Friday, August 28, 2009

Tatkala tarbiyah menyapa

“Kenapa buat Ira macam ni? Apa salah Ira?” Tanya Ira kepada Adi.

Adi terus mendiamkan diri. Dia tahu dia tidak ada jawapan kepada soalan Ira, yang dia tahu dia lebih menyayangi Alia. Alia yang muncul dalam hidupnya setahun lalu. Walaupun telah setahun berkawan dengan Alia, Adi tidak pernah menunjukkan tanda-tanda yang dia mempunyai kawan perempuan lain. Ira tidak pernah mengesyaki Adi kerana dia sgt mempercayai adi.Ira tahu tentang kewujudan Alia, namun dia tidak pernah mengesyaki apa-apa kerana Adi mengatakan bahawa hubungan mereka hanyalah sebagai adik dan abang angkat.

Melihatkan Adi yang mendiamkan diri, Ira nekad untuk melupakan Adi dan dia terus berlalu pergi. Adi hanya melihatnya tanpa berbuat apa-apa. Inilah yang dia inginkan - kebebasan untuk meneruskan hubungannya dengan Alia secara terang-terangan.

Memori bersama Adi berlayar diingatan Ira. Titis-titis air mata mulai berjujuran di pipinya.Ira terus menyeka air mata itu dan membulatkan nekadnya. Adi akan dilupainya buat selama-lamanya. Itulah nekadnya dan itulah matlamatnya.Namun manusia tidak sempurna, kenangan bersama Adi akan bermain di fikiran Ira dan air mata dengan mudahnya akan mengalir lagi.

“Aah!! Murahnya air mataku ini”, monolog Ira sendirian dan dengan pantas dia akan menyeka kembali air matanya. Namun, melupai Adi bukanlah sesuatu yang mudah. Hubungannya bersama Adi telah menjangkau setahun 7 bulan. Malah dia telah mengenali Adi selama lebih 5 tahun.

Ira cuba menyibukkan dirinya dengan kerja2 rumah. Sekiranya dia telah menyambung pengajiannya, tentu segalanya akan menjadi lebih mudah. Namun, Ira sedang bercuti kerana menunggu keputusan peperiksaan SPM yang akan diumumkan pada bulan Mac nanti. Tambahan pula kehidupannya selama ini berkisar kepada Adi sahaja. Ketiadaan Adi memang dirasai Ira.

-Januari-

-Februari-

-Mac-

setelah tiga bulan berlalu.....



~bersambung~

setakat merepek2 je.. kalau sudi teruslah membaca sambungannya kelak..

13 comments:

alaq ashiqin said...

ukhti...adakah mental anda sihat???
kepelikan ternyata..jangan lupe balik ahad nie!!
jiwang2 pule...

...zUlaIkHA... said...

haish...td bru offer wat cerpen..
ni dye plak dah kuarkan dulu...

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

alaq:

bisa2 aja kamu bilang aku begitu... enggak deh!

hehe...insyaAllah ana balik ahad ye syg.. jiwang2 pun sama kamu saja kok!!


zulaikha :

hehe...nk bg semangat kat awk utk tulis la...awak juga yg mintak utk post baru..kn?

Amin Rukaini Mustafa said...

Wah, bagus, teruskan berjinak-jinak dengan sastera!! Sastera ibarat agen revolusi minda masyarakat, adakala boleh dijadikan kritikan sosial, adakala juga boleh dijadikan contoh teladan. Bagus!!! Teruskan!! Ana sokong!

aisyah ismail ♥ said...

wah wah alhamdulillah.. ni rupa2nya bakat terpendam aida eh hehe.. teruskan menulis.. moga bermanfaat untuk semua.. x sabar lak akak nk tunggu sambungannyer =)

p/s: assignmt sume dh siap lom nih? hihi

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

amin rox:

rse cam segan lak dibaca oleh org yg hebat dlm penulisan...bru first time tulis jd jgn gelak ek..... merepek je tu...

kak aisyah ismail :

erm...ntah la akak..ni merepek je...xtau la kire bakat ke apa... soalan p/s tu rsenye akak pon tau jwpnnya...hehe..

alaq ashiqin said...

ukhti..takpe2...ana bagi chance..tulis2...slamatr berjaya!!hehe...
tapi rasenye kene tambah metaphores banyak2 sket la...
baru ader seni kesusteraan...
bab nie jiha terer..

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

tu la psl..nk kena bekerjasama dgn die pule la maknanye... hehehe... syukran utk sokongan...

Amin Rukaini Mustafa said...

betul kata alaq, jangan takut bermetafora dalam penulisan sastera. masukkan unsur2 sombolik, alusi, personifikasi n lain2, penulisan akan nampak lebih hidup. Maksud yg tersirat juga dpt dipapar.. :)

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

jzklh atas nasihat yg diberi..insyaAllah aida cuba praktikkan.. hehe... sebenarnya main tulis je ni.... jd phm2 la ek..

~AiMaLSyauQiyaH~ said...
This comment has been removed by the author.
atTahirah said...

salam..
aida... orang ckp..
biasenye ape yg ditulis oleh seorang pengarang adalah hasil corakan daripada pengalaman sndri..
maka...
adakah ini jua adalah satu pngalaman idup aida?? hehe
aida bleh jd alia kot...
(sorry sbb mngarut kt ruang aida..)
jgn sumpah org gemuk2 lagih =P

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

hehe...adakah aida jht smpi mcm tu?

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...