Tuesday, November 20, 2012

Tersenyum Pahit

Bismillahirrahmanirrahim


"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (jika mereka berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"

(Al-hujurat; 10)

 "Abu Hamzah, Anas bin Malik ra menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda, 
"Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri" 
(HR Bukhari dan Muslim, Hadis 40 karangan Imam Nawawi)

Beberapa hari lalu, ditanya mengenai isu boikot McDonald, dan bagaimana kita harus bereaksi kepada mereka yang mempersendakan kita yang sedaya upaya mengetengahkan isu Gaza dan boikot ini.

Allahu Allah..

Soalannya ialah, bagaimana kalau orang datang kepada kita dan buat muka bangga mengatakan beliau makan McDonald sebentar tadi. Lantas mempersendakan post-post yang kita letak di FB tentang Gaza dan McDonald dan yang sewaktu dengannya.

Tak tahu nak tersenyum pahit atau sedih atau terkilan ketika membaca email tersebut.

Isu Gaza dan Palestine ini isu aqidah.
Isu Syria adalah isu aqidah.
Isu India adalah isu aqidah.
Isu Kashmir adalah isu aqidah.
Isu umat Islam di mana-mana adalah isu aqidah.

Kerana apa? Rasulullah saw kata tidak sempurna iman seseorang andai ia tidak mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya. TIDAK SEMPURNA IMAN andai kita tidak peduli kepada mereka. Iman siapa? IMAN KITA!

Walaupun sering kita katakan,

"aku makan tapi tak semestinya aku tak peduli" .

Actions speak louder than words. Kita boleh katakan sebanyak mana pun kata-kata tersebut. Namun andai ia hanya bermain di bibir, tepuk dada tanya iman.

Apa kita rasa andai saudara kita, abang kita, kakak kita, abang sepupu kita, sumbang duit kepada pencuri untuk beli pistol untuk tembak kita? Apa kita rasa kepada mereka ini? Tentu kita akan tertanya-tanya, bersaudarakah kita ini?

Andai abang kakak kita beri wang untuk beli bom yang digunakan untuk bom rumah kita? Apa kata hati kita?

Nah! inilah yang sedang kita lakukan kepada saudara-saudara kita di sana.

Atau, adakah isunya sekarang kita tidak merasai mereka itu adalah sebahagian daripada keluarga kita? sebahagian daripada saudara kita? yang disatukan dengan ikatan aqidah? yang tiada ikatan yang lebih kuat daripadanya di mana-mana di dunia ini? yang ikatannya paling suci kerana disatukan dengan tali Allah?

Allah. Andai itulah perasaannya, tepuk dada tanya iman. Adakah iman itu mengenali saudara-saudaranya?

Ya, isu boikot ini isu bermusim, namun lebih baik bermusim daripada tidak ada usaha langsung. Keperihatinan itu perlu kepada pengetahuan, dan keperihatinan itu perlu kepada didikan hati. Kita perlu mendidik hati kita untuk mengambil berat. Tidak salah untuk bermula sekarang, better late than never bukan? Allah tidak melihat kepada hasil, tapi Allah melihat kepada usaha kita.

Email daripada salah seorang penderma daripada Malaysia melalui Aqsa Syarif,


Kepada Tuan Admin Aqsa Syarif, saya telah menderma sebanyak RM12.00. Harap Tuan dapat menerima derma sekecil ini. Ini kerana saya seorang penganggur. Hanya itu sahaja yang saya mampu. InshaAllah, ada rezeki lagi, saya akan menderma. Jikalau saya seorang jutawan, akan ku derma sebanyak mungkin. Namun ini cuma angan2ku,cita2ku. Namun, dengan izin Allah jika suatu hari nanti aku mampu, akan ku derma ke saudara2 ku di sana dengan sebanyak yang mungkin. Amin Amin Ya Robbal Alamin. 

Hamba Allah.

Persoalannya. Kita bagaimana??
Tepuk dada tanya iman!



Wallahu a'lam. Tegurlah jika ada salah.

No comments:

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...