mungkin sesiapa yang baca tajuk post kali ni mesti gagal menangkap apakah persamaan antara dua benda ni; gula dan H1N1.. mungkin cuma orang yang menulis ni sahaja yang merasakan perkaitannya..
mengenang kembali saat H1N1 menjadi berita hangat di kaca TV, diri yang duduk terpencil di KMB enggan merasakan betapa 'real' nya wabak tersebut....jarang sekali apa yang digembar-gemburkan oleh media massa itu sehebat apa yang diberitakan...ahh... semuanya akan kembali tenang dalam masa beberapa minggu lagi.. itu la apa yang tedetik di benak hati ini...
mengenangkan hal itu, terasa lucu pula setiap kali dilihat ada warga KMB yang memakai mask... apalagi bila 'tablemate' sendiri mengatakan bahawa mereka kelihatan seperti power rangers.. hati ini ketawa sendirian.. ditambah pula dengan perbuatan tidak bertamadun warga kmb yang membuang mask di merata2 tempat.. tiada harganya memandangkan mask tersebut diperolehi secara percuma...itulah manusia, tidak pernah tahu menghargai nikmat yang diperolehi....semuanya membuatkan H1N1 nampak seperti sekadar gurauan...sehinggalah.........
khamis malam jumaat; saat itu, barulah terasa bahawa H1N1 memang ada.. semua berlaku dgn sgt cepat....mlm itu, suhu badan semua pelajar direkod..malahan semua yang demam turut dikuarantin.. dan esoknya, KMB ditutup...sedangkan hati ini dan fikiran ini masih gagal utk menerima kenyataan tersebut... masih berkira2 utk pulang ke rumah dgn rasa tidak percaya..terdetik dalam hati di saat itu; "owh, H1N1 memang 'real' rupanya"
kisah gula pula bermula setelah diri ini disuruh mama utk membeli barang2 keperluan rumah.. xpela..alang2 dh nk beli brg2 utk balik KMB, leh la beli sekali.. dengan xde perasaan nye pergila ke pasaraya Billion... abis amik brg2, carilah mana gula... "auntie, gula kat mana ek?"..terdetik utk bertanya kepada seorg sales lady(xtau la wujud ke x perkataan ni) setelah puas berpusing2 mencari gula.. "gula kat kaunter dik".. setelah mengucapkan terima kasih, berlalulah ke kaunter...membayar dan membeli gula sekaligus(multi-tasking skills learnt in KMB)...
"gula xde la dik"; kakak yg jage kaunter menjwb bila ditnye.. alangkah kecewanya hati ini..namun dipaksa juga senyuman terukir di bibir....
nak dijadikan cerita, pencarian diteruskan di kedai runcit yang berdekatan utk bertnye ttg gula.. setelah 4 kedai dilewati, akhirnya dapat juga lah membeli satu paket gula..itu pun kerana pekedai mengenali ibu....
diri ini tidak pernah merasakan bahawa krisis gula itu satu masalah sehinggalah ia terpaksa dicari di 4 kedai dan hanya mampu dibeli satu paket sahaja...
persamaan kedua2nya adalah mereka menjadi 'real' apabila diri ini yang mengalaminya sendiri...teringat daurah 'SAYONARA JAHILIAH' yang diberi oleh kak Zai di KMB dulu.. betapa kita beriman dgn Jepun walaupun kita tidak pernah melihatnya kerana kita melihat barang2 buatan Jepun, kita melihat orang Jepun...padahal kalau difikir secara TOK nya, itu cuma perseption...kita percaya kewujudan Jepun kerana terdapat bukti2 kewujudannya....
kita juga perlu merasa yg sama bila berkaitan dgn Allah... utk kita rasa 'real' nya Allah, kita perlu rasa bhwa Dia ada di saat kita memerlukanNya... carilah Dia di saat susah dan senang.. kembalikan semuanya kepada-Nya....
utk renungan diri ini dan yang sudi membaca......
7 comments:
hehe, ingatkan Gula penyebab jangkitan H1N1. risau jugak bila baca topik tadi.. mana tau fakta baru.
tu la..mesti org ssh nk nmpk perkaitannya.. itu la rssenye bila org ignorance hadapi masalah, bru nk rse..(berckp utk diri sendiri sbb trlalu xkisah dgn dunia luar)
tak paham la...memang tak der kaitan...aida...apakah???huhu...da nak balik..perjuangan bermula!!
alaq....ia cuma dirasai oleh org yg menulis shj..hehehe..xsbr gak nk balik sebenarnye wpon hwrk xsiap...coz rse lemah nk lwn nafsu kt umah....
i like this post..
kita xnmpk selagi kita xrasa sndiri
aida..aku dpt result exam ari ni..kna repeat 2subjek
sgt sedey tp ak yakin Allah uji aku utk bwat lbh baik
dan nikmat lbh baik akn menyusul kemudian
doakan kejayaan aku di sini dan bwat yg sama utk kamu=)
insyaAllah itu cuma ujian Allah utk hambaNya yang Dia syg... mungkin kita xnmpk tp ada benda yg lebih baik yg Dia tgh rncg utk kita...kn.. atau Allah nk kuatkan kita utk hadapi cabaran akan dtg yg lagi hebat.. cra tarbiyah Allah tu kan halus... kita sama2 saling menguatkan ye Bella....
salam...
Terasa something pada entri kali ini..satu relationship yang benar dan dibenarkan..
Post a Comment