Monday, January 16, 2012

::Bertawakkallah kepada Allah::

Bismillahirrahmanirrahim


Ada 1 kisah yang ingin dikongsikan kepada anda semua berkaitan dengan topik TAWAKKAL.

Di mesir, ada sebuah pemuda bernama Abbas Asisi. Dia bergabung dengan organisasi Ikhwanul Muslimin. Suatu hari, dia menziarahi Syeikh Hasan Al-Banna. Sedang mereka berbincang, Abbas Asisi menyatakan rancangannya lalu Al Banna berkata," mengapa kamu tidak mencuba untuk memasuki bidang ketenteraan.?"

"saya mempunyai masalah dengan mata dan saya rasasaya tidak boleh lulus dalam ujian menembak,"

"tidak apa, bertawakallah kepada Allah," kata Sheikh Al-Banna.

"Bagaimana saya akan bertawakal pada Allah sedangkan saya mengetahui ada masalah dengan mata saya,?"

"Justeru itu, bertawakallah kepada Allah. kalau matamu sihat, mungkin kamu akan bertawakal pada matamu."

Abbas Asisi mengikuti saranan Al Banna. Dia memohon untuk memasuki bidang ketenteraan. Di saat beliau menjalani ujian menembak, hatinya kembali diliputi keresahan. Tapi dia ingat pesanan gurunya itu. Maka beliau pun berusaha gigih dan menyerahkan kesudahannya pada Allah.
Ternyata, beliau lulus sebagai peserta terbaik dalam ujian menembak tersebut.

Terdapat 1 pengajaran penting dalam cerita diatas. Syeikh Al Banna mengingatkan Abbas Alisi bahawa jika matanya sihat, mungkin dia akan bertawakal pada matanya dan bukannya pada Allah.

Namun, itulah yang sering terjadi pada manusia sekarang. Kita lebih mengagungkan kebolehan dan keupayaan kita dalam melakukan sesuatu. Kita lupa bahawa pada hakikatnya, Allah lah yang menentukan segala yang berlaku dalam kehidupan didunia ini.

Nasihat Al Banna menyedarkan kita bahawa terhadnya kemampuan kita tetapi sama sekali tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk kita berjaya. Kita perlu untuk berusaha dan menyerahkan segala kesudahan kepada Allah.

Bertawakal kepada Allah ketika beramal pasti membuatkan jiwa anda berasa lebih tenang

Bertawakallah kepada Allah, pasti kesudahannya membuat wajah anda mengukir senyuman. Sekian


Source: 
http://www.facebook.com/pages/ALIFcz/357525990927861

Saturday, January 14, 2012

::Tetamu::

Bismillahirrahmanirrahim



Rasulullah SAW bersabda : 
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam."

[HR. Bukhari Muslim] 
"Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu."

 [HR. Dailami dan Anas] 
"Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut."

[Durratun Nasihin, hal 22] 
"Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka."

[HR. Hakim] 
"Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya."

[HR. Ibnu Abu Dunya] 
"Sesungguhnya, malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia."

[HR. Hakim dan Tarmizi]

Hari ini, menanti satu rombongan untuk tiba di Syifa' [nama rumah kami :)]. Menanti dengan hati dan tangan terbuka, semoga rahmat Allah turut bersama-sama mereka!

Tolong doakan kami nak exam minggu depan!

Tuesday, January 10, 2012

::Kenapa nak takut?::

Bismillahirrahmanirrahim

Disclaimer: Post ini adalah penceritaan kembali pengalaman saya semalam, maaf sekiranya tidak membantu memberi peringatan mahupun menambahkan iman.


Setelah berminggu-minggu bercuti musim sejuk, berjaulah, berprogram dan berjumpa akhawat serata tempat, semalam bermulalah kembali sesi persekolahan tahun ini! Yeay! sekolah!

Dan masuk je sekolah, terus kena buat physical examination pada patient, stress!

Saya jujur, saya memang stress sangat semalam, sepanjang hari hati ini berbolak-balik;

"nak pergi ke tak GP attachment tu? exam dah dekat, tak salah la kalau skip untuk study, dah la kena travel, jauh, buang masa" Hati berbisik-bisik sepanjang pagi.

Allah, memang tempting habis la nak skip. Dan memang ada pun ahli kumpulan yang skip, daripada 6 orang kami di GP centre tu, jadi 5 orang! Sampai sepanjang perjalanan sejam ke tempat tu, asyik terfikir-fikir, kenapalah aku tak skip je sesi kali ini. Aduh! lemahnya hati ini kan? Dan sempat hati ini berdoa,

"Ya Allah, Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buatku, dan boleh jadi apa yang aku tidak sukai ini yang terbaik buatku, terimalah mujahadahku ini"

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”  
(Al-Baqarah;2:216)
Dan sepanjang menunggu giliran bertemu patient untuk mengambil history dan buat physical examination, (orang yang terakhir pulak tu!) memang Allah je yang tahu betapa hati ini rasa berat sangat. Tak tahu kenapa?!

Sampai giliran, pergilah jumpa patient dan bersembang. Nak terbelit jugalah lidah kan, dah 3 minggu cuti dan tak bercakap Bahasa Inggeris langsung. Buka sekolah terus kena sembang dengan patient, kena cakap jelas-jelas. Dan lepas habis bersembang, kena buat physical examination, ya Allah, susahnya nak bagi simple instructions! asyik terkeluar medical terms je, kesian pakcik tu! asyik kena tanya balik je apa yang nak dibuat.

Feedback GP kepada saya - GP tanya balik, apa agaknya yang boleh buat lebih baik? Jawapan saya - Give simple instructions.

Ya! itulah dia jawapannya bukan. Dalam dakwah sendiri, kita diajar bercakap dengan bahasa masyarakat, dalam kita mengajak manusia kepada Allah, kita harus bercakap perkara yang mereka boleh relate kepada kehidupan, yang mudah difahami, kerana akhirnya, Islam itu cara untuk hidup dalam dunia ini.

Dan apa feedback GP tersebut pada saya?

"You have to be more confident of yourself! You know your stuff, and you are nice, you're gonna be a good doctor, so be confident in yourself!"

Allah, tersentak sangat masa tu! Kenapa nak takut-takut? Sedangkan Allah kata:
 “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. ” 
(Ali Imran; 3 : 110)
Kan...

 Kita ada Allah untuk membantu setiap masa, kenapa harus takut? Allah kata lagi dalam Al-Quran:

"Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia akan mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati"

(Al-Baqarah;2;112) 

Muhasabah hari pertama sekolah tahun 2012. Harap-harap akan kekal dalam hati dan jiwa sehingga membuahkan amal. Tolong doakan saya, memerlukan doa kalian!

Saturday, January 7, 2012

::Peringatan itu::

Bismillahirrahmanirrahim



Apa yang aku dapat semalam?

Peringatan yang cukup untuk membuatkan aku menangis, kerana hati ini sangat kotor.

Dua tugas manusia:
1. Hamba/abid
2. Khalifah

Abid, hamba. Bukan tatkala bersama manusia aku menunjukkan yang aku ialah hamba, abid kepada Allah. Abid ketika sendirian - tatkala tiada manusia, itulah masanya kita menundukkan diri kita kepada-Nya, menjadi hamba-Nya.

Khalifah ketika keramaian - tatkala bersama manusia, kerana khalifah tugasnya adalah mengajak manusia mengesakan Allah, menjadikan seluruh manusia tunduk kepada-Nya.

bukan terbalik, hanya menjadi hamba dalam keramaian dan khalifah tatkala sendirian, memikirkan apa yang harus dibuat seolah-olah hanya aku sahaja yang memikirkan masalah ummat, sedangkan ketika aku bersama akhawatlah masa untuk memikirkannya bersama-sama

Allah, mudahnya membicarakannya di dalam tulisan namun sukarnya untuk menjadikannya sebahagian daripada kehidupan.

Tuesday, January 3, 2012

::Iman dan Kehidupan - Part 2::

Bismillahirahmanirrahim

I M A N

Masih mencari-cari maksudnya. Iman bukanlah hanya tahu teorinya, tahu rukunnya dan dengan pengetahuan itu menjadikan kita orang yang beriman; Mukmin.

Keimanan itu perlu dapat diterima aqal sehingga ada tingkat keyakinan yang teguh kuat, tidak dapat digoncangkan oleh perasaan bimbang dan ragu. Kita perlu benar-benar yakin dengan Islam dan Allah sehingga kita tidak akan termangu-mangu jika disoal, kenapa kita buat itu, kenapa kita buat ini?

"sesungguhnya orang yang beriman itulah mereka yang beriman (percaya) kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu..."
(Al-Hujurat;49:15)

Keimanan itu, disamping pengetahuan dan pegertian yang kuat, perlu pula kepada ketundukan hati dan kepatuhan kemahuan, serta kerelaan menjalankan perintah dan keputusan dengan kejujuran hati.

Itu ayat Dr Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya , Iman Wal Hayah. Apa yang saya sendiri faham berdasarkan perenggan di atas adalah; dengan pengetahuan tentang konsep keimanan, perlunya kita menundukkan diri kita dan kemahuan kita kepada Allah. Kepatuhan kemahuan, memastikan kemahuan kita dilentur menurut syariat yang Allah tetapkan tatkala kita mengatakan kita beriman. Ia tidak cukup hanya tahu, ia perlu tahu dan buat. Namun, ia tidak cukup pula hanya tahu dan buat, ia memerlukan kejujuran hati, memerlukan hati itu rela dan benar-benar menginginkan Allah dalam setiap tindakan.

"Maka demi Tuhan engkau. mereka belumlah dinamakan beriman, sebelum mereka meminta keputusan kepada engkau (Muhammad) dalam perkara yang menjadi perselisihan antara mereka, kemudian itu mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap apa yang engkau putuskan dan mereka menerima dengan senang hati"
(An-Nisa;4:65)

"Ucapan orang yang beriman itu, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya untuk diputuskan perkara antara mereka, hanyalah mengatakan: "Kami dengar dan kami patuhi", dan itulah orang yang beruntung"
(An-Nur; 24:51)

Lagi tentang keimanan?

Keimanan itu bukan hanya tahu dan mengerti. Keimanan harus melahirkan semangat bekerja dan berkorban dengan harta dan diri, menepati kehendak iman dan kewajipan orang yang beriman.  Apa kewajipan orang yang beriman? Tentu sekali menunaikan solat, puasa, zakat dan haji seharusnya dalam top list kita!

Lagi?

Dengan keimanan, kita sepatutnya menjadi orang paling semangat untuk menuntut ilmu, kerana ia dituntut oleh Allah. Sepatutnya dengan keimanan kita menjadi orang yang sentiasa tersenyum dan suka membantu, kerana ia disukai Allah. Sepatutnya dengan keimanan, kita menjadi orang yang paling menjaga masa, kerana Allah membenci perbuatan sia-sia. Itu kalau dalam sehari-harian. Dan tentu sekali banyak lagilah pekerjaan dan pengorbanan yang kita boleh buat dalam hidup sehari-harian yang dengan hadirnya keimanan, ia adalah sesuatu yang kita sangat eager (semangat) nak buat.

Dan sepatutnya dengan keimanan, kitalah yang menjadi barisan hadapan dalam mengajak manusia ke jalan Allah, kerana ia sunnah terbesar Rasulullah s.a.w. Dan kitalah orang pertama yang menghulurkan bantuan berbentuk harta atau tenaga tatkala diperlukan, kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Semua ini sekadar contoh yang boleh dilahirkan oleh keimanan yang sebenarnya. Saya yakin anda semua lebih bijak mencungkil contoh-contoh lain lagi.

"Sesungguhnya orang beriman itu, apabila disebut nama Allah, hati mereka penuh ketakutan, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, keimanan mereka bertambah kerananya dan mereka menyerah diri kepada Tuhannya. Mereka mengerjakan sembahyang dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang sebenar-benarnya beriman"
(Al-Anfal;8:2-4)

Al-Quran memberikan garis pemisah yang jelas tentang orang yang beriman dan orang yang kafir dan munafiq. Bentuk budi pekerti yang baik dan amal yang berguna menjadi pemisah utama antara 2 golongan ini, kerana apa? kerana kedua-duanya lahir daripada keimanan kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan.

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman; mereka khusyu' dalam solatnya. Dan yang menjauhkan diri dari (perkataan dan perbuatan) yang tidak berguna. Dan yang mengerjakan perbuatan suci (membayar zakat) dan mereka yang menjaga kesopanannya"
(Al-Mu'minun; 23:1-5)

Sekarang, kitalah yang memilih, ingin berada dalam golongan yang mana? Keimanan yang sebenar-benarnya kepada Allah dan menjadi orang yang berjaya atau sebaliknya?

Yang saya faham setelah membaca bahagian ini, benarlah apa yang saya hafal dahulu, cuma ia bukan 3 elemen yang berbeza, keimanan perlu kepada ketiga-tiganya, dan tidak boleh kurang walaupun hanya satu.

Kita perlu percaya dan yakin dengan hati sehingga tidak mampu digoncangkan oleh sesiapa pun, dan keyakinan itu haruslah dizahirkan melalui percakapan dan perbuatan.

Keyakinan dan keimanan harus melahirkan amal, tidak lengkap satu tanpa satu yang lainnya.

Tidak cukup hanya percaya tetapi tidak beramal, pun tidak sempurna hanya melakukan ibadah dan amal perbuatan yang baik tanpa keyakinan yang teguh itu.

Dan tidak dapat tidak, keyakinan dan keimanan yang sempurna akan melahirkan amalan, kerana kita ingin memenuhi expectation Allah terhadap kita, itu yang pasti!

Selamat beramal semua orang! Semoga Allah memperbaiki iman kita setiap hari kita cuba mendekati-Nya!

p/s: maaf sekiranya apa yang saya faham salah, tegurlah saya kerana saya juga sedang belajar!




Sumber : Buku karangan Dr Yusuf Al-Qardawi, Iman wal Hayah (Iman dan Kehidupan)

Monday, January 2, 2012

::Iman dan Kehidupan - Part 1::

Bismillahirrahmanirrahim

Apabila berkata tentang keimanan, apa yang kita akan fikir? Iman dari sudut bahasa dan dari sudut istilah? Skema jawapan SPM? Mungkin. Mungkin juga tidak, tepuk dada tanya iman masing-masing, apakah definisi si dia iman itu?

I M A N

Mengikut definisi yang saya dapat daripada buku 'Iman Wal Hayah' (Iman dan Kehidupan) karya Dr Yusuf Al-Qardawi, iman adalah kepercayaan yang meresap ke dalam hati, dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-harian.


Saya ingat hafalan saya di zaman persekolahan dulu-dulu, definisi iman yang saya hafal ada 3 elemen;
(1) kepercayaan yang teguh di dalam hati,
(2) pengakuan dengan lidah dan
(3) perlakuan dengan anggota

Seingatnya inilah maksud iman yang saya hafal dahulu. Mungkin anda menghafal sesuatu yang lain, tapi bukan perbezaan itu yang saya ingin bawa pada hari ini.

Dr Yusuf Al-Qardawi menghuraikan iman lebih daripada itu;

Iman bukan hanya semata-mata pernyataan dengan lidah sahaja, mengatakan bahawa dia itu seorang mukmin (orang yang beriman). Kenapa? kerana banyaknya orang munafiq yang mengaku beriman namun tidak ada sedikit pun kepercayaan di dalam hatinya.

Apa kata Allah tentang ini?


"Dan di antara manusia itu ada yang menyatakan; "kami beriman kepada Allah dan hari akhirat", sedang yang sebenarnya mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan menipu orang-orang yang beriman,tetapi yang sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar"
(Al-Baqarah; 2: 8-9)
Iman juga bukanlah hanya mengerjakan amal yang biasa dilakukan oleh orang yang beriman. Kerana apa? Kerana orang munafiq juga banyak mengerjakan amal perbuatan yang pada zahirnya nampak seperti perbuatan yang baik dan beriman sedangkan hati kosong daripada rasa keikhlasan dan kebaikan itu.

"Sesungguhnya orang-orang munafiq itu hendak menipu Allah, dan Allah menipu mereka. Apabila mereka berdiri mengerjakan sembahyang, mereka berdiri dengan malas,  mereka riya' (mengambil muka) kepada manusia dan tiada mengingati Allah, melainkan sedikit sekali"
(An-Nisa; 4:142)

Dan Iman juga bukanlah semata-mata mengetahui erti dan hakikat iman. Kerana apa? kerana banyak juga orang yang tahu apa itu iman secara teorinya, tetapi tidak beriman.

"Mereka menyangkal (membantah) keterangan-keterangan (agama) Allah kerana dengki dan sombong, padahal hati mereka meyakininya..."
(AN-Naml; 27:14) 

""...sesungguhnya sebahagian dari mereka menyembunyikan kebenaran , padahal mereka tahu"
(Al-Baqarah;2:146)

Sangatlah tersentuh apabila membaca bahagian ini daripada buku karangan Dr Yusuf Al-Qardawi ini, kerana jelas bahawa keimanan itu tidak cukup dengan hanya yakin dan percaya. Atau cukup dengan tahu teori dan buat.

Jadi, apa itu keimanan sebenarnya?

Nantilah ye, selepas dibaca habis part seterusnya inshaAllah akan disambung lagi tulisan ini.

Tolong doakan saya agar saya istiqomah menulis sambungannya~

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...