Sunday, August 19, 2012

Eid Mubarak

Bismillahirrahmanirrahim

Disclaimer: Entri ini adalah luahan perasaan saya.

Malam raya, dapat sesuatu daripada usrahmate di Dublin :

"kita tinggalkan mereka kepada Allah; sebaik-baik penjaga
they are our great inspiration to be strong"

Dibesarkan bukan dalam keluarga yang menzahirkan kasih sayang secara terang-terangan, kami jarang menangis. Walaupun semasa arwah abang Naim meninggalkan kami, abah dan mama tak pernah menangis di hadapan kami adik-beradik.

Dan pagi ini, aku melihat mereka menangis; kerana aku sedang menangis. Walau pun abah tidak berkata dengan banyak, namun gerak geri dan suaranya jelas menunjukkan yang abah sedang menahan perasaan. Dan mama juga sedang menangis.

Mama abah, na mohon maaf atas segala salah silap na selama ni, halalkan makan minum na selama ni.




Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...