Bismillahirrahmanirrahim
Aku tinggalkanmu di sana
bukan kerana aku memang menginginkannya
namun kerana itu takdirNya
Aku tinggalkanmu di sana
walaupun mungkin bekal belum terasa mencukupi
walaupun mungkin engkau bakal terasa sendiri
walaupun mungkin engkau bakal menangis sendiri
Namun yakinlah wahai sayang,
Aku tinggalkanmu dalam jagaanNya
Aku tinggalkanmu di sana
kerana Allah meyakinimu
kerana Allah lebih tahu
bahawasanya engkau mampu berdiri sendiri
engkau mampu tanpa diriku di sisi
memacu dakwah bumi itu
Andai engkau perlu
aku sentiasa di sini
menghantar doa dan ingatan
walaupun kita tidak bersama di bumi itu lagi
tapi kita tetap bersama dalam doa rabitah hati
*untukmu :)