Thursday, March 14, 2013

Doa dan Harapan

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya ber'whatsapp' dengan usrahmate di bumi Ireland, dan saya katakan padanya, saya merindui bumi Malaysia, saya merindui Kolej Maha Busy beserta kedamaian yang datang bersamanya. Saya merindui sentuhan-sentuhan murabbi pertama yang tanpa mengenal penat lelah membentuk kami yang masih baru belajar mengenali Ad-Deen ini.

Lalu apa jawapannya kepada saya?
"Takpe *i**. Kalau macam tu, sahabat takkan keluar dari Madinah kan?"

Tersentak saya sejenak.

Betulkan?

Tentu sekali sahabat ingin sentiasa bersama baginda Ar-Rasul setiap masa, mengutip mutiara-mutiara berharga daripada baginda yang datang terus daripada Sang Pencipta. Dan tentu sekali baginda Nabi ingin bersama sahabat-sahabat baginda, sahabat yang mempertaruhkan segalanya demi mempertahankan baginda dan agama yang dibawanya, sahabat yang membenarkannya saat semua manusia menidakkan kata-katanya.

Namun, apa yang terjadi pada tahun ketiga dan ke empat hijrah? Tragedi Yaum Ar-Raji' dan tragedi Telaga Ma'unah, saat baginda menghantar sahabat-sahabatnya untuk mengajarkan Islam kepada qabilah 'Adhal dan Al-Qarah yang meminta. (Fiqh Seerah 2 , karangan Al-Buti)

Baginda menghantar sahabat-sahabatnya tanpa mengetahui adakah mereka bakal kembali ke Madinah dengan selamat.

Begitu juga sahabat-sahabat yang pergi memenuhi tuntutan tersebut,
perginya meninggalkan bumi barakah, perginya meninggalkan Ar-Rasul tercinta, tanpa tahu bilakah Allah akan mengizinkan mereka untuk pulang semula.

Namun, semuanya jelas dengan satu tujuan, hak Allah perlu ditegakkan di bumi ini walau apa pun yang menuntut untuk dikorbankan.

Dan ukhti fillah itu sempat menitipkan kata-kata:
"Berjuanglah di mana pun. Jadikan kerinduan itu sebagai doa dan harapan"

Jazakumullahu khayran kathira ukhti fillah,  indeed, kasih sayang Allah itu sangat luas dan sangat lembut, saat diri terkapai-kapai, banyak sekali sapaan-sapaan mesra yang dihantar-Nya, alhamdulillah untuk segala nikmat ini, moga kita mampu saling menguatkan, dan saling mengingatkan, sehingga kita dapat bertemu dan belaga lutut lagi, suatu hari nanti, inshaAllah. Andai bukan di sini, kita buat temu janji kita di syurga, biiznillah!




2 comments:

NuR hANiS HaShiM said...

:'( dpd semalam ni..
mcm tau2 je..

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

:)

alhamdulillah, susunan Allah tu sgt cantik kan!

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...