Setelah agak lama menyepi, jari-jemari dah kaku nak tekan keyboard komputer,
bukan salah jari , sebab bergeraknya anggota badan atas arahan hati,
hatilah yang menguasai tubuh badan dan segala anggotanya,
dialah raja segala pergerakan,
kerana itu, baiknya hati, baiklah seluruh jasad manusia,
"ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh jasadnya, dan jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati"
HR Bukhari dan Muslim
betapa hati ini dah tak mampu nak melahirkan kata2 yang membekas di jiwa,
seluruh anggota dah tidak mampu untuk terus bergerak,
kerana hilangnya himmah yang selama ini memberi tenaga,
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai-bagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "kapankah datang pertolongan Allah?". Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat"
QS: Al-Baqarah; 2:214
Pertolongan Allah itu dekat. Kena yakin je. Dunia ini sementara. Pun kena yakin juga. Nak kata, memang hidup katakanlah paling-paling lama pun 70 tahun kan, (average la kiranya), sangatlah lama jika kita nak fikir secara lahiriahnya. Namun, kalau nak kira dengan akhirat, yang eternal tu, everlasting tu. forever tu, sangatlah sedikit jika kita nak compara.
kalau buat calculation pun boleh tau:
(kalau salah concept orang math boleh tolong betulkan, ni apa yang dibelajar sebelum ni, tapi level biasa-biasa je, inshaAllah dimudahkan konsepnya)
kehidupan dunia dibahagikan dengan kehidupan akhirat , sangatlah tidak bermakna, 0, kalau markah ni la yang paling kita taknak, (unless kalau ada negative marking), tapi dalam pemarkahan biasa, sangatlah kita taknak nombor ni.. begitulah dunia, tidak dinafikan 70 tahun itu lama. tapi lama lagi hidup di akhirat sana. nikmat lagi hidup di sana. bahagia lagi hidup di sana.Sedangkan kosong, tiada apa-apa. Nothing. No thing at all.
kehidupan akhirat pula kalau dibahagi dengan kehidupan dunia, dapat 1. Satu yang pasti. Sesuatu yang memang wujud. Bukan khayalan semata-mata. Sesuatu yang memang Allah janjikan. Dan kenikmatan hidup di sana, memang akan melenyapkan semua derita yang pernah kita rasa di dunia yang sementara ini, berapa lama pun kita berada di dalamnya, betapa beratnya ujian kita, betapa besarnya musibah yang melanda kita, akan hilang begitu sahaja, ibarat angin lalu, saat melangkahnya kita ke dalam nikmat Allah yang abadi itu, MasyaAllah! hebatnya dan agungnya Allah~
"Bukankah ayat-ayat-Ku (ayat-ayat Allah) telah dibacakan kepada kamu, tetapi kamu tetap mendustakannya?. Mereka berkata: "Rabbana (wahai Tuhan kami)! Kami telah ditewaskan oleh kejahatan kami, dan adalah kami kaum yang sesat.” Rabbana (wahai Tuhan kami)! Keluarkanlah kami daripadanya, maka jika kami kembali juga seperti dahulu, sungguhlah kami orang yang zalim.(Allah berfirman): "Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku (Allah).Sesungguhnya, ada segolongan daripada hamba-hamba-Ku (Allah) berdoa (di dunia): "Rabbana (wahai Tuhan kami)! Kami telah beriman, maka ampunkanlah kami, dan berikanlah rahmat kepada kami, dan Engkau (Allah) adalah yang sebaik-baik memberi rahmat.Lalu kamu menjadikan mereka (orang yang beriman) bahan ejekan (orang kafir), sehingga lupa kamu (orang kafir) mengingati Daku (Allah), dan adalah kamu selalu mentertawakan mereka. Sesungguhnya Aku (Allah) memberikan balasan kepada mereka (orang yang beriman) pada hari ini, kerana kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang menang.(Allah) berfirman: "Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi? .Mereka menjawab: "Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang yang (pandai) menghitung.(Allah) berfirman: "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar sahaja, kalau kamu mengetahui."
QS: Al-Mukminun;23: 105-114
Adakah kita tidak ingin mengambil pengajaran, mahukah kita menjadi antara hamba-hamba Allah yang berbicara begini di hadapan Allah. Na'uzubillah!
Syaitan menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu melakukan kejahatan, sedangkan Allah menjanjikan keampunan untuk kamu dan (juga) kurnia-Nya (kurnia Allah). Dan Allah adalah al-Wasi’ (Maha Luas), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui).
QS: Al-Baqarah;2:268
Peringatan untuk diri sendiri, yang masih mencari himmah dan kekuatan untuk terus melangkah di saat ini. Sangat tidak mampu untuk bangun, namun pendeknya masa yang ada, tidak membolehkan anggota terus dibiarkan kaku tanpa sebarang amal. ayuh hati, berikan arahan yang seterusnya dan pandulah jasad ini ke arah redha-Nya! InshaAllah!