Hari Jumaat lepas bergerak untuk satu program di London, dan pagi sabtu barulah terbaca dan dikejutkan dengan kemalangan seorang akh fil Islam di Malaysia, sungguh, memang tidak pernah mengenali akh tersebut secara berdepan.
Lantas, berita perkembangan kesihatan akh tersebut masuk bertalu-talu di dalam whatsapp, Allah!
Dan pagi sabtu itu diwarnai dengan bermacam-macam perasaan, gembira, cemburu, sedih, terharu, kagum. Akhirnya akh tersebut dijemput Allah dalam keadaan satu dunia menangisi pemergiannya.
Dan minggu berlalu dengan sangat cepat. Namun, satu yang pasti, cemburu dengan akh tersebut, seluruh dunia menangisi perginya si dia, dan tahu apa yg paling dicemburui?
Semua orang menjadi saksi terhadapnya,
terhadap amal-amalnya mengajak manusia kepada Allah,
terhadap tanggungjawab syahadahnya.
Dan semua menangisi pemergiannya,
hatta langit Malaysia dan langit London turut menangisi pemergiannya pada hari tersebut.
Dan saat semua menyatakan penyaksian terhadapnya,
saat semua orang menyatakan kebaikannya,
dia sedang berbahagia di sisi Tuhannya,
dan kata-kata pujian itu tidak sedikit pun akan merosakkan amalannya,
tidak sedikit pun akan masuk ke dalam hatinya,
tidak sedikit pun akan menimbulkan riak dalam dirinya,
kerana dia sedang berbahagia di sana,
kerana dunia bukan lagi tempat persinggahannya,
kerana dia telah pun bergerak ke destinasi akhir cintanya,
meninggalkan kita yang masih di sini untuk terus berlari mengejarnya.
[credit] |
Antara jiwa-jiwa yang terasa kehilangannya: