Bismillahirrahmanirrahim
Dari Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."
[HR Bukhari]
"Tiap-tiap ucapan anak Adam menjadi tanggung jawabnya, kecuali menyebut nama Allah, menyuruh berbuat makruf dan mencegah kemungkaran."
[Sunan Ibnu Majah]
Memang susah untuk kita diam, susah untuk kita mengikut saranan berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Ditambah dengan manusia yang memang senang terpengaruh dengan perasaan. Namun kerana itulah saranan ini banyak didapati dalam Islam. Bak kata pepatah Melayu, kerana mulut badan binasa, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.
Untuk itu, ini motivasi daripada baginda Rasulullah saw,
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Menarik apabila memerhatikan interaksi antara manusia dan bagaimana manusia sangat-sangat terpengaruh dengan perasaan dalam berkata-kata. Membuatkan kita berfikir kita pula bagaimana jika berhadapan dengan situasi yang sama, terpengaruhkah kita dengan perasaan dalam berkata-kata. Sejujurnya terbit perasaan iri hati dengan mereka yang memang Allah jadikan pendiam dan kurang berbicara. Tetapi, Allah kira mujahadah dan usaha, kan?? Jadi tidak salah berusaha untuk membaikkan bicara dan usaha untuk diam lebih banyak lagi. JOM!