaran itu bukanlah sesuatu yang senang, mudah. Ia akan menuntut kesabaran daripada umat manusia.

Syed Qutb menghuraikan dengan panjang lebar dalam tafsir Fi Zilalil Quran berkenaan keimanan. Bagaimana keimanan akan melahirkan amalan dan bukan hanya pengakuan. Sebagaimana kira belajar tentang iman adalah hasil daripada tiga komponen (1) percaya dengan hati, (2) mengaku dengan lidah (3) beramal dengan anggota. Dan tiada salah satunya menjadikan iman itu cacat, kerana sifirnya bukan 1/3 atau 2/3 keimanan, sebaliknya ia adalah 3/3 atau 0.

Untuk mencapai darjat keimanan yang benar, ia perlu melahirkan amalan, kerana iman itu sifatnya menggerakkan. Dan itulah apa yang para sahabat dapat dengan surah ini, bahawa keimanan mereka bukanlah hanya cakap-cakap kosong, lantas mereka membuktikan dengan setiap tindakan mereka. Setiap inci kehiduapan adalah penyaksian terhadap syahadah yang mereka ucapkan, sehingga Islam itu mampu tersebar ke serata pelusuk dunia. Dan sehingga setiap kali ingin berpisah, mereka akan membacakan surah ini antara mereka, untuk mengingatkan satu sama lain, keimanan yang mereka rasai menuntut satu pembuktian, keimanan itu datang dengan tanggungjawab yang sangat besar, yang menuntut satu kesabaran.

Jom kita bermuhasabah dengan kehidupan kita, bagaimana kita juga saling membaca surah ini di hujung sesuatu perjumpaan, di penamat sesuatu kelas ilmu, atau di akhir satu halaqah/usrah. Sejauh mana kita merasai tanggungjawab untuk menyampaikan risalah kebenaran ini dengan berakhirnya satu perjumpaan kita dengan muslim yang lain. Moga kita juga mampu merasainya seperti para sahabat, inshaAllah.





Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...