Thursday, March 8, 2012

:Maaf atas kekejaman ini::

Bismillahirrahmanirrahim

Disclaimer : Post ini adalah luahan hati, mungkin tidak membantu menambahkan iman kepada sesiapa yang membacanya~

Pernah tak terasa anda bersikap kejam terhadap manusia lain yang anda sayang?

Itulah apa yang saya rasa sekarang. Dalam keadaan si dia sedang berusaha mencari jalannya, membina dirinya, dia dibebani dengan berbagai-bagai perkara yang tidak sepatutnya difikirkannya buat masa sekarang.

Seperti seorang anak yang sedang membesar, tetapi dibebani dengan masalah kehidupan yang tidak sepatutnya difikirkan pada umurnya ketika itu. Memaksa dia menjadi dewasa sebelum waktunya.

Tarbiyah itu panjang, dan ia panjang kerana ia adalah jalan yang selamat. Namun, ada masanya, tarbiyah di suatu tempat menuntut kita menjadi matang lebih awal daripada usia tarbiyah kita. Acuan tarbiyah kita memang tidak akan sama seperti acuan tarbiyah orang lain, namun, kita sepatutnya bermula di medan paling asas, medan bersama manusia. Medan yang menuntut kita mengamalkan semua teori yang kita belajar sepanjang umur tarbiyah kita. Bukan disibukkan dengan hal-hal selainnya, bukan disibukkan dengan ragam-ragam yang tidak sepatutnya.

[credit]


Buat si dia, maaf andai hak itu tidak tertunai, kerana diri ini juga manusia. Maaf kerana gagal memberikan iklim yang selesa untuk kalian membesar seperti yang sepatutnya. Maaf andai diri ini tidak mampu menjadi seperti yang sepatutnya. Moga Allah membalas setiap kesabaran kalian dengan ganjaran-Nya yg tentu sekali lebih hebat daripada seisi dunia.

1 comment:

~ Pelaut Rabbani ~ said...

Penulis yang baik adalah penulis yang akan mengalir padanya pahala ketika tidur. Teruskan bertinta. :)

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...