Dan tidaklah pelik untuk manusia itu melakukan kesalahan, walau macam mana sempurna pun seseorang manusia itu pada pandangan kasar manusia. Kerana itulah kita disuruh untuk menjadikan Rasulullah saw itu sebagai ikutan, kerana baginda adalah contoh ikutan terbaik yang pernah ada untuk umat manusia.
لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah itu teladan yang baik, bagi orang yang mengharapkan Allah dan hari akhirat, dan banyak mengingati Allah.
(Al-Ahzab;33:21)
Atas kelemahan manusia itulah, Allah menggariskan manusia agar setiasa mengingatkan. Agar sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Kerana Allah tahu, manusia sangat senang terpengaruh dengan perkara-perkara dunia, dengan godaan syaitan, dan sangat senang utk dipengaruhi nafsu amarah. Apa kata Sang Pencipta dalam kalamNya :
إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ . إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ
Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, dan saling mengajak kepada kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.
(Al-Asr;103:2-3)
Allah menjelaskan bahawa manusia sentiasa dalam kerugian, ada seorang ni pernah share, katanya, default setting manusia tu sentiasa dalam kerugian, unless bila dia beriman, dan beramal soleh, dan saling mengajak kepada kebenaran dan menasihati dengan kesabaran. Betapa Allah dah gariskan pun, macam mana nak keluar dari kerugian tu. Dan memang jelas, perlu untuk kita saling mengingatkan kepada kebenaran. Apa pula kebenaran yang dikatakan? Hanya ada satu sahaja kebenaran dalam dunia ini, ISLAM. Dan perlunya untuk kita mengajak umat manusia kepada kebenaran itu semampu kita.
Apa pula kata Allah lagi dalam kita mengajak manusia kepada kebenaran yang satu ini:
ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ
Serulah ke jalan Rab (Tuhan)mu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Rab (Tuhan)mu, Dia (Allah) jualah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan-Nya (Allah), dan Dia (Allah) jualah yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(An-Nahl;16:125)
Secara fitrahnya, manusia memang sukakan kelembutan dan kebaikan. Dalam kita mengajak manusia, tidak dapat tidak, cara yang berhemah itu sangat perlu, kerana kita mengajak didasari dengan keimanan dan rasa kasih sayang kepada umat manusia ini. Kerana kita mahu sama-sama mengecapi kebaikan. Dan apa sahaja yang kita sampaikan akan mudah diterima , inshaAllah, dengan keizinanNya juga, jika umat manusia merasakan yang kita inginkan kebaikan buat mereka, kita inginkan keselamatan buat mereka, dan bukan kerana kita ingin menguasai mereka, bukan atas dasar ingin mempamerkan kehebatan atau kekuatan.
Dan sangat perlu untuk kita menyedari hakikat bahawa kelembutan itu sangat perlu dalam mendekati manusia, dalam berhujah dengan manusia, sedangkan apabila berbicara dengan Firaun sahaja Allah perintahkan agar Nabi Musa dan Harun berbicara dengan lembut, inikan pula kepada umat manusia yang lain, kelembutan itu satu kemestian.
فَقُولَا لَهُ ۥ قَوۡلاً۬ لَّيِّنً۬ا لَّعَلَّهُ ۥ يَتَذَكَّرُ أَوۡ يَخۡشَىٰ
Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut
(Taha;20:44)
Hakikatnya, kena sering menyoal diri sendiri apabila kita berbicara, atas dasar apa bicara itu dilontarkan. Adakah didasari keimanan dan kasih sayang sesama manusia atau hanya kerana kepentingan sendiri semata-mata.
وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬
Dan hendaklah ada satu golongan di kalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat makruf (kebaikan) dan melarang perbuatan mungkar (kejahatan). Mereka itulah orang yang mendapat kejayaan (kemenangan). Dan janganlah kamu (menjadi) seperti orang yang berpecah-belah dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan. Dan bagi mereka azab yang besar.
(Ali Imran;3:104-105)
Kita tak nak kerana kita, umat manusia berpecah-belah. Nauzubillahi min zalik! Dan kita tidak mahu kerana kurang berhikmah dan berhemahnya kita, timbul prasangka dan fitnah-fitnah kepada Islam ini. Wallahu a'lam
7 comments:
ukhti ku..moga Allah melindungi kita dan kami dan adik beradik kita :)
semoga terus kuat bermujahadah..memang penat lagi urusan ni, kalo dibndingkan nagn assignment kan?
ana would say refreshing,...penat tp seronok... ntah...gila agaknya kalau org bce penat tp seronok..hihi...
tp kita tak gila kan (al-Qalam;2)
ameen....
am
he
^_^berhemah dalam setiap perkara yg dilakukan...
like the word 'hemah'
patut kenali lebih dekat perkataan itu..heee=))
Luv u,
Ada
>Ada
heeee...haah..kita patut berhemah dan berhikmah dlm apa pon perbuatan kita...
love u tooo!!!
Aida
jazakillah....ukhti n_n. membaca smbil ad background lagu, mmg mengharukan...huhu~.
'himmmah' dan 'hemah'..alhamdulillah =). Allah still beri kita peluang utk merasai sesuatu dari dia =)..
keep writing ukht..n_n
>khairun_my
waiyyaki...huhu...sgt suka lagu ni..xtau napa...
alhamdulillah, Allah masih memberi perasaan itu....
doakan agar ia menjadi medan amal kita bersama, inshaAllah..
Post a Comment