Saturday, December 31, 2011

::Attached::

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini hari terakhir dalam tahun 2011 mengikut kalendar masihi. Pernah beberapa minggu sebelum berakhirnya tahun ini, aku berazam untuk menulis sehingga 200 post. Sepertinya gagal mencapai azam tersebut, Allahu Allah~

Pagi ini, aku teringat abah dan pesanannya:

"Never get attached to materials and things" 

Pernah abah membicarakan itu kepadaku. Aku gagal memahaminya pada saat itu, iya lah, kalau kita ada sesuatu benda, nak-nak baru pula, takkanlah tak sayang, betul tak? Dan kini, saat aku sendirian di bumi Inggeris ini, aku mula memahami bait kata itu. Abah bukanlah memaksudkan agar aku tidak menjaga barang yang aku ada sehingga boleh dicampak begitu sahaja, namun abah ingin mengajarku bahawa semua itu adalah pinjaman dunia semata-mata, dan Allah boleh mengambilnya pada bila-bila masa yang Dia suka.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah engkau dilalaikan oleh harta dan anak-anakmu untuk berdzikir kepada Allah"
(QS. Al Munafiqun: 9) 

"Dunia ini terlaknat dan isinya penterlaknat pula, kecuali yang berdzikir kepada Allah serta mengikuti dzikir tadi, juga orang yang berilmu agama serta orang yang menuntut ilmu agama tadi terbebas dari laknat"
(HR Turmidzi)

Mungkin abah tidak bermaksud sehingga begitu, aku juga tidak tahu, tapi aku bersyukur atas peringatan dan didikan mereka berdualah yang menjadikan aku seperti aku sekarang. Walaupun banyak sangat kelemahan yang sebenarnya atas sebab diriku sendiri, namun cara aku melihat dunia banyak dibentuk oleh nasihat-nasihat daripada mereka, yang dalam sedar atau tidak, mereka hanya bersahaja ketika berkata-kata kepadaku tentang kehidupan dunia yang sementara, tidak terlalu memaksa agar aku menerima, namun aku lihat segalanya dalam tindak-tanduk mereka sehari-harian.

Dan semakin aku berjalan di jalan ini, semakin aku mengagumi mereka, mereka mungkin tidak bersama-sama aku di sini, namun, setiap kata-kata mereka, setiap tindakan mereka,  sangat memaknai Islam yang mereka fahami, sedang aku? Berapa banyak tafsir surah yang telah aku pelajari, namun sebanyak mana pula amal yang lahir daripadanya? Berapa banyak ilmu yang bakal menuntut haknya di akhirat kelak?

Ya Allah, pimpinlah aku ke arah keredhaan-Mu, dan mereka yang bersama-sama denganku, ameen~

Thursday, December 29, 2011

::Lake District Conquest::

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Setelah beberapa hari pulang dari Perhimpunan Musim Sejuk (PMS) di Lake District, Ambleside. barulah jari jemari ini tergerak untuk menukilkan satu coretan di sini.

Sungguh, tarbiyah Allah itu boleh datang daripada pelbagai cara. Walaupun tidak berpeluang mendengar pengisian daripada muwajih-muwajih yang didatangkan khas daripada pelbagai tempat, namun, tarbiyah Allah tetap dirasai, alhamdulillah atas perasaan itu.

Seronok sangat melihat jiwa-jiwa yang tersentuh dengan Allah dan Islam, dan sungguh, aku sangat merindui perasaan itu, dan boleh kukatakan, aku sedikit cemburu dengan mereka yang mendapat perasaan itu. Bersyukur dan gembira buat mereka, tetapi sangat terusik kerana aku tidak berpeluang merasainya juga.

Sepanjang jaulah dari bumi Titanic ke bumi Birmingham, dan akhirnya ke Manchester sebelum bergerak menuju ke Ambleside, tarbiyah Allah sepanjang perjalanan sangatlah hebat. Ya, hanya kepada Dia aku bergantung. Manusia akan datang dan pergi, namun aku masih di sini. Jalan ini tidak memerlukan aku, namun akulah yang terhegeh-hegeh ingin berada di sini. Kalau kerana manusia aku ingin berada di sini, mereka bisa berubah hati, namun aku ingin terus di sini!

Jazakumullahu khayr akhawat 'kedai kopi ukhuwah'! Kalian menyegarkan dan menyedarkan kembali hatiku ini. Sungguh, kehadiran kalian adalah rahmat daripada-Nya, hadiah daripada-Nya buat diri ini!

Friday, December 16, 2011

::F A I T H::


Bismillahirrahmanirrahim

[credit]

Allah knows, He always does...
And He always know what is best for you...
So don't ever doubt what has happened...
And move forward to do the best you can with it!


[credit]
Pause... if you think you need it...
but never forget that test is parts and puzzle of life...
He send you to it...
He will be there to guide you through it...
inshaAllah~



Ya Allah, 
fikiranku sangat celaru kala ini, 
sangat buntu kala ini, 
dan sangat resah kala ini. 
Aku mohon petunjuk-Mu, 
untuk menghadapi hari-hari mendatang.
Ameen~ 


Thursday, December 15, 2011

:: C I N T A ::

Bismillahirrahmanirrahim

Disclaimer : Post ini adalah luahan perasaan saya, tidak bertanggungjawab sekiranya gagal memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca.

Cinta. Agaknya apa yang muncul dalam kepala kita bila kita sebut hal cinta?

Petang tadi, dalam perjalanan pulang dari hospital, saya terfikir sesuatu... sesuatu tentang cinta.

Setiap muslim pasti ada impian ingin mempunyai pasangan yang soleh/solehah.

Kalau yang berbulatan gembira, kita ingin pasangan yang mampu mendokong kerja dakwah kita, menguatkan kita, menarik tangan kita tatkala kita futur, yang akan memahami bahawa masa kita, harta kita, bahkan jiwa dan nyawa kita diinfaqkan hanya kepada Allah dan Islam.

Kalau saya sendiri,tatkala masa lemah itu datang, saya ingin mempunyai pasangan yang mampu kuatkan saya tatkala saya buntu ingin melangkah ke mana, ingin melangkah bagaimana? Yang boleh menjawab persoalan-persoalan yang timbul dalam fikiran saya.

Namun, perjalanan balik daripada hospital tadi, satu perkara yang terlintas di fikiran saya :

Adakah saya benar-benar telah meletakkan pergantungan saya kepada Al-Khaliq, pencipta saya? Bukankah Allah akan mencabut pergantungan saya terhadap manusia sehingga saya mampu bergantung hanya kepada-Nya? Dan adakah saya telah benar-benar telah berharap hanya kepada-Nya? Atau saya masih mencari pergantungan terhadap manusia?

Mungkin perkara ini tidak boleh diaplikasikan kepada semua manusia begitu sahaja. Anda tahu diri anda bagaimana. Tapi untuk saya, saya tahu saya masih belum cukup melumatkan dalam hati saya, mendarah-dagingkan dalam kehidupan saya bahawa hidup saya hanya untuk Allah, dan pergantungan saya hanya kepada-Nya, dan segala yang lain akan tersusun cantik di tempatnya setelah dua perkara ini selesai dalam diri saya.

Tolong doakan saya, saya sangat memerlukan doa kalian. Cikgu saya yang saya sangat sayangi pernah cakap, kita sebenarnya hidup atas doa orang lain, jadi jangan pernah berbangga atas setiap kejayaan yang kita kecapi.

[credit]

[credit]

Thursday, December 8, 2011

::Saya::

Bismillahirrahmanirrahim


"Seseorang yang bercampur dengan manusia dan bersabar dengan gangguan mereka adalah lebih baik daripada manusia yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan gangguan mereka" 
[Hadis sahih]

Hari ini, saya merasa satu perasaan halus dalam diri. Dalam kita menjalani hari-hari dalam kehidupan yang sementara ini, kita tidak dapat tidak, akan  berhadapan dengan manusia.


Hari Rabu lepas, semasa berbulatan gembira dengan adik-adik yang sangat comel dan riang, saya perasan satu perkara, saya melihat diri saya dalam mereka. Setiap seorang daripada mereka. Kenapa saya cakap macam tu? Sebabnya saya memahami kenapa mereka mengatakan mereka fobia berkawan dan super sensitif. Saya memahami, kerana saya juga begitu. Saya juga takut untuk berkawan dengan manusia, kerana saya takut dan malas nak menghadapi pelbagai ragam dan kerenah yang saya sendiri tidak tahu sama ada saya mampu untuk menerimanya. Dan saya memahami apabila berbicara dengan salah seorang mereka suatu masa dahulu kenapa mereka hanya ingin bekerja di makmal (baca: lab). Ini kerana bekerja sendiri tidak memerlukan kesabaran untuk menghadapi manusia. 


Allah. Betapa perasaan itu pernah suatu masa dahulu begitu kuat mencengkam saya dan kini saya melihat perkara yang sama pada manusia-manusia yang saya sayangi di sekeliling saya. Terasa seperti melihat kehidupan saya di layarkan kembali di hadapan mata.


Di sinilah tarbiyah telah mengubah saya. Teringat kali pertama mengenali tarbiyah ini, dan pengalaman pertama mendekati manusia. Allahu akbar. Sangat amatur bila difikirkan. Memikirkan Allah tidak menjadikan manusia hidup bersendirian, walaupun sebenarnya hidup sendirian tu sangat best! (sekiranya kita tidak memahami apa tujuan kita diciptakan T_T)


Tarbiyah mengajar saya bahawa kita hidup bukan untuk diri kita semata-mata dan kerana itu, kita pasti akan bergaul dengan manusia. Kita tidak dapat tidak pasti akan bermuamalat (berurusan) dengan mereka. Dan dalam pada itu, kita pasti perlu bersabar dalam menghadapi setiap perkara yang menyalahi prinsip dan values yang kita pegang dalam hidup kita.


Kala ini, apa yang saya belajar ini betul-betul di uji.

Muayashah (hidup) dengan manusia benar-benar menguji adakah saya benar-benar hadam apa yang saya belajar sebelum ini. 


Benar-benar memahami yang saya hidup untuk berbakti kepada manusia. 


Benar-benar meminta saya untuk bersabar dan menerima bahawa setiap manusia berbeza dan setiap manusia mungkin mempunyai matlamat hidup yang sama dengan saya, tapi mungkin pembawakan matlamat tersebut dalam kehidupan sangat-sangat berbeza dengan saya. 


Kala ini, saya bukan perlu mengubah orang lain, sebaliknya diri saya untuk menerima manusia seadanya, sebagaimana mereka menerima saya seadanya. 


Dan sekiranya manusia pun tidak menerima saya seadanya, saya perlu tanamkan untuk menerima manusia sebagaimana Allah menerima saya dengan setiap dosa dan maksiat yang saya lakukan.


Sungguh, saya sangat sensitif kala ini, dengan setiap butir bicara yang dilontarkan kepada saya. Dan saya masih sedang cuba sedaya upaya untuk mendarah dagingkan bahawa saya hidup untuk berbakti kepada manusia. 


"jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilemparkan buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah" 
Saidina Abu Bakar As-Siddiq


Sungguh, saya masih manusia yang penuh dengan kesalahan dan kelemahan, yang terkadang masih terasa dengan perkara-perkara biasa. Kerana itu, saya memohon maaf atas setiap kesalahan yang saya lakukan dalam proses saya sedang belajar kala ini. 

Monday, December 5, 2011

:: cahaya ::

Bismillahirrahmanirrahim

"Aku mengadu kpd guruku, Waki', akan kesusahanku menghafal. Maka dia menasihati supaya aku tinggalkan maksiat. Ketahuilah ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yg melakukan maksiat"

[Imam Syafie]

[credit]


Mungkin....inilah yang menghijab pengetahuanku sepanjang aku berada di bumi Inggeris ini. Maksiat dan dosa yang penuh dalam hati. Menghalang ilmu Allah untuk masuk ke dalam hati dan menjadi amalan.  Ilmu untuk kehidupan dunia dan ilmu untuk bekalan di sana yang kekal abadi.

Thursday, December 1, 2011

:: kita berbeza.. tapi serupa ::

Bismillahirrahmanirrahim


[credit]



Semenjak dua menjak ni, memang sangat senang terasa dengan manusia. Setiap bait-bait kata pasti ada je yang menusuk ke dalam ruang hati paling dalam. Terfikir, "sebenarnya aku ke yang masalah? Mesti la kan, apa-apa pun, mestilah diri sendiri dulu, ke tak?? "

Saat-saat macam ni, teringat kata-kata seorang kakak (yang dirindui selalu) semasa di Malaysia suatu masa dahulu, "awak kena faham, tak semua orang dibesarkan dalam suasana awak dibesarkan, mungkin awak rasa benda tu perkara yang sepatutnya semua orang tahu dan buat, tapi mungkin itu bukan didikan dia di rumah"

Hmmm, mungkin... selalunya, perkara yang saya rasa ia adalah common sense, norma yang sepatutnya semua orang tahu, apabila ada orang tidak boleh mengaplikasinya dalam kehidupan, saya jadi tertekan sendiri, saya jadi geram sendiri, dan saya memendam perasaan, sehingga saya tidak mampu untuk melakukan apa-apa kerja kerana asyik memikirkannya (seperti sekarang). Namun saya terlupa, manusia itu berbeza, dan kita perlu mengakui perbezaan itu, dan menyambutnya. (celebrate the difference)

Allah menjadikan semua manusia itu berbeza bukan?  Dan apa yang kita perlu lakukan adalah mencari titik persamaan itu, ibarat kaum Muhajirin dan Ansar juga sangat-sangat berbeza, namun mereka boleh bersatu di bawah satu payung, ISLAM! Aqidah yang menyatukan manusia adalah satu ikatan yang paling mulia dan tidak akan putus, inshaAllah. 

Peringatan untuk diri sendiri kala ini. 

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...