Tuesday, November 27, 2012

Allah knows~

Bismillahirrahmanirrahim

Allah Knows by Zain Bhikha

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows


P/s : Please keep praying for our brothers and sisters in Palestine, Syria, Afghanistan and so many other places in the world. Silence is not an option

Monday, November 26, 2012

Tarbiyyah dan Islah

Bismillahirrahmanirrahim

Tarbiyyah itu satu proses. Ia proses membentuk manusia mengikut acuan Allah.

"Sibgah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibgahnya dari sibghah Allah dan hanya kepada-Nyalah kami menyembah." 

(Al-Baqarah: 138)

Ia adalah proses membuang karat-karat jahiliyyah yang masih bersisa di dalam diri.

JOM! telusuri kisah dua sahabat; Bilal bin Rabah ra dan Abu Dzar ra.

Abu Dzar memanggil Bilal dengan gelaran "wahai anak hitam" lalu Bilal yang terasa hati mengadukan hal tersebut kepada Ar-Rasul. Lantas, apa kata baginda?

"Ketahuilah Abu Dzar, sesungguhnya kamu asal usulnya adalah orang jahiliyyah sebelum masuk Islam, dan sesungguhnya dalam diri kamu masih ada sisa-sisa jahiliyyah"

[mahu baca kisah penuh? klik sini]

[credit]


Andai kita ingin membuang karat yang ada pada pisau, kita perlu asah ia dengan batu pengasah.
Andai kita ingin membuang karat pada besi, kita perlu kikis besi tersebut.
Andai besi boleh mengadu, tentu sahaja ia akan menjerit kesakitan, kerana ia adalah proses yang menipiskan tubuh besi tersebut, kerana apa? kerana karat-karat itu telah menjadi sebahagian daripada dirinya.

Begitu jugalah manusia dalam kehidupan sehari-harian, sebatinya jahiliyyah itu sehingga terkadang kita juga gagal menyedari bahawa ia adalah jahiliyyah. Terkadang kita kurang sensitif dengan perkara-perkara yang telah menjadi rutin dalam kehidupan kita selama kita bernafas di bumi Allah ini.

Namun, ia bukan alasan untuk tidak berusaha, bukan sebab untuk tidak cuba untuk mengislah diri ke arah yang lebih baik.


Wallahu a'lam



[Mode: Sakit]

Thursday, November 22, 2012

Sapaan~

Bismillahirrahmanirrahim

Lama rasanya tidak merasa sentuhan lembut dan sejuk di dalam hati saat sesuatu terjadi.

Saat perasaan itu datang, Allah sedang mengingatkan.

Saat perasaan itu datang, Allah sedang meluruskan.

Saat perasaan itu datang, Allah sedang menyuruh agar niat itu dibersihkan.

Ya Allah, moga kisah saidina Ali ra di medan perang menjadi iktibar.



P/s: terasa cantik sungguh dan halus sungguh susunan takdir Allah. Baru sahaja berbincang tentang tidak ada titik pertemuan antara Muslim dan Kuffar, dan baru sahaja berbincang tentang segalanya hanya untuk Allah, dan kini, Allah beri lagi peringatan tentang itu.

Tuesday, November 20, 2012

Tersenyum Pahit

Bismillahirrahmanirrahim


"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (jika mereka berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"

(Al-hujurat; 10)

 "Abu Hamzah, Anas bin Malik ra menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda, 
"Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri" 
(HR Bukhari dan Muslim, Hadis 40 karangan Imam Nawawi)

Beberapa hari lalu, ditanya mengenai isu boikot McDonald, dan bagaimana kita harus bereaksi kepada mereka yang mempersendakan kita yang sedaya upaya mengetengahkan isu Gaza dan boikot ini.

Allahu Allah..

Soalannya ialah, bagaimana kalau orang datang kepada kita dan buat muka bangga mengatakan beliau makan McDonald sebentar tadi. Lantas mempersendakan post-post yang kita letak di FB tentang Gaza dan McDonald dan yang sewaktu dengannya.

Tak tahu nak tersenyum pahit atau sedih atau terkilan ketika membaca email tersebut.

Isu Gaza dan Palestine ini isu aqidah.
Isu Syria adalah isu aqidah.
Isu India adalah isu aqidah.
Isu Kashmir adalah isu aqidah.
Isu umat Islam di mana-mana adalah isu aqidah.

Kerana apa? Rasulullah saw kata tidak sempurna iman seseorang andai ia tidak mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya. TIDAK SEMPURNA IMAN andai kita tidak peduli kepada mereka. Iman siapa? IMAN KITA!

Walaupun sering kita katakan,

"aku makan tapi tak semestinya aku tak peduli" .

Actions speak louder than words. Kita boleh katakan sebanyak mana pun kata-kata tersebut. Namun andai ia hanya bermain di bibir, tepuk dada tanya iman.

Apa kita rasa andai saudara kita, abang kita, kakak kita, abang sepupu kita, sumbang duit kepada pencuri untuk beli pistol untuk tembak kita? Apa kita rasa kepada mereka ini? Tentu kita akan tertanya-tanya, bersaudarakah kita ini?

Andai abang kakak kita beri wang untuk beli bom yang digunakan untuk bom rumah kita? Apa kata hati kita?

Nah! inilah yang sedang kita lakukan kepada saudara-saudara kita di sana.

Atau, adakah isunya sekarang kita tidak merasai mereka itu adalah sebahagian daripada keluarga kita? sebahagian daripada saudara kita? yang disatukan dengan ikatan aqidah? yang tiada ikatan yang lebih kuat daripadanya di mana-mana di dunia ini? yang ikatannya paling suci kerana disatukan dengan tali Allah?

Allah. Andai itulah perasaannya, tepuk dada tanya iman. Adakah iman itu mengenali saudara-saudaranya?

Ya, isu boikot ini isu bermusim, namun lebih baik bermusim daripada tidak ada usaha langsung. Keperihatinan itu perlu kepada pengetahuan, dan keperihatinan itu perlu kepada didikan hati. Kita perlu mendidik hati kita untuk mengambil berat. Tidak salah untuk bermula sekarang, better late than never bukan? Allah tidak melihat kepada hasil, tapi Allah melihat kepada usaha kita.

Email daripada salah seorang penderma daripada Malaysia melalui Aqsa Syarif,


Kepada Tuan Admin Aqsa Syarif, saya telah menderma sebanyak RM12.00. Harap Tuan dapat menerima derma sekecil ini. Ini kerana saya seorang penganggur. Hanya itu sahaja yang saya mampu. InshaAllah, ada rezeki lagi, saya akan menderma. Jikalau saya seorang jutawan, akan ku derma sebanyak mungkin. Namun ini cuma angan2ku,cita2ku. Namun, dengan izin Allah jika suatu hari nanti aku mampu, akan ku derma ke saudara2 ku di sana dengan sebanyak yang mungkin. Amin Amin Ya Robbal Alamin. 

Hamba Allah.

Persoalannya. Kita bagaimana??
Tepuk dada tanya iman!



Wallahu a'lam. Tegurlah jika ada salah.

Wednesday, November 14, 2012

Gaza Under Attack

Bismillahirrahmanirrahim

Baru balik daripada tengok dokumentari pasal konflik Israel dan Palestine. Ada je dokumentari tu dalam youtube (klik sini kalau nak tengok), tapi tu la, tak pernah nak luangkan masa untuk mencari dan mengambil tahu.

Allah susun dengan sangat cantik, petang tadi, lepas balik dari hospital, tergerak nak baca news tentang Gaza diserang.
[credit]


Dan kemudian Allah bagi kesempatan untuk mengambil tahu tentang konflik yang telah sekian lama berlaku di Palestine.

Sedar tak kita, saudara-saudara kita di sana ditekan dengan hebatnya? Dan mereka akan terus ditekan, dan mereka akan terus berjihad mempertahankan tanah suci itu. Malu dengan mereka, masih berusaha mencari kehidupan (pelajaran etc) walaupun ditekan sedangkan kita? Tepuk dada tanya iman.

Sabda Baginda Nabi : 
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah dating ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.
 
Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”

JOM! hantar doa kepada mereka , saudara-saudara kita di sana. Moga dengan doa daripada seluruh pelusuk dunia, Allah mengira sebagai usaha kita untuk membantu mereka.




Tuesday, November 13, 2012

Akhlak Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim

Rasulullah saw adalah manusia yang terbaik akhlaknya, kerana apa? Kerana baginda berakhlak dengan Al-Quran. 

Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA tentang akhlak Rasulullah SAW. Aisyah menjawab, "Akhlak Nabi SAW adalah Al-Quran."  
(HR Muslim)

"Dan jika mereka membantah engkau, maka katakanlah, "Allah lebih tahu tentang apa yang kamu kerjakan." Allah akan mengadili di antara kamu pada hari kiamat tentang apa yang dahulu kamu perselisihkannya"  
(Al-Hajj; 22:68-69)


Al-Quran mengajar adab berbeza pendapat, bukan dengan mengatakan aku betul dan kamu salah, sebaliknya mengembalikan semuanya kepada Allah. 


*Muhasabah di pagi hari*



Monday, November 12, 2012

Rasa

Bismillahirrahmanirrahim

Disclaimer : Post ini adalah luahan perasaan semata-mata.

Lama tak rasa diuji untuk mujahadah ke program. Alhamdulillah untuk perasaan ini ya Allah.
Tetapkan hatiku dan kuatkan langkahku mencari redha-Mu.

[credit]

Friday, November 9, 2012

JELAS

Bismillahirrahmanirrahim

OYEAH - Open Your Eyes And Heart, siapa kita? di mana kita di mata dunia kala ini?

Kadang-kadang, kita perlu berhenti sejenak memikirkan ke mana kita menyeru manusia.
Ya, kita juga boleh terpaling daripada matlamat yang asal. Perjalanan ini perjalanan yang panjang.  Kerana itu, penting untuk kita benar-benar memahami ke mana hala tuju gerabak dakwah ini.

Dakwah ini dakwah kepada Allah (ilAllah)
Dakwah ini dakwah dengan Allah (maAllah)

Kita mengajak manusia kepada Allah
Kita mengajak manusia dengan meminta kekuatan daripada Allah
Kita mengajak manusia dengan risalah Allah

Andai kita ditekan daripada kiri dan kanan, atas dan bawah, berpeganglah pada matlamat asal kita, langkah pertama kita di jalan ini.

Manusia boleh menekan kita, tetapi andai kita jelas dengan perjuangan kita, datanglah dunia dan seisinya, inshaAllah kita ada Allah untuk membantu kita, untuk membuatkan kita bertahan.

Wallahu a'lam.

Thursday, November 8, 2012

Bantuan yang tidak disangka

Bismillahirrahmanirrahim

Allah mendatangkan bantuan daripada jalan yang tidak disangka-sangka, bukan? Terasa sangat hujung minggu lepas. Alhamdulillah.

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" 
(At-Talaq;65:2-3)

Kenal dengan ayat ini? Inilah maksud ayat seribu dinar yang banyak kita lihat di kedai-kedai atau di rumah-rumah orang Islam secara amnya. Digantung kerana dikatakan akan membuka pintu rezeki.

Cuba kita hayati maksud ayat ini, bukan dengan menggantungnya di dinding-dinding yang akan membuka pintu rezeki. Islam tidak berfungsi dengan magis. Sebaliknya, dengan benar-benar cuba memahami apa yang Allah cuba sampaikan kepada kita, hamba-hambaNya yang akan membuatkan kita merasa kecukupan dengan kehidupan, inshaAllah.

JOM! kita cuba tadabbur ayat ini!

Allah kata sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan buka jalan keluar baginya. JOM! kita tengok ayat lain pula tentang bantuan Allah ini.

"Dan sungguh, Allah telah menolong kamu dalam perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah. Kerana itu, bertaqwalah kepada Allah, agar kamu mensyukuriNya. (Ingatlah) ketika engkau (Muhammad) mengatakan kepada orang-orang beriman, "Apakah tidak cukup bagimu bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?. "Ya" (cukup). Jika kamu bersabar dan bertaqwa ketika mereka menyerang kamu dengan tiba-tiba, nescaya Allah akan menolongmu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda" 
(Ali Imran; 3: 123-125)

Allah kata, Allah akan membantu, dan kalau kita bersabar dan bertaqwa, Allah akan membantu dengan lebih lagi. Itulah kunci kepada bantuan Allah - SABAR dan TAQWA. Dua perkara yang mudah disebut tapi sukar dilaksanakan. Kalau mahu lebih lagi, cuba selusuri pula kisah perang Badar, baru kita akan betul-betul rasa, bahawa kemenangan itu milik Allah, dan memang kemenangan itu datang dengan pertolongan Allah semata-mata. saat kita memang tidak mampu untuk menewaskan musuh, kalau difikir melalui logik akal manusia.

Baiklah! Berbalik kepada ayat pertama tadi, Allah sebut tentang tawakal. Sesiapa yang bertawakal, Allah akan mencukupkannya. Mungkin tawakal tidak perlu dijelaskan dengan lebih mendalam lagi. Tapi Allah akan memberi kecukupan kepada orang yang bertawakal, orang yang benar-benar menyerahkan urusannya kepada Allah setelah berusaha.

Allah akan memberi kecukupan, bukan Allah akan memberi kekayaan. Kecukupan kepada kehidupan adalah satu rasa yang dimiliki oleh manusia yang Allah pilih. Kita mungkin punya harta setinggi gunung, namun sekiranya Allah tidak memberi rasa cukup dalam hati kita, kita tidak akan rasa puas, dan rasa bahagia. Oleh itu, hanya dengan menyandarkan segalanya kembali kepada Sang Pencipta, barulah kita akan memperoleh kebahagiaan dan kecukupan itu.

Apa kata Allah kepada baginda Nabi Muhammad saw?

"Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak. Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah). Sungguh, orang-orang yang membencimu, dialah yang terputus (dari rahmat Allah)" 
(Al-Kausar; 108;1-3)

Allah kata, Allah beri banyak nikmat kepada Nabi Muhammad saw, kan? Tapi, kalau kita pelajari seerah baginda Nabi, tiada kekayaan, tiada harta, bahkan masa nabi penuh dengan dakwah manusia kepada Allah. Lalu, apa nikmat yang banyak itu? Itulah rasa kecukupan dengan Allah walaupun seisi dunia menentang, rasa bahagia menjadi hamba kepada Sang Pencipta.

“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Jadinya, kita yang memilih, kita mahu yang macam mana?

Wallahu a'lam

Thursday, November 1, 2012

Coretan hati dan perasaan~

Bismillahirrahmanirrahim

Kita ingin menjadi pemandu arah bagi umat manusia menuju redha Allah. Umat manusia, bukan hanya mereka yang dekat dengan kita, umat manusia merujuk kepada seluruh umat manusia sekaliannya.

Kita ingin menjadi "rahmatan lil a'lamin" - rahmat bagi sekalian alam.
Rahmat bagi semua yang ada di langit dan di bumi.
Satu tugas yang bukan hanya akan terlaksana dengan kata-kata.

Sungguh, kata-kata daripada hati akan masuk ke dalam hati.
Dan sungguh, kata-kata orang yang memang beramal dengan kata-katanya akan berbekas juga, walaupun hanya menggunakan ayat-ayat biasa.




Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...