[Disclaimer : Post ini adalah luahan perasaan]
Semalam kami berbulatan gembira, dan saya tutup dengan sekuntum ros buat setiap seorang mereka.
ye, ini memang salah satu ros tersebut :) |
MasyaAllah, hebatnya kesan sekuntum bunga kepada hati manusia!
"Dan berapa banyak tanda-tanda (kebesaran Allah) di langit dan si bumi yang mereka lalui, namun mereka berpaling darinya"
[Yusuf;12:105]
Begitu jugalah reaksi dua orang yang lain yang bersama saya dalam gerabak dakwah dan tarbiyah di bumi titanic ini.
Ya Allah, hebat sungguh kesan alam ciptaanMu buat makhlukMu bernama manusia.
Dan kisah dua hari ini membawa saya kepada satu kesedaran,
saya semakin kurang sensitif dengan keperluan-keperluan mereka di sekeliling saya.
saya semakin kurang manusiawi kepada mereka yang saya ingin bersama di syurga nanti.
saya semakin kurang memberi perhatian kepada sisi-sisi lain selain sisi thaqafi dalam dakwah dan tarbiyah
"sometimes i forget, that my mutarabbi is also just a human being like me :)
and how i like to be treated is how i should treat them :) "
Moga Allah terus membimbing kita dalam setiap inci kehidupan kita, dan semoga kita menjadi rahmat buat mereka di sekeliling kita, kerana itulah Islam diturunkan, menjadi rahmatan lil a'lamin (rahmat kepada seluruh alam)