Sunday, February 14, 2010

::Lilin, Jarum dan Rambut, apa perkaitannya?::

Rabiah Al-Adawiyah pernah menghantar bungkusan kepada Hasan Al-Bashri. Bungkusan yg mengandungi sepotong lilin, sebatang jarum dan sehelai rambut dengan satu pesanan:

"hendaklah engkau seperti sepotong lilin,sentiasa menerangi dunia walaupun dirinya sendiri terbakar. Hendaklah engkau seperti jarum, sentiasa berbakti walaupun tidak memiliki apa-apa. Apabila kedua-dua itu telah engkau lakukan, maka bagimu seribu tahun hanyalah seperti sehelai rambut ini"

apabila kita telah menggunakan seluruh kehidupan kita untuk berbakti kepada manusia, seluruh kehidupan kita akan terasa sekejap seperti sehelai rambut yang nipis.



sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain. kadang2 kita xsedar tindakan kita menyebabkan orang sekeliling kita tidak selesa. Dalam kita bersahabat, memang kita perlu berlapang dada dengan sahabat2 kita. tapi semakin kita rapat dengan mereka, bukankah kita sepatutnya lebih mengetahui kegemarannya dan apa yang tidak disukainya. bukankah kita sepatutnya lebih menjaga hubungan itu kerana kita telah pun mengetahui lebih banyak tentang dirinya.

teringat seseorang pernah berkata semasa memberi pengisian kepada kami, seorang Dai'e perlu sentiasa memberi dan bersedia untuk membantu, perlu rela untuk tidak difahami TETAPI tidak boleh memperlakukan orang lain sebagaimana mereka diperlakukan. kita perlu cuba memahami manusia dan tidak membebankan manusia dengan keperluan kita.

berlapang dada memang perlu. tetapi semua orang perlu cuba memahami sahabat2nya. bukankah takaful itu tahap paling tinggi dalam persahabatan, bilamana kita inginkan untuk sahabat kita apa yg kita inginkan utk diri kita sendiri. kadang2 kita terlalu berkira-kira untuk menjaga keperluan mad'u kita sehingga kita mengambil sikap sambil lewa terhadap sahabat2 kita. bukanlah sahabat2 kita minta untuk ditatang bagai minyak yang penuh, namun cukuplah sekiranya tidak terlalu membebankan sehingga terasa seperti sedang diambil kesempatan.


sekadar peringatan untuk diri sendiri yang pelupa.

5 comments:

...zUlaIkHA... said...

jazakillah khairan kathira...

"sebaik-baik sahabat adalah apabila dia sanggup memberikan sahabatnya harta/barang yang paling disukai..."

Contohi Rasulullah bersahabat...
insyaAllah...(^_^)

HabluminnaAllah wa habluminnanas...

Anonymous said...

seorang da'ie itu harus sentiasa mengingatkan dirinya;

"sampai bila akan aku still expect utk mereka berlapang dada dengan kekasaran dalam akhlaq dan adab berukhuwwah ku ini?"

kita yang seharusnya terlebih dahulu berlapang dada [bukannya mengharapkan mereka untuk berlapang dada dengan kita].

-an indeed nice post

:)

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

~zulaikha...

sama2lah kita saling mengingati~

~mfazli...

inshaAllah itu yang cuba diingati selalu, sama2lah kita membaiki diri..

atTahirah said...

Salam awak..
hehe

just nk tulis.. "hmmm"

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

~L.H

wasalam awk... ye la....dh tau dh~
(^_^)

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...