Sunday, September 27, 2009

Menanti cinta datang menyapa~



"Cintailah seseorang itu sekadarnya,
kerana dia boleh menjadi orang yang engkau benci
dan bencilah seseorang itu sekadarnya,
kerana dia boleh menjadi orang yang engkau cintai"
(hadith)

cinta itu fitrah manusia,
tapi persoalannya ialah bagaimana kita menghadapinya
tatkala cinta menyapa...

"dan sungguh perempuan itu berkehendak kepadanya(yusuf).
Dan Yusuf pun berkehendak kepadanya,
sekiranya dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya.
Demikianlah Kami palingkan darinya keburukan dan kekejian.
Sungguh, dia (yusuf) termasuk hamba Kami yang terpilih"

(surah Yusuf : 24)


sekadar ingin berkongsi perasaan
bukanlah salah mempunyai rasa itu,
namun ia juga bukan sesuatu yang patut dilayan
bilamana ia sering difikirkan
muncullah bisikan2 syaitan


"sesungguhnya orang2 yang bertakwa apabila mereka
dibayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari setan,
mereka pun segera ingat kepada Allah,
maka ketika itu juga mereka melihat (kesudahan2nya)"

(Surah Al-A'raf : 201)



p/s : terima kasih kepada kawan2 kerana sudi menjawab soalan2 pelik tatkala hati dilanda gelisah. terima kasih juga atas jawapan2 yang menyedarkan kembali siapakah yang lebih berhak ke atas perasaan ini.

Buatmu ukhti tersyg, terima kasih kerana sudi melayan soalan tersebut. saya xtau awk akn bace post ni ke x tapi jzklh kerana sering mengingatkan saya~





Lelaki sudah xdiperlukan??

ni nukilan amin rox, rse mcm nak share dgn sume org..

SILA KLIK SINI..

Friday, September 18, 2009

Raya??!



Mengenangkan UKCAT yang terjadual 17/9 (semlm)
memang xleh nk wat hwrk lgsg walaupon tertimbun dlm bilik,
Mama dan Abh seolah2 memahami,
membiarkan diri ni membuat latihan2 yang merepek tu..
sempat membantu hanya bab2 memasak dan
tidak menyepahkan rumah(bukan mengemas pon)
Mama siap amik cuti lg nk teman ke penang amik test tu,
namun, rencana Allah, xleh sesapa nk tolak,
mungkin ada sebab Allah rencanakan begitu...
"sorry, ur test need to be rescheduled, the system is not updated"
Ya Allah, xtau nk gambarkan perasaan
setelah menempuh perjalanan selama 2 jam
dari perak ke penang,
terasa cuti yg mama amik sia2
"maafkan nana mama",hati berbicara sendiri

baiklah, tinggalkan UKCAT
hak kepada keluarga masih tidak tertunai
gara2 memikirkan UKCAT
terasa hati mementingkan hal2 dunia
terasa terbazirnya memikirkan benda yang xpasti
teringat buku La Tahzan
jgn memikirkan perkara lepas,
jgn juga memikirkan perkara akan dtg
hiduplah utk saat ini
manfaatkanlah masa yg ada sepenuhnya

~switching mode~ NOW!!


p/s: bukanlah sbb nk raya, tp inilah masa utk bersama keluarga,
mereka mempunyai hak ke atas kita,
tunaikanlah hak itu
(peringatan utk diri sendiri)

Wednesday, September 16, 2009

Bicara Allah buat hamba-Nya

Kenapa ujian seberat ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan dengan kesanggupannya"
(Al-Baqarah : 286 )


Rasa frust ?
"jgnlah kamu bersikap lemah dan
jangan pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang2 yg paling
tinggi darjatnya jika kamu orang beriman"
(Al-Imran : 139)


Bagaimana harus aku hadapinya ?
"dan mintalah pertolongan dgn jalan yang
sabar dan mengerjakan solat dan sesunngguhnya
solat itu amatlah berat kecuali orang2 yang khusyuk"
(Al-Baqarah : 45)


Apa yg aku dpt drpd semua ini?
"sesungguhnya Allah membeli drpd org mukmin
diri dan harta mereka dgn memberikan syurga
bagi mereka "
(At-Taubah : 111)


Aku dh xtahan !!
"dan jgnlah kamu berputus asa terhadap
rahmat Allah. sesungguhnya tiada yang
berputus asa drpd rahmat Allah kecuali
kamu yang kafir"
( Yusuf : 87 )


selamat bermujahadah dan selamat merebut malam2
terakhir ramadhan. semoga bertemu dengan malam itu.




~adaptasi drpd mesej sahabat tersayang
jzklh kerana menguatkan diri yang lemah ini~

Saturday, September 12, 2009

Berlalunya tanpa menunggu~




ya Allah,
layakkah aku bertemu dengan-Mu
sedangkan rahmat-Mu ku biarkan berlalu
ibarat angin yg hanya menyapa
tanpa wujud kesan laluannya

ya Allah,
rindukah aku akan pertemuan dengan-Mu,
bibir hanya tahu menutur bicara,
sedangkan hati??
hati yang mencintai dunia
lebih dari segala2 nya
hati yang cuba utk mencari-Nya
tapi masih terbelengu dan terpenjara
sesak dengan keseronokan
alpa dengan kegembiraan
penuh dengan cinta sementara


ya Allah,
aku malu dengan-Mu
betapa ku biarkan Ramadhan kali ini berlalu begitu sahaja ,
kosong,
sedang bulan rahmat,
nikmat yang Kau berikan,
aku sia2kan,
sibuknya aku dengan urusan dunia,
sedangkan bicara demi bicara,
seolah2 yakin akan rezeki ketentuan-Mu
namun keyakinan tidak melahirkan tindakan,
betapa aku ini hamba yang derhaka,
hamba yang hina,
hamba yang hanya tahu meminta-minta

akan bertemukah aku denganmu lagi wahai Ramadhan
berkesempatankah aku bertemu denganmu wahai Lailatul Qadar
masih adakah waktu utkku
merebut kasih-Nya yang hakiki
mendidik jiwa agar terus mencari
melembutkan hati dan sanubari
dengan penghujung yang kian menghampiri

Ya Allah,
hati ini ingin mencintai-Mu
jiwa ini ingin menjadi milik-Mu
belilah hati ini dengan cinta-Mu
ikatlah jiwa ini dengan kasih-Mu
pertemukanlah aku dengan-Mu di sana kelak
aku berpegang dengan janji-Mu ya Allah
selangkah aku mencari-Mu
sepuluh langkah Engkau menghampiriku
berjalan aku kepada-Mu
berlari Engkau kepadaku
itu lah janji-Mu
janji yang hakiki





Monday, September 7, 2009

Tatkala tarbiyah menyapa -bahagian 2

Hari inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu. Hari inilah juga yang ditunggu oleh Ira. Hari di mana semua usahanya akan membuahkan hasil. Ira melangkah dengan yakin menuju ke sekolahnya. Ibu bapanya juga datang bersamanya. Pada malam sebelumnya Ira telah melakukan solat hajat seperti kebiasaannya untuk memohon kepada Yang Maha Kuasa supaya memberinya kejayaan di atas usahanya selama ini. Ira merupakan bekas pelajar sekolah berasrama penuh, dan melakukan solat hajat telah dijadikan kebiasaan olehnya sejak berada di tingkatan 4 lagi. Walau apa pun hasilnya pada hari ini, Ira pasrah kerana dia tahu dia telah berusaha dan kini dia hanya menyerahkan kepada Allah untuk menentukan segalanya. Dan dia yakin bahawa keyakinannya tidak akan sia-sia.

“Alhamdulillah”, bisik Ira sendirian.

Ira berlari keluar dewan untuk memberitahu ibu dan ayahnya. Melihatkan keputusan Ira ibunya terus memeluk Ira dan Ira membalas pelukan itu. Tidak terlintas di fikiran ira yang ibunya akan menangis melihat keputusannya. Itulah saat yang paling bahagia bagi ira kerana ibunya tidak pernah mengatakan bahawa ingin melihat kejayaan ira. Namun, sejak memasuki sekolah berasrama ini, Ira memang telah bernekad untuk memberi sebuah kejayaan kepada ibu dan ayahnya dan ira sangat bersyukur bahawa hubungannya dengan Adi tidak sedikit pun merosakkan keputusannya. Adi. Nama itu sekali lagi muncul di fikirannya. Bagaimana agaknya keputusan peperiksaan SPM Adi? Soalan yang bermain dibenak hati Ira setelah mendapat keputusannya. Namun untuk bertanya terasa berat sekali kerana takut disangka ingin menunjuk-nunjuk. Tambahan, hatinya masih belum pulih sepenuhnya dengan apa yang telah terjadi. Lantas ira membiarkan soalan itu tanpa jawapan.

Malam itu, lama ira berteleku di atas sejadah – memanjatkan kesyukuran kepada Illahi. Hatinya berasa tenang sekali. Dia sangat bersyukur di atas kejayaan yang diperoleh dan kegembiraan yang dilihat terpancar pada wajah ibu dan ayahnya masih terbayang di matanya. Itulah kegembiraan sebenar. Yang memberi kegembiraan kepada yang melihatnya. Ira teringat satu ceramah yang didengarnya di televisyen, melihat wajah ibu dan ayah merupakan salah satu daripada 5 ibadah tengok, di mana melihat 5 perkara ini, Allah akan memberi pahala. Antaranya ialah melihat Al-Quran, melihat air zamzam, melihat alam, melihat kaabah dan yang terakhir ialah melihat wajah ibu dan ayah. Begitu pemurahnya Allah dalam memberi pahala dan memberi ketenangan kepada hamba-hambaNya.



bersambung~

Friday, September 4, 2009

batu2 kecil di perjalanan

kadang kala hati merasa
siapakah aku dalam perjuangan ini?
adakah hanya sekadar membawa fitnah
kadang kala lidah kelu utk berkata2
sedang hati punya butir bicaranya

kenapa tidak diri ini kuat?
sedangkan hanya duri yang tertusuk
lantas keluhan rasa bergema ke udara

usah bicara tentang perjuangan
jika bisa digoyah angin lalu
belum lagi digegar gempa
atau disapa ombak menggila

mengapa hati ini terasa lemah?
tatkala di layang KATA2
bukankah memang fitrah
manusia itu punya kelemahan
punya kesilapan dalam perhitungan
punya khilaf yang tersimpan
justeru itu dicanang sebagai alasan
Ahh!! bukankah mereka hanya tahu berbicara
kita juga pernah begitu
sehingga hakikat sama dirasa
namun, mampukah kaki utk terus melangkah
bibir terus mengukir senyuman
pena terus menitipkan kata2
setelah tersungkur,terguris dan terluka



Tuesday, September 1, 2009

terawih pertama di KMB....


mengenangkan IA Math yg tidak disiapkan lagi, alaq mengajak utk balik awal... dh abah nk antar adik balik mrsm ari isnin, setuju la dgn cdgn alaq... terjejakla kaki ke kmb pd ari ahad pukul 10.30 pg...

mlm tu, kami (6 org warga blok E) bergegaslah ke surau An-Nur utk solat terawih memandangkan kami melihat agak ramai pelajar lelaki telah pun pulang ke kmb...(mungkin dgn alasan yg sama dgn kami)

yg lawak nye, xde lgsg lelaki...jdi kami pun buka la sume tirai supaya dilihat lelaki bhwa kami sdg berjemaah utk solat isyak.. benar lah, masuk rakaat ke 3, masukla beberapa bdk lelaki... ati bersyukur apabila terdetik utk membuka tirai.... selesai solat isyak, berlari lah kami ke luar, takut2 bdk2 lelaki tu dh balik, malangnye, mereka telah pun msuk tahiyat akhir solat isyak di bhgian tepi surau.. Ya Allah, geramnye dlm ati, abis solat jemaah kami!!!! (tyme ni igt batal solat jemaah, namun ati ragu2 gak sbb pernah dgr xbtl, setelah mendapat kepastian drpd yg pakar, ternyata x batal, alhamdulillah la)

pastu kami turunkan tirai, dan mereka pun msk... ni ayt dorg... "korg dh solat terawih?".. (padahal baru dlm 10 minit azan isyak).. imam solat kami pon tnye, korg solat jemaah ke tadi?.. dorg jwb "haah"... dengan selambanya, yg paling lwk jwpn slh sorg dri kami yg terlampau geram dgn mereka.. "yg korg bodoh sgt kenapa, x nmpk kami tgh solat jemaah?".. mungkin kerana xmampu menahan perasaan geram... pergaduhan di balik tirai surau an-nur.... sampai ade statement kuar..."korg ni gaduh macam kat Kisas, di sebalik tirai"

kami pon bersolatla terawih.... rakaat pertama dan kedua, pace masih lagi ok.... selepas salam, tnpa selawat sume, terus imam angkat takbir... terdgr la bisikan2 dri pihak kami..

"tak pela, dorg ikut sunnah rasulullah kot, xde selawat"

masuk rakaat ke3 n ke4, dgn bcaan yg cepat..seolah2 dikejar anjing....

selesai bg salam, terus takbir lg... apalagi, bisikan2 lain mula kedengaran..

"xpela, mungkin dorg ade byk homework kot"

"dorg segan kot, kita kan senior" (bdk2 lelaki tu junior)

selesai 8 rakaat dalam masa lebih kurg 15 minit... kami xmampu menahan ketawa pabila melihat muka alaq setiap kali selesai imam memberi salam... seolah2 enggan percaya dgn apa yg telah terjdi...

memikir kan kembali apa yg terjadi dan bagaimana kami2 ini cuba utk husnuzon dgn mereka, rasa lawak sgt... pengalaman btol... mungkin Allah nk mengajar kita utk bersangka baik...

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...