Tuesday, May 31, 2011

Isn't this enough to keep us going?


Having bad days, tired of the world? I know I did.

Well, isn't this a motivation for us to keep moving forward?

Let us be that people that Umar dreamt about!

Monday, May 30, 2011

::empty::

People used to say, 'one who has nothing, can't give anything to others'


Well, that's how i feel right now. I want so badly to write, but the truth is, I have nothing to give, to write about.

Been so emotionally affected by things around me lately, can't really seems to focus on one thing at a time.

Might screw everything again, Naudzubillah. Allah, help me please!

empty glass, at least of some use to somebody
[source: http://kassworkshop.deviantart.com]

Friday, May 27, 2011

:: Worry Ends, it does... ::


Don’t be saddened by what you see
By all the lies and treachery
Life is cruel but don’t worry
In your heart lies the key
To unwind all the secrets
Of this life we see
When you feel you’ve lost it all
When you don’t know who’s your friend or foe
You wonder why you’re so alone
Worry ends when faith begins
Don’t be sad by what you see
It’s true life has its miseries
But one thing’s always worked for me
Worry ends when faith begins
Don’t be saddened by what you see
I know life can be crazy
A showcase of hypocrisy
In the form of piety
It’s just one big mystery
For you and me
I found my peace deep within
Calling inside
Follow what you feel is right
So trust your heart go ahead
Don’t lose sight
Follow that voice deep inside
When you feel you’ve lost it all
When you don’t know who’s your friend or foe
You wonder what you’re so alone
Worry ends when faith begins
Don’t be sad by what you see
It’s true life has it’s miseries
But one thing’s always worked for me
Worry ends when faith begins
If you’re weak it’s not a crime
Don’t you know it’s blessing in disguise
To know who’s honest and who spread lies
Worry ends when faith begins
Don’t be sad by what you see
It’s true life has it’s miseries
But one thing’s always worked for me
Worry ends when faith begins
'Worry Ends' by Sami Yusuf 

I was listening to this song while commuting back to my place today, and then I realised, every single lines hold a deeper meaning than how it looks on the surface, or at least it does to me. 

Yes, this world can be a miserable place to live in. People might go against you without you wanting them to, without even realising what had caused it. But then, the feeling of being alone, and being weak, are just part and puzzle in this life. It's just a mere prove that we are His creation, His servant. A creation that holds no powers on its own existence. A creation that has its existence directly connected to his Creator. 

And this song ties it all beautifully, all those things that happen in this life, that worry us the most, that had cause troubles to our heart, will just disappear when faith begins. When we put our hopes, our expectation, and our dependence only onto Allah, then, we will never feel the need to worry any more,inshaAllah. 

بَلَىٰ مَنۡ أَسۡلَمَ وَجۡهَهُ ۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٌ۬ فَلَهُ ۥۤ أَجۡرُهُ ۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ

"Nay, but whosoever surrendereth his purpose to Allah while doing good, his reward is with his Lord; and there shall no fear come upon them neither shall they grieve"
(Al-Baqarah;2:112)

Wednesday, May 25, 2011

::A post to say TQ::

source: http://peperonity.com

source : satrigresik.blogspot.com


Sometimes, you just have to distance yourself from everything,

just to get a grip of your own self again.

and if you know that you need to, just do it...

get yourself a ticket, or on a bus, or just go out of your normal environment... 

yes, responsibilities are holding you back... 

but, it does not help if you can't even think...

and make do'a that He will bestow you with the tranquillity..


and make you clear on what is it that you need to do in this world...


i know i did, and I am glad... Alhamdulillah~  




p/s: thank you to a special person who is willing to accept me coming to her place when i decide to go with a very short notice, and in time of her exams as well, thank you dear! (you know who you are)







Tuesday, May 24, 2011

::Lama dulu::

Dah lama sangat rasanya tak dapat pengisian yang menyentuh jiwa. Hari itu, Allah hantar peringatan.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Musim exam dekat UK and Eire ni, semua orang sibuk sangat study, yelah, final exam this year, mestilah nk perform, inshaAllah.


Pernah tak kita rasa yang kehidupan dunia ni satu peperiksaan? Well, bibir sering menuturkan :
"Hidup ini satu ujian" 
Tak nafi pun. Tapi, sejauh mana hakikat itu ditanam ke dalam lubuk hati paling dalam kita sehingga mampu menggerakkan setiap anggota kita menjawab soalan-soalan peperiksaan ini. Hebatnya kan, jawapan utk peperiksaan ini dah pon bocor. Cumanya, adakah kita ingin mengambil peluang? 

Setiap peperiksaan ada perkara yang diujinya, ada tempoh masanya, ada pengawas peperiksaannya, ada juga pemeriksanya. Itulah lumrah setiap peperiksaan. Dan peperiksaan ini pun ada semua tu. 

Peperiksaan ini yang perkara yang diuji mencakupi semua bidang kehidupan kita, dan tempoh masa peperiksaan itu selama nyawa masih bersatu dengan jasad, yang pengawas bertugas ialah malaikat yang tidak pernah leka mencatat dan pemeriksanya ialah Pencipta kita yang tidak terlepas walau satu jawapan sekali pun.

Sedar atau tidak, kitalah yang menentukan. Mahu ambil tindakan atau tidak, juga terletak pada kita. Kerana peringatan dan pengetahuan telah Allah berikan. 

Allah... kerdilnya hambaMu ini, dan lemahnya hambaMu ini, berilah kekuatan untuk aku menghadapi ujian kehidupan.


Tuesday, May 17, 2011

::Anger management::

source  http://islamic-quotes.tumblr.com


Really need to sort this out
O' Allah, show me the way~
don't let my judgement be clouded by my anger
and by my emotions...

Wednesday, May 11, 2011

::Cinta dan Iman::



Merindui sahabat2 seperjuangan kala ini . . . .  di mana cinta dan iman terkumpul . . . .



Wednesday, May 4, 2011

::Rindu::

Dia merindui zaman itu. Dia merindui saat itu. Saat di mana dia mampu berteleku dengan lamanya di atas tikar sejadah memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang dirasainya, memohon doa agar dikekalkan perasaan tenang itu, agar dikuatkan untuk terus melangkah di jalan itu.

Saat itu, segalanya jelas. Cerah. Secerah langit biru selepas hujan. Tiada lagi awan mendung menutupi walau segaris cahaya daripada sampai mencecah bumi. Keyakinan bahawa setiap langkah adalah kerana ingin menuju Tuhannya. Keyakinan bahawa setiap satu yang dilakukan adalah kerana ingin meraih ganjaran negara akhirat. Keyakinan bahawa setiap usaha, setiap masa dan setiap tenaga bukan hanya terbazir, bahkan saham yang bakal dibalas bukan sahaja nanti di akhir sana, namun akan diganjar melalui keberkatan masa dan kemudahan urusan. Oleh itu, dia tidak pernah bimbang andai sahaja diminta sedikit masanya, sedikit tenaganya, sedikit cebisan hidupnya, kerana dia tahu, Si Pencipta bakal membalasnya dengan gandaan yang tidak akan mampu dijangka.

Namun kini, perasaan itu tidak lagi mendiami hatinya. Ketenangan itu hilang entah ke mana. Semangat itu kian pudar dan hanya menunggu masa rebahnya. Keyakinan tidak lagi seutuh masa itu. Dia buntu memikirkan. Apakah yang telah berubah? Bukanlah pengetahuan itu tidak mendiami fikirannya. Tahu sahaja dia bahawa setiap satu perkara adalah disandar hanya kepada Si Dia. Namun , perasaan tidak lagi seperti suatu masa dahulu.  Puas dia memikirkan. Puas dia cuba menjejaki kembali setiap satu amalan yang dilakukannya. Hanya demi mencari kembali perasaannya yang telah hilang. Namun, tiada satu pun berjaya menjejak kembali perasaan itu. Hilangnya tanpa jejak seperti telah ditelan bumi.

Semakin buntu dia memikirkan. Semakin menyesakkan hati dan perasaan. Walau pun semakin banyak tanggungjawab yang tergalas di bahunya, dia gagal juga menjejaki perasaan itu. Akhirnya, dia sampai kepada satu kesimpulan. 

Kini, segala yang dilakukan adalah atas dasar tanggungjawab. Tiada lagi roh yang dirasai dengan setiap satu perkara itu. Kerana apa? kerana dia hanya memikirkan teknikalnya sahaja tanpa memikirkan rohnya. Umpama solat yang hanya dilakukan kerana ianya merupakan kewajipan, satu kemestian, satu tanggungjawab. Bukan lagi dilihat sebagai masa untuk berdua-duaan dengan Si Dia Kekasih yang satu untuk mencurah segala isi hati. 

Walau sebanyak mana penjelasan diberikan kepada hati,  bahawa ia medan untuk menuju Si Dia, namun jauh di dasar hati itu, keyakinan tidak lagi seutuh suatu masa dahulu. Tiada lagi kemanisan atas setiap mas'uliyyah yang diamanahkan. Kerana jauhnya hati itu dengan Sang Penciptanya.

"Aku merindui saat itu, saat di mana, kehidupan hanya ada Allah dan Islam. Dan setiap satu perkara hanya berkisar kepadaNya. Setiap inci kehidupan adalah tentangNya dan setiap saat adalah masa berdua-duaan dengan Si Dia"
~bicara hati ini sendiri~

Monday, May 2, 2011

::IB EXAM::

Assalamualaikum,

Warkah ini kunukil buat semua adik2 KMB 09/11 yg bakal menduduki IB exam yg memang just around the corner..

Buat adik2 yg sentiasa dirindui,
tetapkan langkah kalian dalam melangkah ke medan ini,
Betulkan niat tatkala langkah itu dimulai,
Sandarkan segala permohonan dan pergantungan kepada Dia Sang Pencipta yg sentiasa murah dengan nikmat dan rahmat buat kita hamba-hamba yg kerdil ini.

Ku sedar, bicara ini mudah dituturkan , namun sukar dimanifestasikan,
namun sedarlah , kami juga pernah berada di posisi kalian,
kami juga pernah merasa debaran kalian,
dan kami tahu, perasaan itu tidak mampu diceritakan,
Ketahuilah, kalian sentiasa berada dalam ingatan kami,
dan kejayaan kalian sentiasa menjadi butir bicara dalam doa-doa kami,
Bersihkan niat dan sangkaan, dan melangkahlah dengan hati yang tenang,
dengan keyakinan yg mantap, terhadap diri kalian sendiri,
dan terhadap Dia, Yakinlah yg Dia bersama-sama kalian dalam setiap langkah itu.

InshaAllah, semoga kejayaan mengiringi kalian, di dunia dan di akhirat, ameen~

Maat taufiq wannajah!

::Hemah::

Manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, kerana kita bukanlah makhluk yang maksum seperti para nabi, yang sentiasa dalam peliharaan Allah, yang sentiasa mendapat teguran direct daripada Allah. 

Dan tidaklah pelik untuk manusia itu melakukan kesalahan, walau macam mana sempurna pun seseorang manusia itu pada pandangan kasar manusia. Kerana itulah kita disuruh untuk menjadikan Rasulullah saw itu sebagai ikutan, kerana baginda adalah contoh ikutan terbaik yang pernah ada untuk umat manusia.


لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ 
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah itu teladan yang baik, bagi orang yang mengharapkan Allah dan hari akhirat, dan banyak mengingati Allah. 

(Al-Ahzab;33:21) 

Atas kelemahan manusia itulah, Allah menggariskan manusia agar setiasa mengingatkan. Agar sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Kerana Allah tahu, manusia sangat senang terpengaruh dengan perkara-perkara dunia, dengan godaan syaitan, dan sangat senang utk dipengaruhi nafsu amarah. Apa kata Sang Pencipta dalam kalamNya :


 إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ . إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ 
Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugianKecuali orang yang beriman dan beramal salih, dan saling mengajak kepada kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.


(Al-Asr;103:2-3)


Allah menjelaskan bahawa manusia sentiasa dalam kerugian, ada seorang ni pernah share, katanya, default setting manusia tu sentiasa dalam kerugian, unless bila dia beriman, dan beramal soleh, dan saling mengajak kepada kebenaran dan menasihati dengan kesabaran. Betapa Allah dah gariskan pun, macam mana nak keluar dari kerugian tu. Dan memang jelas, perlu untuk kita saling mengingatkan kepada kebenaran. Apa pula kebenaran yang dikatakan? Hanya ada satu sahaja kebenaran dalam dunia ini, ISLAM. Dan perlunya untuk kita mengajak umat manusia kepada kebenaran itu semampu kita.

Dan petunjuk Allah tidak berhenti di situ sahaja. Dalam kita menyampaikan pesanan Allah ini, kebenaran ini kepada umat manusia yang kita cintai, Allah beri lagi bimbingan. Dan bimbingan Allah itulah yang paling dekat dalam kita ingin menawan hati manusia, kerana Dia yang menciptakan manusia, tentu sahaja Dia mengetahui setiap sesuatu tentangnya.


Apa pula kata Allah lagi dalam kita mengajak manusia kepada kebenaran yang satu ini:


ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ 


Serulah ke jalan Rab (Tuhan)mu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Rab (Tuhan)mu, Dia (Allah) jualah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan-Nya (Allah), dan Dia (Allah) jualah yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.
 (An-Nahl;16:125)


Secara fitrahnya, manusia memang sukakan kelembutan dan kebaikan. Dalam kita mengajak manusia, tidak dapat tidak, cara yang berhemah itu sangat perlu, kerana kita mengajak didasari dengan keimanan dan rasa kasih sayang kepada umat manusia ini. Kerana kita mahu sama-sama mengecapi kebaikan. Dan apa sahaja yang kita sampaikan akan mudah diterima , inshaAllah, dengan keizinanNya juga, jika umat manusia merasakan yang kita inginkan kebaikan buat mereka, kita inginkan keselamatan buat mereka, dan bukan kerana kita ingin menguasai mereka, bukan atas dasar ingin mempamerkan kehebatan atau kekuatan.


Dan sangat perlu untuk kita menyedari hakikat bahawa kelembutan itu sangat perlu dalam mendekati manusia, dalam berhujah dengan manusia, sedangkan apabila berbicara dengan Firaun sahaja Allah perintahkan agar Nabi Musa dan Harun berbicara dengan lembut, inikan pula kepada umat manusia yang lain, kelembutan itu satu kemestian.

فَقُولَا لَهُ ۥ قَوۡلاً۬ لَّيِّنً۬ا لَّعَلَّهُ ۥ يَتَذَكَّرُ أَوۡ يَخۡشَىٰ  

Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut

(Taha;20:44)

Hakikatnya, kena sering menyoal diri sendiri apabila kita berbicara, atas dasar apa bicara itu dilontarkan. Adakah didasari keimanan dan kasih sayang sesama manusia atau hanya kerana kepentingan sendiri semata-mata. 

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬

Dan hendaklah ada satu golongan di kalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat makruf (kebaikan) dan melarang perbuatan mungkar (kejahatan). Mereka itulah orang yang mendapat kejayaan (kemenangan). Dan janganlah kamu (menjadi) seperti orang  yang berpecah-belah dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan. Dan bagi mereka azab yang besar.

(Ali Imran;3:104-105)

Kita tak nak kerana kita, umat manusia berpecah-belah. Nauzubillahi min zalik! Dan kita tidak mahu kerana kurang berhikmah dan berhemahnya kita, timbul prasangka dan fitnah-fitnah kepada Islam ini. Wallahu a'lam


Sunday, May 1, 2011

::Smile::

http://nazhlia.wordpress.com


http://www.mdjunction.com

Today, I learnt that smile will always brings the heart to one feeling of calmness, even when you want to get angry, smile tone that down, allowing you to think rationally... Thank you Allah.. 

p/s: People view the world differently, but it is Allah's view point that is the most important, despite whatever people says..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah



Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...