Bismillahirrahmanirrahim
Sedar tak sedar lama dah tak menulis, dah sebulan rupanya!
Allahu Allah, He is indeed The Best Planner~
Dua minggu ini, Allah uji dengan isu ukhuwah dan hati, dan satu tarbiyah Allah yang sangat terasa adalah, setiap urusan kita dengan manusia adalah reflection amal kita kepada Si Dia.
Andai kita tidak menjaga hubungan dengan Allah, maka senanglah kita melukai mereka di sekeliling kita, kerana setiap tindakan kita, setiap butir bicara kita, setiap pandangan mata kita, tidak dipandu oleh Allah.
Sangatlah terasa kebenaran kata-kata "hablu minallah wa hablu minannas" yang selama ini sering diperkatakan kerana dalam keadaan amal tunggang-langgang, saat itulah kata-kata yang terucap semakin kasar, bahasa yang digunakan semakin keras, dan hati manusia-manusia semakin terluka.
Pepatah Arab ada berbunyi :
"Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu"
Bersyukur atas apa yang dirancang Allah, walaupun nampak seperti musibah, namun kerananya setiap detik itu dimanfaatkan,
Alhamdulillah atas segala ketentuanMu wahai Tuhan pencipta alam. Jadikan kami semua hamba yang terus menerus mensyukuri setiap ketentuanMu.