Monday, May 24, 2010

::Kerana sebuah pagar::



Nabi Muhammad s.a.w berdoa:

"Wahai Tuhanku, aku pohon daripadaMu kasihMu,
dan kasih mereka yang kasihkanMu,
dan aku pohon amalan yang boleh menyampaikanku kpd kasihMu.
Wahai Tuhanku, jadikanlah kasihMu lebih dicintaiku daripada diriku,
daripada keluargaku dan daripada air yang dingin."

(HR Tirmizi)


* * * * * * * * * * * * * * * * *




Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

"ketika Allah telah menciptakan syurga, Allah berfirman kepada Jibril,
'Pergilah, lalu lihatlah syurga itu.' Malaikat pun pergi dan melihat kepadanya.
Kemudian ia datang dan berkata:
'Wahai tuhanku, demi keperkasaan-Mu,
tidaklah seseorang mendengarnya
melainkan ingin memasukinya.'
Kemudian syurga dipagari dengan ketidaksenangan.
Dan Allah berfirman. 'Wahai Jibril, pergilah dan lihatlah kepadanya.'
Ia pun pergi dan melihat kepadanya, kemudian ia datang dan berkata;
'Wahai Tuhanku, demi keperkasaan-Mu, sungguh aku khuatir tidak ada seorang pun akan memasukinya'

Nabi melanjutkan:

"ketika Allah menciptakan neraka, Dia berfirman: 'Pergilah dan lihatlah kepadanya.'
Ia pun pergi lalu melihat kepadanya, kemudian datang seraya berkata:
'Wahai Tuhanku, demi keperkasaan-Mu, tidaklah seorang yang mendengarnya lalu ingin memasukinya.'
Lalu neraka dikelilingi dengan kesenangan
dan Allah berfirman:
'Wahai malaikat, pergilah dan lihatlah kepadanya.' Ia pun pergi lalu melihat kepadanya, kemudian datang seraya berkata:
'Wahai Tuhanku, demi keperkasaan-Mu, sungguh aku khuatir tiada seorang pun tersisa melainkan memasukinya."

(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'i dan Ahmad)


* * * * * * * * * * * * * * * * *


betapa indahnya syurga itu sehinggakan kalau kita mendengar tentangnya , semua hati akan tertarik untuk memasukinya. tetapi Allah pagar syurga itu dengan ketidaksenangan. kerana apa? itulah ujian yang Allah nak beri kepada hamba2-Nya. Kesusahan tu bukan lah main syurga tu, hanya pagarnya sahaja. Benda sipi2 je. tapi cukup untuk buat malaikat khuatir takkan ada orang yg nak masuk syurga. sedangkan malaikat pun risau, maknanya ketidaksenangan tu memang susah. tapi cukuplah dengan keinginan nak masuk syurga yang best tu jdi bekal kekuatan untuk terus kuat menolak ketidaksenangan tu untuk mencapai syurga yang hakiki. inshaAllah.

dan betapa dahsyatnya neraka sampai malaikat kata kalau org dengar ttgnya, sure org xnk masuk. memang kompem org xnk masuk neraka kan. Malaikat pun dah cakap. Tu baru dengar, belum lihat lagi pun dh taknak. Tapi Allah pagar pulak dengan kesenangan. Kesenangan yang memang best tahap mega la kot sebab cukup untuk buat malaikat khuatir takkan ade orang yang terkecuali dari memasukinya. And again. pagar yang menyebabkan orang terjerumus masuk dalam neraka tu. Pagar, benda yang sipi sahaja.

betapa perlunya untuk kita terus mujahadah dalam mencari redha Allah tu. syurga Allah tu memang susah nak capai. InshaAllah, semua orang taknak terjerumus dalam neraka kerana pagar tu. hanya kerana sebuah pagar. Dan taknak juga kehilangan syurga kerana sebuah pagar juga. Ayuh kawan2, mujahadah sepanjang cuti ini untuk memanfaatkan nikmat kelapangan masa yang Allah beri kepada kita. Semoga amalan yang kita buat dapat menyampaikan kita kepada kasih-Nya, inshaAllah.


~Mode: Mujahadah~


2 comments:

atTahirah said...

Salam dear..
hmmm mekasih ats peringatan nih..
tinggalkan KMB, n tak jumpe geng kungfupanda rase cm kering sngt2.. cm duk tgh2 padang pasir.. at least dgn bace tulisan awk nih... alhamdulillah bkn lah fatamogana yg sy nmpak, but real peringatan... peringatan utk utuhkan pagar mujahadah...
doakan agar kite same dpt lalui pagar kesukaran utk brjumpa lg di syurga milik Nya, and smoga sy nih tak merempuh keasyikan utk neraka Nya.. krn skrg bnyk kali dah terlanggar pagar2 neraka itu...

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

~L.H

wasalam..
hmmm..terasa jiwa ni sgt kosong..dan xmampu nak kuat untuk melawan...tgh cuba utk mujahadah.. inshaAllah kita same2 berdoa..saya pon dh byk kali dh lggr pagar2 tu...tu yg tulis mcm ni agar igt....
(tp mcm xberjaya jugak)

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...