Disclaimer: Post ini adalah penceritaan kembali pengalaman saya semalam, maaf sekiranya tidak membantu memberi peringatan mahupun menambahkan iman.
Setelah berminggu-minggu bercuti musim sejuk, berjaulah, berprogram dan berjumpa akhawat serata tempat, semalam bermulalah kembali sesi persekolahan tahun ini! Yeay! sekolah!
Dan masuk je sekolah, terus kena buat physical examination pada patient, stress!
Saya jujur, saya memang stress sangat semalam, sepanjang hari hati ini berbolak-balik;
"nak pergi ke tak GP attachment tu? exam dah dekat, tak salah la kalau skip untuk study, dah la kena travel, jauh, buang masa" Hati berbisik-bisik sepanjang pagi.
Allah, memang tempting habis la nak skip. Dan memang ada pun ahli kumpulan yang skip, daripada 6 orang kami di GP centre tu, jadi 5 orang! Sampai sepanjang perjalanan sejam ke tempat tu, asyik terfikir-fikir, kenapalah aku tak skip je sesi kali ini. Aduh! lemahnya hati ini kan? Dan sempat hati ini berdoa,
"Ya Allah, Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buatku, dan boleh jadi apa yang aku tidak sukai ini yang terbaik buatku, terimalah mujahadahku ini"
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah;2:216)Dan sepanjang menunggu giliran bertemu patient untuk mengambil history dan buat physical examination, (orang yang terakhir pulak tu!) memang Allah je yang tahu betapa hati ini rasa berat sangat. Tak tahu kenapa?!
Sampai giliran, pergilah jumpa patient dan bersembang. Nak terbelit jugalah lidah kan, dah 3 minggu cuti dan tak bercakap Bahasa Inggeris langsung. Buka sekolah terus kena sembang dengan patient, kena cakap jelas-jelas. Dan lepas habis bersembang, kena buat physical examination, ya Allah, susahnya nak bagi simple instructions! asyik terkeluar medical terms je, kesian pakcik tu! asyik kena tanya balik je apa yang nak dibuat.
Feedback GP kepada saya - GP tanya balik, apa agaknya yang boleh buat lebih baik? Jawapan saya - Give simple instructions.
Ya! itulah dia jawapannya bukan. Dalam dakwah sendiri, kita diajar bercakap dengan bahasa masyarakat, dalam kita mengajak manusia kepada Allah, kita harus bercakap perkara yang mereka boleh relate kepada kehidupan, yang mudah difahami, kerana akhirnya, Islam itu cara untuk hidup dalam dunia ini.
Dan apa feedback GP tersebut pada saya?
"You have to be more confident of yourself! You know your stuff, and you are nice, you're gonna be a good doctor, so be confident in yourself!"
Allah, tersentak sangat masa tu! Kenapa nak takut-takut? Sedangkan Allah kata:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. ”
(Ali Imran; 3 : 110)Kan...
Kita ada Allah untuk membantu setiap masa, kenapa harus takut? Allah kata lagi dalam Al-Quran:
"Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia akan mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati"
(Al-Baqarah;2;112)
Muhasabah hari pertama sekolah tahun 2012. Harap-harap akan kekal dalam hati dan jiwa sehingga membuahkan amal. Tolong doakan saya, memerlukan doa kalian!
1 comment:
klakar cite ni :D
tp sgt2 bg input utk hanis :)
Post a Comment