Tarbiyyah itu satu proses. Ia proses membentuk manusia mengikut acuan Allah.
"Sibgah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibgahnya dari sibghah Allah dan hanya kepada-Nyalah kami menyembah."
(Al-Baqarah: 138)
Ia adalah proses membuang karat-karat jahiliyyah yang masih bersisa di dalam diri.
JOM! telusuri kisah dua sahabat; Bilal bin Rabah ra dan Abu Dzar ra.
Abu Dzar memanggil Bilal dengan gelaran "wahai anak hitam" lalu Bilal yang terasa hati mengadukan hal tersebut kepada Ar-Rasul. Lantas, apa kata baginda?
"Ketahuilah Abu Dzar, sesungguhnya kamu asal usulnya adalah orang jahiliyyah sebelum masuk Islam, dan sesungguhnya dalam diri kamu masih ada sisa-sisa jahiliyyah"
[mahu baca kisah penuh? klik sini]
[credit] |
Andai kita ingin membuang karat yang ada pada pisau, kita perlu asah ia dengan batu pengasah.
Andai kita ingin membuang karat pada besi, kita perlu kikis besi tersebut.
Andai besi boleh mengadu, tentu sahaja ia akan menjerit kesakitan, kerana ia adalah proses yang menipiskan tubuh besi tersebut, kerana apa? kerana karat-karat itu telah menjadi sebahagian daripada dirinya.
Begitu jugalah manusia dalam kehidupan sehari-harian, sebatinya jahiliyyah itu sehingga terkadang kita juga gagal menyedari bahawa ia adalah jahiliyyah. Terkadang kita kurang sensitif dengan perkara-perkara yang telah menjadi rutin dalam kehidupan kita selama kita bernafas di bumi Allah ini.
Namun, ia bukan alasan untuk tidak berusaha, bukan sebab untuk tidak cuba untuk mengislah diri ke arah yang lebih baik.
Wallahu a'lam
[Mode: Sakit]
No comments:
Post a Comment