“KMB tutup!! Yeay!! Cuti seminggu…”
Kedengaran jeritan-jeritan kegembiraan di kalangan warga KMB… Aku?? Buntu? “Nak balik ke x ni?”, monolog dalaman sendirian. Dengan HP yang masih di alamanda, macam mana nak buat ni.. nasib baik Dibah offer nak g sama, bermula lah perjalanan dari KMB ke ampang pada 6.45 petang,31 julai 2009.
Setelah berkali-kali menelefon teksi, namakanla, teksi banting, teksi dengkil, operator, sumenye xdapat.. last2 kami decide, tunggu jela teksi kat bus stop depan tu (±1km dr kmb), apalagi, bergerak la kami berdua dengan membawa 2 beg seorang. Sampai kat pakcik guard, “pakcik, tau xnombor teksi banting”. Terdetik untuk bertanya, namun hampa kerana pakcik guard tidak mengetahuinya. Suddenly ade lak teksi nak kuar dari kmb, pakcik guard yang tlg tanye ada x nombor teksi lain, memang Allah nak mudahkan kami, tesi tu memang nk ke alamanda, penumpang cume 2 org. kami pun naik la.
Sampai kat alamanda, terus g solat, then amik hp. Dibah nak g beli tudung, kami pun g la beli tudung. Setelah bermanja dengan HP yang sangat2 dirindui, terpisah selama seminggu, tiba2...
bip* (*bukan bunyi sebenar)
“Perempuan yang baik akan dipasangkan dengan lelaki yang baik.. insyaAllah… ;)”
Hati ini terus tertanya2 apakah maksud msg ni sebenarnya. Dan sampai sekarang hati ini masih lagi tertanya2. Kenapa msg itu yang dihantar. Hati ini cuba utk tidak terasa. Dibuang rasa marah itu jauh2. Teringat ayat dalam Al-Quran;
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” ( An-Nur : 28 )
Kehadiran msg tu membuatkan diri ini berfikir. Jauh fikiran melayang memikirkan sedalam-dalamnya Apakah ini yang perlu aku runsingkan. Mencari seorang lelaki untuk dijadikan teman hidup. Adakah ini yang aku inginkan sekarang. Terlayar kembali saat berkenalan semula dengan Dia. Betapa tenangnya kehidupan di saat itu. Betapa hati ini telah membulatkan tekad utk terus berada di jalan ini. TIDAK. Bukan ini yang aku mahukan. Hati ini, jiwa ini, adalah milik-Nya. Dia yang berhak. Cinta ini hanya untuk-Nya.Hanya Dia.
“Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati”
(Al-Baqarah : 112)
Terima kasih buat yang menghantar msg tersebut, walau apa pun niat anda sebenarnya. Diri ini merasakan bahawa anda ingin menenangkan hati ini supaya tidak risau tentang soal jodoh. Mungkin ada salah faham antara kita. Mungkin Allah memilih anda utk mengingatkan diri ini yang sedang hanyut dalam kehidupan dunia supaya kembali membetulkan kompas hidup. Mengingatkan bahawa masih byk tggjwb yang perlu diselesaikan sebelum memikirkan perkara2 seperti itu. Tarbiyah Allah memang sangat halus dan cantik. Kan? Buat sahabat yang sudi mendengar luahan hati ( saudari tahu siapa saudari bukan? ) terima kasih juga kerana melayan kerenah sahabatmu yang terlalu memikirkan yang bukan2 ini..( dan juga terlalu beremosi!! )